"Morning sayang!" Adelia yang baru membuka mata terus disapa oleh suaminya yang membawa tray penuh makanan.
"Hi abang.." mata nya tidak dapat dibuka luas sebab bengkak akibat menangis semalam..
"Dah habis nangis dah?"
Nubhan meletakkan tray di atas katil dan meluruskan rambut Adelia yang kusut. Adelia menguap menutup mulutnya dan menentang suaminya..
"Tak kerja ke sayang?" Tanya Adelia mengangkat cawan berisi air suam ke bibirnya
"Tak, abang ambil cuti sampai mood abang baik nak kerja"
Adelia menyengetkan kepalanya "kenapa?"
"Sayang.." kedua dua tangan Nubhan hinggap ke pipi Adelia membuatkan wajahnya remuk lembut bibirnya menjadi bibir ikan
Adelia hairan, tiba tiba suami manja
"9 bulan abang asyik kerja.. any day now sayang boleh melahirkan.. abang nak habiskan masa abang dengan sayang dan perut boyot sayang ni.."
Jujur membawa kembar bukanlah senang, perut Adelia besar mengalahkan belon yang boleh naik ke udara, okay tu dah melampau.. tetapi dengan badan nya hampir hampir saja dia tidak sanggup membawa kembar itu
"Sayang due bila?"
Adelia mengambil kalendar dimeja
"Minggu depan.." senyum Adelia. Dia merasa sangat teruja ingin melahirkan anak anak sulungnya
Makanan yang disediakan dimakan mereka berdua dengan tenang. Masing masing menatap mata, masing masing senyum.
"Cantik nya bini aku ni.. nanti jadi mama hot"
Adelia hanya ketawa "ni papa dia handsome nanti rebutan ramai lah anak saya"
Nubhan tertawa dan terdiam apabila teringat kata kata isterinya kemarin. Kenapa sayang cakap macam tu?
Kenapa macam sayang nak tinggalkan abang?
"Nasiblah sayang dah sediakan semua baju baby, cuma sayang tak tahu gender diorang sayang pack je lah warna putih dua dua.." banyak Adelia cakapkan tetapi satu pun tidak didengar
Nubhan hanya menatap wajah isterinya, dari mata turun ke hidung lalu ke bibir akhirnya keseluruhan. Dia sendiri takut kata kata isteri nya.. menjadi benar?
Dia baru sedar yang menjadi ibu susah setelah melihat semua pengorbanan Adelia, dengan asyik lapar, kaki bengkak, selalu muntah dan anti bau yang tidak disukainya
Semua itu Nubhan tahu dihadapi isterinya tetapi sekalipun Adelia tidak pernah mengusut.
"Abang nak sayang bersalin kat mana?"
"Hospital kawan abang" balas Nubhan
"Ooh.. Lia tak sabar lah abang.." kata Adelia lagi
"Abang pun tak sabar sayang, be strong okay?" Satu ciuman hinggap ke dahi Adelia..
-----------
"Aku rasa hari ni Adelia akan masuk hospital.." luah Aliah
"Apa kau ni? Dia due minggu ni tapi hari khamis! Hari ni hari Isnin!" Balas Shasha
"Aku rasa anak dia dua dua perempuan" kata Haziqah
"Tak! Aku nak dua dua lelaki!" Bentak Izzat
"Eh kalau kau nak minta lah kat Maria!" Syafiqah melawan.
Izzat diam apatah lagi Maria, mereka belum berkahwin lagi masih dalam perancangan untuk tahun 2021.
"Aku pun nak lelaki juga!" Balas Haidar
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "