"Awak okay tak ni? " tanya Khairul. Hayati yang sedari tadi asyik termenung tersedar.
" Err.. Sa-saya okay. " dan dia kembali menjamah makanan dihadapannya tetapi Khairul pelik. Selalunya kalau ada makanan dia yang makan dan habis dulu ni aku dah setengah jalan makan dia belum start makan lagi. Khairul menurunkan kedua tangan Hayati yang memegang sudu dan garpu dengan perlahan.
" Talk to me. Cerita lah. Saya tak suka tengok awak sedih seorang. Kongsi sedih tu "
Hayati mengeluh. "Saya rasa tak sedap hati lah. "
"Pasal apa? "
" Adelia.. "
"I thought semuanya dah okay. Benda lepas dah jadikan apa lagi yang tak kena? "
" Nubhan dah putus dengan Adelia dan sekarang Naqib nak kahwin dengan Adelia dan Adelia setuju! Tapi yang peliknya masa semalam Naqib dan Adelia bagitahu kita orang diorang nak kahwin Nubhan terus bantah. Lepastu Maria si gedik tu merajuk, boleh pulak Nubhan pergi peluk dan hantar dia balik?! Lelaki jenis apa tu?! "
Khairul tidak dapat hadir pada malam mereka berkumpul sebab ada hal kerja dan sekarang barulah Hayati memberitahunya.
Khairul merenung dan berfikir. Apa lagi masalah yang Adelia hadapi ni. Tak habis habis orang nakkan dia. Sejak kecil lagi dah ada orang yang tak puas hati dengannya..
"Kenapa Nubhan putuskan hubungan dengan Adelia? " pelik juga dia orang putus. Dulu bukan main bercinta sampai sanggup upah detektif bagai cari Adelia ni boleh pulak putus? Pelik pelik.. mesti ada yang tak kena ni.
"Entah lah. Ada masa hari tu Adelia call kita orang dia kata hubungan dia dan Nubhan dah semakin renggang. Boleh Nubhan pergi club lepastu post kat instagram dia bercumbu! Mad man! "
Nubhan buat macam tu? Tak mungkin lah. Ish ada sesuatu yang tak kena ni..
"Awak ada syak siapa siapa tak? "
"Wah tak payah tanya saya dah siapkan list dah! " Hayati mencapai begnya dan mengeluarkan kertas sama serupa seperti resit perbelanjaan. Ya Allah budak ni..
Mata Khairul membulat bila kertas itu dikeluarkan dan ditunjuk kearahnya
"Awak suspek satu kampung ke seluruh Brunei?! ""I may or may not hehhe entah lah yang penting ni lah orang orang yang saya syak je. "
"Mari sini saya tengok " kertas diberi ketangan Khairul. Terdapat nama nama yang dia tahu tapi ada juga yang tidak dikenalinya. Nama teratas sekali ialah nama yang dia turut syak juga.
"Jangan hairan kalau nama awak ada dalam tu sekali ye " pesan Hayati. Khairul terus mencari namanya mungkin Hayati hanya menipu, tetapi jelas dan nyata dengan matanya sendiri ada nama Khairul disana tertulis.
"What awak pun syak saya?! "
"Mana lah tahu.. " Hayati mengangkat bahu. Ye lah lelaki sekarang mana boleh percaya sepenuhnya. Entah entah dia dengan aku hanya untuk rapat dengan Adelia. Kan Khairul kawan childhood dia, tak mustahil dia mempergunakan aku.
Khairul terasa sakit " Awak tak percaya kat saya? Hampir satu tahun kita bersama.. " sayu saja suaranya tetapi Hayati tidak boleh terpedaya. Dia sendiri sayang kepada Khairul tetapi sayang kepada kawan lebih penting daripada sayang kepada lelaki.
Hayati sedar apa yang dia cakapkan baru saja boleh menjejaskan hubungannya dengan bakal digelar suami ini tetapi demi kawan..
"Saya tak cakap awak yang salah. Saya taruh je nama awak kat sana "
"Yes taruh nama saya under tajuk ' ORANG ORANG KHIANAT! ' awak dah melampau tahu tak! "
Aku melampau ke? Aku terlampau sayang kat kawan atau aku takut disakiti oleh lelaki?
Khairul meletakkan kertas diatas meja dan meraup wajahnya kasar. "I love you since the day i met you. 10 years ago Hayati! "
Jangan Hayati dia boleh menipu!
"Tapi awak tak kenal saya. "
"Oh tidak? Saya tak kenal awak? Okay. Bagitahu saya kalau kawan awak tahu yang setiap kali makan awak mesti duduk bersila kat rumah. Bagitahu saya yang kawan awak tahu awak lebih pentingkan adik dan pembelajaran awak daripada perkara yang lain termasuk saya. Bagitahu saya yang kawan awak tahu yang awak suka baca buku setiap masa sampai tengah malam. Dan bagitahu saya yang kawan awak tahu awak yang buat dan siasat benda ni sendirian tanpa bantuan orang lain. Awak nak saya teruskan? boleh. "
Hayati terdiam. Khairul terlalu mengenalinya. Khairul terlalu menyayanginya.
"Dan bagitahu saya yang kawan awak tahu betapa sayangnya saya kepada awak, tidak ada seorang pun yang sedar perkara tu. Bukan adelia bukan family awak. Not even you. Dan awak kata saya khiant? " pedih. Itulah yang terdengar pada suara Khairul.
"A- awak saya cuma nak tolong Adelia. saya kesian kat dia-"
"Adelia tahu yang awak tolong semua ni? Dia tahu awak buat semua ni? Dan satu lagi Adelia nak tak awak kasihan kat dia? Kalau awak nak selesaikan atau tolong dia, bukan cara ni awak. Ada lagi cara yang lebih berkesan.. " sapa lelaki itu lembut.
Hayati terus diam. Apa yang dikatakan Khairul ada betul tetapi kenapa dirinya nak juga, degil juga nak selesaikan semua ni.
Hayati mahu menamatkan apa saja yang kawannya hadapi. Entah kenapa dia rasa bila seorang disakiti atau dibenci satu kelas yang kena.
Kepala ditundukkan masih memproses kata kata Khairul. Dia rasa bersalah kerana memasukkan nama Khairul. Bukan saja memasukkan nama Khairul memikirkan Khairul salah seorang daripada orang yang khianat itu pun tidak menenangkan jiwa.
" Dah lah. Saya malas nak fikir. Awak dah buat semua saya hanya sebagai peneman dan penyokong. Dah jangan monyok monyok. Nanti orang kata bakal bini saya tak cantik "
Marah marah seorang lelaki, kalau sayang hati tidak akan berdalih walau besar pun salah seorang perempuan itu.
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "