Adelia P.O.V
"Dahsyat hidup kau! Aku tabik hang!" Puji Nubhan setelah mendengar cerita 'hebat' Nuzul.
Tak lah hebat sangat bagiku tapi okay lah...
"Yang.. kita bila lagi nak ehem ehem" Nubhan disebelah ku berkata.
Terus tajam pandanganku bagi kearah nya "apa ehem ehem nak ni!" Aku menunjukkan buku lima yang sudah ku genggam.
"Maksud saya! Kahwin bukan nak tuuu.. dia yang fikir lain.. nak ke!?"
"E-eh mana ada!"
Tisya sudah lena tidur dibahuku dan kami berdua berjalan kearah kereta. Nuzul dan Arfan juga sudah balik.
Sebab hari nak malam kami cadang untuk bersembang nanti hari lagi. Bila ada jodoh kata orang..
"Ehem. Awak.. jom dinner"
"Tak nak"
"Saya tak tanya. Saya suruh"
"Tak nak juga"
Aku sudah sampai dan berdiri depan kereta, kebetulan kereta Nubhan tak jauh.
Aku mengambil kunci didalam beg dengan satu tangan sebab sebelah tangan memegang Tisya erat.
"Awak.." terdengar suara Nubhan meleret.
Aku berpusing "Apa lagi awa.." kata kata ku terhenti bila Nubhan berada benar benar dihadapanku.
Apa yang aku pandang sekarang dadanya. Urgh Adelia kenapa pendek sangat!
"Lia..." perlahan dia memanggil. Aku menelan air liur perlahan lahan mendongak keatas. Kelihatan dia sudah melihat kebawah kearah ku.
Mata ditatap.. "dinner ngan saya besok 8 malam"
Aku tidak berkata tapi aku sudah menolak dadanya yang tidak bergerak langsung! Ya Allah apasal keras sangat!
Aku tidak menjawab malah dia semakin dekat. Dah dekat sengat ni nak dekat lagi!
"Nu-nubhan aapa awak buat ni"
"Say yes..."
"No.."
"Wrong answer"
Dia semakin dekat... aku menutup mata
Ya Allah penyek anak aku ni
"Okay okay! Fine!" Aku membuka mata melihat Nubhan perlahan lahan mengundur dengan senyum sinis di wajah.
"Alright then! See you tomorrow sayangku!"
Dia mula meninggalkan kami dan aku jerit " I hate you Nubhan!"
"I love you too!" Balasnya menjerit. Orang rami sudah melihat kami berdua dengan menggelengkan kepala senyuman diwajah mereka.
Panas pipi aku laju aku masuk kedalam kereta. Tisya aku pakaikan tali keledar agar selamat. Aku menarik nafas, menenangkan diri dan aku tersenyum mengenangkan Nubhan.
"Bismillah.." aku memulakan perjalan balik kerumah.
Apabila sampai dirumah aku mengangkat Tisya dan masuk kedalam rumah.
"Assalamualaikum.. Pak Su? Lia dan Tisya dah balik ni."
"Ha sini dapur!" Balasnya. Tisya aku baringkan di sofa di ruang tamu.
Aku masuk kedalam dapur dan nampak Ad duduk main board game dengan Pak Su. Haih boss cuti dia pun cuti jua! Bertuah punya PA
"Ay, Ad? Bila sampai ?" Tanya ku mengambil tempat duduk didepannya
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "