70th

401 27 33
                                    

Kanak kanak berlarian hanya dilihat manakala seorang kanak kanak perempuan menjadi tumpuan.

Rasyid pergi kepadanya untuk menanyakan soalan yang berligar dimindanya sejak sebulan lepas.

Kanak kanak perempuan tadi hanya duduk dibangku sambil melihat telatah kawan kawannya. Dia sendiri tidak tahu sama ada mereka itu kawannya atau tidak. Kaki yang terjuntai dari bangku digerakkan.

Terasa seseorang duduk disebelahnya maka dia menoleh dan memberikan senyuman.

"Boleh sir tanya something?" Rasyid bersuara.

Tisya hanya memandangnya dan menyengetkan kepala. "Mana mama Tisya?"

Soalan itu langsung membuatkan perasaannya yang tenang tadi menjadi sayu. Sudah 1 bulan mamanya meninggalkannya.

Soalan tadi dibiarkan tidak dibalas malah dia hanya mengangkat kedua bahunya menandakan dia tidak tahu.

Untuk gadis cilik yang berumur 4 tahun dia memang petah bercakap. Otak sudah terlapau dewasa kerana papanya yang membiasakan dirinya dengan orang dewasa.

Rasyid hanya memandangnya dengan pelik. Tisya juga sudah mula menjadi pendiam sejak mamanya tidak menghantar atau mengambilnya sekolah.

Dia berdehem "Tisya, sir tanya ni.."

Matanya menatap tepi wajah Tisya dan Tisya yang sudah menahan sabar tiba tiba merebahkan dirinya lalu memusingkan badan kearah gurunya

"Tisya anak yatim piatu." Dan dia berlalu pergi...

————
"Zed? Kau orang bawahan Maria!? Wei aku paling pantang orang betray kawan aku!"

"Ehem aku pun pernah buat tapi tu kisah lama! Ha! Zed pesal kau khianat ah!"

Dibawah satu lampu kaca yang digantung teoat tengah tengah atas meja kayu yang dikepung oleh enam orang. 3 perempuan dan 3 lelaki.

"Kalau aku nak betray diorang aku dah buat 3 tahun lepas lah!" Jawab lelaki berbadan segak-Zed.

"Mana lah aku tahu! 3 tahun lepas kau pura pura!" Balas salah seorang gadis yang tidak akan mengalah melawan.

"Aku dah anggap korang macam kawan tak tergamak aku nak buat macam tu" balas Zed lagi.

Wanita berkulit putih pipi merah ting ting tang ting mengangkat satu belah tangan dan menggerakkan jari jemarinya seperti mulut itik

"Bla bla bla banyak lah alasan kau!" Katanya dan menghentakkan kedua tangannya atas meja yang sudah nampak nazak.

Thariq dan Arif yang melihat kiri kanan kiri kanan ulang alik author hairan juga takut balik kepala senget.

"Wei sudah lah korang, kita kumpul nak bincanh! Team up! Buat geng!" Kedua tapak tangan Arif bertemu menandakan 'geng'.

"Geng dengan dia!?"

"Hell no!"

"Thank you, next"

Ketiga tiga Trio respon menandakan tidak

Ketiga tiga lelaki berpandangan dan Zed membisik sambil menggelengkan kepala

"Kenapa girlfriend aku kawan dengan diorang.."

Setelah 2 jam menyelesaikan masalah sosial mereka akhirnya the Trio setuju dan bekerjasama.

Maria P.O.V

Pemandanganku dipenuhi dengan cahaya yang menghalangku daripada melihat. Pejam mata beberapa kali baru lah aku nampak sekitarku.

NubhanWhere stories live. Discover now