Untuk kali terakhir

306 14 0
                                    

"Waah lawa nya kau Hasyimah! Ada yang tak tidur malam ni lah ni!" Ejek Syafiqah

"Kau diam, aku balum nak anak lagi okay.." kata Hasyimah

"Tu kau, laki kau nak macam mana?" Tanya Izatul

Hasyimah terdiam dan dia melihat kearah Adelia

"Lia! Macam mana dengan kau?"

"Macam mana macam mana?"

"Ye lah dalam bilik ni kau je seorang dah ehem ehem"

"Memang tak lah aku bagitahu" tindas Adelia

"Ish kau ni kau dengan laki kau buat memang tak lah kami nak tahu! Masalahnya kalau Nubhan nak kau bagi ke tak?" Tanya Hasyimah

"Aku kena ingatkan kau, 1 jam dari sekarang kau akan jadi isteri Syameel, dia suami kau dan syurga kau kat dia. Korang sebagai suami isteri jujur dengan each other kalau nak anak buat kalau tak nak bulan madu dulu.."

Yang lain bengang mendengar Adelia memberitahu Hasyimah dengan selamba

"Gila aku fikir kau innocent kau dah tak suci!" Jerit Afrina kepada Adelia

Adelia hanya ketawa "korang semua tak lama lagi jadi bini orang, dan korang kawan aku. Aku bagi tips je lah. Kita patuh suami, kalau belum sedia jujur kat dia.."

Mereka sambung di solek, perkahwinan Hasyimah boleh di katakan sangat mewah kerana Syameel yang sangat terkenal.

"Aku nervous lah" Hasyimah kata sambil berjalan ke kiri dan kanan.

"Tarik nafas.. hembus. Bukan kau yang ber akad!" Izatul kata

Hasyimah hanya menjelingnya dan menenangkan hati. Dia banyak banyak berselawat dan beristighfar..

"Pengantin dah ready? Syameel dah tunggu.." kata kaka Hasyimah dari luar.

Seperti semua majlis kawan Adelia, kawan kawan mereka dahulu yang berjalan di hadapan dan barulah pengantinnya..

Kali ni Adelia yang di hadapan kerana dia mengandung dan Nubhan pula terpegun dengan isteri bukan pula pengantin

Seri mengandung seakan akan ada pada Adelia di mata Nubhan..

"Aku terima nikahnya Dayangku Hasyimah binti Pengiran Ariffin dengan mas kahwinnya 3000$ tunai"

"Sah?"

"Sah.."

Alhamdulillah, seorang lagi sahabat telah selamat di ijab kabulkan.. dan seorang lagi sahabat telah mempunyai hubungan yang halal..

"Aku nak bagitahu korang, aku tak nak simpan benda ni pasal korang dah banyak tolong aku" kata Adelia di dalam bilik solek setelah majlis selesai..

Di dalam bilik ada semua sedang berehat.

"Aku nak bagitahu diorang dah keluar penjara.." hembus Adelia

"Are we going to die.. again?" Tanya Arif dengan selamba..

"No" balas Nubhan cepat.

"Aku dah tolak permintaan diorang untuk jumpa dan berbaik dengan Adelia tapi tuan badan sendiri nak jumpa diorang" sambung Nubhan

Adelia yang terus menjadi tumpuan menundukkan kepalanya

"Kau kenapa Adelia? Kau tak ingat apa diorang buat kat kau dan Nubhan? Kau kena ingat diorang pernah ada niat bunuh kau dan waktu tu diorang tak teragak agak pun nak bunuh kau" tegas Haidar

"Sekarang kau mengandung kau bukan bawa satu nyawa kau bawa dua. Kau jumpa diorang seolah olah kau bagi tiga jantung secara percuma, kau dan anak anak kau." Sambung nya lagi

Haidar masih sayang Adelia sebab itulah dia agak marah dengan keputusan Adelia. Pasal dia kahwin Haidar dah move on itulah saja, dia sayang Adelia sayang lain dari kawan jadi sensitif lah..

"Aku kenal dia macam mana, aku tahu adik beradik tiri aku macam mana. Aku tak nak kau bahayakan diri"

Buat kali pertama Nubhan dan Haidar dalam muka surat yang sama. Bagi mereka keputusan Adelia berjumpa adalah keputusan paling tidak patit pun menjadi keputusan.

Adelia terasa hati.. dia nak nangis. Tapi malu pula nak nangis depan kawan kawan. Umur nak 25 nak nangis? Malu lah..

Tapi apa jadi?

Adelia nangis. Bahu nya terhinjut hinjut. Dia terasa macama budak budak, hidup di atur tak boleh itu tak boleh ini. Kenapa?

Kedua tangan Adelia menutup matanya yang laju mengalir air mata.

Kawan kawan yang lain bengang melihat Adelia. Haidar rasa bersalah dan mengeluh. Bukan maksudnya untuk membuat Adelia nangis..

Haziqah membisik ke arah Haidar "Kau ni! Kau dah tahu dia mengandung! Emosi dia mana stabil! Memang lah dia sensitif!"

Tangisan Adelia semakin lebat membuatkan semua perempuan terpaksa memujuknya.

"Tak pe Adelia, kita orang akan teman kan kau. Peduli lah Haidar setuju atau tak kami perempuan akan teman kau okay. Dah dah jangan nangis" kepala Adelia diusap lembut oleh Aliah

"Kau mengandung babe tak baik sedih sedih." Pujuk Haziqah lagi..

Lelaki hanya berdiri melihat perempuan memujuk Adelia. Perlahan lahan akhirnya Adelia tenang juga. Kepalanya disandarkan ke bahu Izatul membuatkan Adelia terlelap.

Nubhan merasa pelik. Lain macam bini dia, lepas nangis terus tidur?

"Biasa lah tu, dia mengandung banyak energy dia guna. Menangis pun guna energy tau! Dia letih ni. Kau bawa dia balik lah" kata Hasyimah melihat Adelia dengan kasihan.

Nubhan hanya mengangguk dan mengangkat badan Adelia ke kereta..

Sebelum dia keluar dia berkata "Aku text korang dimana tempatnya besok."

Yang lain hanya mengangguk. Apabila terdengar kereta Nubhan tidak lagi ada di perkarangan rumah mereka semua menghembuskan nafas..

Entah nafas lega atau nafas letih? Perlu ke sekali lagi hadap bahaya? Perlu ke mereka? Kenapa Adelia lagi penyebab nya?

Sunyi mati apabila Haidar menjerit kegeraman dan membaling bantal sofa berhampiran

"Kau marah pun tak guna, Adelia yang sendiri nak jumpa diorang juga"

"Apa diorang nak?! Tak cukup ke buat dia sakit!"

Soalan itu tidak dijawab dan Haidar terduduk.

"Aku tak nak diorang apa apakan baby Adelia.." katanya lemah.

Hadi berjalan kearahnya dan menggosok belakang badannya untuk menenangkan hati.

"Korang balik lah, rehat. Besok kita jumpa" kata Syameel.

Syameel sebenarnya ingin menikmati hidup suami isteri untuk hari pertama tetapi disebabkan ini ia hanya bersabar.

NubhanWhere stories live. Discover now