"Kenapa ibu? Macam serious je.." tanya Adelia perlahan, dia duduk perlahan lahan.
Tangan Adelia di peha ibunya diusap perlahan. "Besok kita balik Brunei ye. Ibu nak bawa kamu ke satu tempat."
"Okay. Kat mana?"
"Adalah tu. Jangan lupa yang tadi kita bincangkan. Kamu nikah 2 minggu lagi." Adelia menelan air liur.
"Kalau macam tu baik tak payah tunang terus je nikah" gumamnya kepada dirinya sendiri.
Adelia berdiri dan menepuk bahu ibunya perlahan. "Okaylah kalau macam tu Lia masuk dalam dulu.. " Lia kemudian masuk kedalam rumah untuk menolong apa yang patut ditolong. Sungguh dia sebenarnya penat asyik melayan tetamu. Pipi dia dah sakit kerana senyum setiap saat.
"Kak Lia!" Jerit saudara yang baru dikenalinya. "Tu kat depan ada orang nak jumpa kamu."
"Siapa Syaza?" Nama saudaranya itu.
"Entah. Yang penting handsome!!" Kedua dua ibu jarinya dinaikkan. Adelia hanya senyum dan berjalan kedepan pintu.
Dalam perjalan hendak ke pintu utama terserempak pula dengan encik Tunang. Nubhan yang melihat Adelia terus mengusiknya. Bersama lah mereka menjumpai orang yang dikatakan Syaza tadi.
"Siapa sayang?" Tanya Nubhan
"Saya pun tak tahu. Jom lah teman saya." Bukan main jauh lagi pintu utama sampaikan diorang sempat bersembang.
Tibanya mereka di pintu utama ternampak 4 figura. 3 remaja dan seorang budak kecil. Adelia hairan..
Nubhan P.O.V
Aku menoleh kearah Adelia menaikkan kening. Dia mengangkat bahunya. Juga tidak tahu siapa mereka yang membelakangi kami. Jadi aku tegur "Bro nak jumpa tunang aku ke?" Adelia menyiku aku. Aku hanya senyum sengih. Aku nak juga show off aku ada tunang.
Serta merta mereka berempat pusingkan badan.. Oh PA Adelia, Ad datang dengan Rasyid? Aku senyum terus melihat wajah kawan lama aku.
"Rasyid! My Man! How are you!" Aku berjalan kearahnya membuka lengan kerana hendak memeluknya tetapi aku hanya dibalas dengan senyum ketat. Jadi aku menurunkan tangan dan berdaham. Adelia berjalan kearah ku tetapi matanya hanya tertumpu kearah anak kecil yang dibawa oleh seorang perempuan yang berbaju merah yang aku tidak kenali.
Adelia merendahkan badan dan memegang kedua tangannya. Aku tahu dia rindu.. Tangan kanannya mengusap pipi budak itu..
"Tisya.." Air matanya jatuh.
"Mama.." Tisya membuka mulut kemudian memeluk leher Adelia. Adelia memeluknya lagi erat dan terdengar esakan mereka. "Im sorry Tisya. Mama minta maaf sebab tinggalkan Tisya"
Tisya meleraikan pelukan dan memegang kedua pipi Adelia "it's okay Tisya faham." Dia mendongak keatas untuk melihat kearahku. Dia senyum lebar "hi papa to be" aku serta merta senyum dan meangkatnya. Dia ketawa dan memeluk leherku.
"Hi daughter." Aku membalas.
Rasyid dan Ad melihat kami. "Jemput lah masuk" Adelia menyapa mereka.
Apabila aku hendak masuk Rasyid menarik tanganku, dan aku berhenti berjalan. Tisya aku turunkan dan dia membubut Adelia.
"Kenapa bro?" Aku membuka perbualan
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "