Adelia P.O.V
"Terima kasih" jawab perempuan dibelakang kounter dengan senyuman.
Aku membalas senyumannya dan duduk dengan membawa bagasi ku. Beg tangan aku letakkan sebelah kerusi yang kosong dan aku melihat telefon bimbit.
Terpampang gambar Nubhan dan Tisya yang aku ambil ditaman minggu lepas. Aku tersenyum dan senyuman ku pudar bila mengingatkan aku perlu meninggalkannya demi kebaikan.
Ya aku cintakan Nuban. Sudah tentu aku sayang dia. Mungkin aku tidak menampakkan yang aku cinta padanya tetapi aku sungguh cinta dan sayang padanya.
"Puan, boat sudah menunggu puan." Kata seorang lelaki yang aku upah untuk memandu boat ke Temburong.
Brunei mempunyai 4 daerah, dan salah satunya ada Temburong. Ianya terletak paling jauh dan cara yang paling cepat pergi kesana ialah dengan kenderaan boat.
Kalau guna kereta terpaksa lah guna passport bagai sebab melintas Malaysia.
Aku menganggukkan kepala dan dia membawa segala baranganku. Kaca mata hitam menutup bahagian mataku aku buka bila pandanganku terlihat boat yang mempunyai nama G.E.
Gemilang enterprise.
Ada juga kebaikan jadi CEO. Beg tangan aku letakkan atas sofa yang disediakan diruangan boat dan aku berjalan menuju hujung boat.
Hendak mengambil angin, sungai yang kami lalui tak lah sebersih macam lautan dan suasananya juga tidak seindah yang lain cuma lebih baik dari kawasan bandar.
"Awak nak kahwin dengan saya tak?"
"do i have a choice?"
"No. so thats a yes. Saya nak kahwin dengan awak"
Maafkan saya Nubhan.
Maria P.O.V
"Maria, bangun. Dah hampir seminggu awak tak sedar.."
Izzat. Saya minta maaf.
Aku tahu aku menitiskan air mata sebab aku dapat rasakan ibu jari Izzat memesat tepi pipiku.
Kenapa aku tak mati? Kenapa aku mesti hidup? Kenapa aku menyusahkan orang?
"Bukan salah awak.." Izzat berkata lagi.
Jari jemari Izzat sudah memegang jari jemariku yang tidak bergerak. Aku cuba menggerakkan jari jemariku dan membuka mulut.
Perlahan lahan aku menggenggam balik tangannya.
"Maria..Maria dah bangun! Doktor!!" Jeritnya dengan bahagia.
Aku tidak dapat melihat reaksinya sebab aku baru hendak membuka mata.
Lampu cahaya yang terang membutakan pemandanganku untuk seketika. Setelah aku mengelip mata beberapa kali ternampak wajah Izzat yang bahagia.
Kalau lah badanku tidak rasa sakit sudah aku peluk dia.
"Awak nak air?" Tanya Izzat, aku hanya menganggukkan kepala.
Ia meletakkan tapak tangannya dibelakang kepalaku dan perlahan lahan di menolong menaikkan kepalaku memudahkan ku untuk minum air.
Kenapa mesti kita dihalang?
Selesai minum aku kembali baring dan Izzat duduk ditepi katil.
"Hampir seminggu saya tak dengar suara awak dan lebih dari seminggu saya rindu awak. Kenapa awak nak bunuh diri? Semua ni bukan salah awak" suaranya lembut tetapi dalam masa yang sama aku rasa dimarahi.
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "