" Kau buat apa kat sini! " Tegur Adelia kepada Naqib yang bengang melihat Adelia dihadapan matanya..
" Woi cakap lah gila! Sejak bila bisu?! Tadi bukan main jerit kat phone tu! " Tengking Adelia lagi.
Ad sudah melihat nya seperti nak keluar dah biji mata dia.
Berani gila perempuan ni maki tengking boss! Gila apa!
Ad terus menyedarkan diri dan meminta maaf kepada ' boss ' nya itu.
" Maaf boss, tak tahu pulak perempuan ni nak bertindak agresif kat boss. " Ad menundukkan kepala.
" Apasal kau hormat kat dia? Tak da special nya lah Naqib ni! "
Semakin besar mata Ad melihat percakapan Adelia. Dia panggil boss nama pertama!? Aduh mati lah aku!
" Boss urrr minta maaf atas kebiadaban dia ni. Kalau boss nak saya bawa dia boleh je boss. Boss boleh terus pergi office "
Naqib masih ternganga melihat Adelia. Dia seakan akan tidak percaya yang Adelia adalah orang itu.
" Aduhh berangan pulak dia! Woi Naqib! Takkan rindu aku sampai tak terkata kot! "
" Adelia awak tahu tak awak sedang bercakap dengan siapa! " tegas Ad.
" Tahu, boyfriend saya " Selamba Adelia berkata.
" Apa!? " terus Naqib membuka mulut.
Ad pula terkejut. Wajah Adelia yang tadinya tidak mengukir senyuman sekarang tertawa
"Muka kau HAHAAHAH" tertawa Adelia mengalahkan 3 orang punya ketawa. Orang orang yang berdekatan dah mula menoleh ke arah mereka.
" Ish Adelia! Awak ni jangan lah main main! Saya berharap tau! " Jawab Naqib
" Eleh jangan berharap sangat nanti kecewa pulak hati awak tu "
" Memang dah pun. " Naqib berkata dengan nada rendah tetapi sempat di dengar oleh Adelia dan tidak lupa Ad.
" Haih. Naqib saya tak dapat janji yang saya akan jatuh hati kat awak. Maybe besok? Lusa? We don't know. Kalau ada jodoh kita takkan kemana okay? "
" Cakap je lah awak akan tolak saya mentah mentah. Tak payah nak guna ayat manis awak tu untuk tenangkan hati saya yang bergelora berpetir salju angin taufan ni "
" Melampau pulak dia. Tak saya tak guna ayat manis saya pun. Belum keluar lagi ayat ayat cinta saya tu. Tapi bila keluar ha jangan kencing manis sudah.. saya jujur lah. " senyum Adelia.
Ad hanya berdiri disebelah Adelia mendengar semua perbualan diantara Naqib dan Adelia.
Boss bercinta dengan Adelia ke? Wah hebat juga Adelia dah dapat pikat hati boss. Perempuan kat luar tu dah banyak nakkan boss tak kena pandang pun. Umpat Ad dalam hati.
Adelia pula bertengkar dengan diri sendiri. Boleh ke aku cintakan dia seperti mana aku cintakan Nubhan? Entah entah dia akan sakiti hati aku lagi! Lelaki semua sama je lah! Mana boleh dipercayai! Zaman sekarang dah susah nak cari lelaki yang setia lagi sejati kat hati ni.
Kenapa awak tak boleh terima saya Adelia? Apa kurangnya aku dengan Nubhan? Apa lebihnya Nubhan? Apa yang aku boleh buat untuk buat awak jatuh hati kat saya? Naqib bertanyakan hati.
Asyik asyik mereka dalam omelan hati seorang seorang tidak sedar pulak driver kereta tu tengah perhatikan gerak geri dia orang yang drama sangat tu.
Dia berdaham. " Kalau tuan Naqib , Ad dan puan Adelia nak berdrama boleh tak saya keluar kencing kejap? "
" Potong betul lah kau ni Alif! Ha pergilah! Jangan pergi tempat lain pulak. " Arah Naqib.
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "