Langkah Nubhan terhenti mendengar kata kata Adelia
"No.." katanya hanya dirinya yang terdengar
Sekali lagi dia berjalan ke arah Adelia kini dia berada disebelahnya "sayang.."
Adelia kaku melihat lelaki yang mengangkat tangan untuk mengusap kepalanya
"Awak siapa?"
"Oh sorry tak kenalkan diri saya." Yang lain terkejut dengan kata kata Nubhan yang melayan lupa ingatan isterinya
"Abrarudz Nubhan, your husband" Nubhan senyum dan menghulurkan tangan. Adelia melihat ke arah ibunya kemudian tidak menyalam tangan Nubhan
Nubhan merasa janggal dan malu sebab Arif terketawa "ookay tak pe. Oh ni anak kita. Rauf Akid dan Raudhah Adrina"
Haziqah dan Shasha menghampiri Adelia untuk melihatkan wajah bayi itu Adelia terus terpegun
"Omg comel nyaa." Jari Adelia digenggam oleh kedua dua bayi dan serta merta kedua dua bayi itu senyum
"Omg dua dua ada lasung pipit macam saya!"
"Ye handsome kan Akid macam abang, Raudhah lawa macam sayang"
Pergerakan Adelia terhenti dan dia mengarahkan Nubhan untuk menghampirinya seperti ingin membisikkan sesuatu.
Nubhan menghampirkan telinganya ke mulut Adelia
"Hi abang" bisik Adelia
"I knew you were joking! My baby is back!!"
Nubhan memeluk Adelia seerat mungkin
"17 hari sayang rehat! Ha lepas ni biar tak tidur!" Balas Nubhan
"Ala jangan lah macam tu.." manja Adelia memujuk Nubhan yang merajuk.
Yang lain tersenyum melihat mereka berdua. Raudhah dan Akid masih lagi menjadi tumpuan ramai.
"Bulan berapa ni?!" Tiba tiba Adelia menjerit
"Bulan sepuluh. Kenapa?"
Adelia melihat semua orang dalam bilik dan matanya berhenti kepada Hayati dan Khairul
"You guys are getting married!! Aaaaa" jerit Adelia
"Kenapa kau excited bukan kau yang kawin" kata Arif selamba
"Aku mestilah hype kawan aku! Dah jom balik!" Adelia menarik selimutnya dan ingin berdiri membuatkan semua orang dalam bilik terus melarangnya
"Eh eh kau buat apa ni!"
"Ee ngilu aku kau ni!"
"Jangan lah banyak gerak dulu!!"
"Terbuka karang jahitan kau tu!"
Adelia yang dimarahi terus diam duduk, Nubhan ketawa melihat isterinya "Korang ni! Dia baru bangun terus kena marah. Alololo sayang abang." Dipeluk Adelia dari tepi
"Tak pe semua dah siap, tinggal duduk atas pelamin je" kata Hayati yang berdiri sebelah Khairul
Dalam jangka masa Adelia ' rehat ' mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri, hanya tinggal majlis sanding lagi.
"Bila Hayati?"
"Minggu depan"
Adelia hanya mengangguk dan bermain dengan Raudhah
"Comel nya anak mama! Tapi kenapa muka macam papa? Nanti nampak macho sayang.." lembut Adelia memuji dan bertanya. Raudah yang berumur beberapa minggu tersenyum menampakkan lesung pipitnya
"Akid juga, muka macam mama. Asal tak jadi mak nyah papa okay sayang"
Itu membuatkan semua ketawa dan terdetik satu perasaan dalam hati Adelia apabila melihat orang sekelilingnya.
Kawan kawanya dengan jodoh mereka masing masing, suaminya telah menjadi seorang bapa kerananya, tidak lagi ada musuh yang menanti.
Satu perasaan yang sudah lama di nanti nantikannya
Aman.
Ya, Adelia akhirnya berasa aman.
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "