" Woi! Kau kena jemput lah! " Thariq kata sambil membaling surat kearahku.
" Jemput pergi mana? Bukan kau culik aku ke sekarang? " aku memerli. Ni lah so far culikan yang paling best. Thariq baik, lucu, pandai buat lawak tapi aduhh ke laut juga lah. Lepastu layan aku macam aku ni puteri hak puii! Keep on dreaming Adelia.
" Ye lah tapi takkan aku nak kongkong kau "
" Jemput pi mana? " terus aku teringat lagu hang pi mana yang aku nyanyi nyanyikan.
" Taman Tasik Lama. Semua akan ada disana "
" Kau ikut? " aku bertanya mengerling kearahnya.
Dia tunduk kepala dan diam " Alaaa join je lah. Tak de apa apa punyaa. "
" Tak nak ah. Aku malu "
" What?! Malu?! Kau reti malu ke?! "
Thariq memandangku tajam " hehehe ampun tuanku. Takkan ada yang kau perlukan malukan pun. Bukan kau datang situ telanjang. Kau siap tutup pakai hoodie lagi. Dah macam pompuan aku tengok kau yee "
" Ha'ah aku ni perempuan ada masalah ke " suara Thariq yang garau bertukar lembut dengan tangannya acah acah ayu.
" Wei sajat mana lepas ni! Aduuh "
" Gila! Ha ye lah ye lah aku ikut! Tapi jangan buli aku pulak "
" Buli kau?! Wei kami tak main buli lah childish betul laa. Kita orang terus humban kau je. Straightforward jangan nak berbunga bunga lagi dah " aku kan jujur. Tepuk dada
" Woi jangan lah merajuk aku dah lah tak reti nak pujuk! " lelaki ni tua tua pun nak merajuk. Memang tak lah aku nak pujuk.
" Ah malas lah aku layan kau! Kalau kau lapar masak sendiri! Maggie ada laci atas. Jangan kacau aku! " dia naik keatas dan menghempaskan pintunya kuat. " Menyesal aku puji kau tadi! Heh! Aku tarik balik! " aku menghentakkan kaki pergi ke dapur.
" Tak usah puji puji! Takdenye kau ada alasan ada puji aku! " Thariq menjerit dari atas.
Hish!
Aku mengambil tempat kecil untuk memasak maggie yang Thariq arahkan. Sambil sambil aku memasak sambil tu juga aku memaki makinya.
Haih lelaki tu tak gentleman langsung! Dah lah suruh aku masak sendiri! Merajuk pulak tu! Lelaki macam apa tu!
" Hoi! Tak payah nak maki maki sangat! Ingat kau tinggal dalam rumah aku! "
" Heh! Bukan aku yang nak! Kau yang paksa! "
" Kau layan juga! "
" Kau terima juga! "
Thariq geram kearah Adelia tetapi didalam hatinya berbunga bunga bila Adelia adalah satu satunya manusia yang berani melihatnya di mata dan melawan kata katanya.
Dia masuk kedalam biliknya semula tidak lupa menghempaskan pintu dengan sengaja tetapi bibirnya ternaik menghasilkan senyuman.
Aah Adelia boleh jadi gila aku sebab kau!
Kadang kadang cute juga omelan Adelia tu. Dengan bibirnya yang kedepan acah acah itik tu ya ampun geram aku!
Apa niat aku tolong dia culik Adelia? Nak rapatkan diriku dengannya? Haih Thariq kau pun sendiri dah keliru. Apa motif kau?
Entah aku buat je. Tapikan setiap ada Adelia aku rasa hatiku tu BOOM! Meletop!
" Hoi! Thariq kau nak tak?! Alang alang aku masak ni! Jangan mintak pulak bila aku makan nanti! "
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "