47th

452 24 24
                                    

          

Haziqah P.O.V

Ting! Ting! Ting! Ting! Ting!

" Urghhh "

Aku yang sedang membelek kertas kertas jawapan para pelajar yang memeningkan kepala sungguh terus mencapai telefon yang berbunyi tak henti.

" Ye ye aku balas lah text ni " eh aku becakap seorang diri ke? Ha dah sah gila.

Sejak jadi pensyarah ni. Macam macam masalah datang. Tapi tu lah rintangan untuk menjadi pensyarah. Aku dan Shasha dalam usia muda menjadi pensyarah memang dilayan seperti kawan oleh para siswa dan siswi.

Aku membuka aplikasi whatsapp dan nampak sudah beratus ratus text didalam group kawan kawan. Terutama group perempuan.

Dah mula membawang pulak diorang.

*text messages*

Adelia: Aku nikah minggu depan.

Mata ku membulat dan aku pantas membaca respon yang lain.

Aliah: What? Kenapa? Apa jadi?

Shasha: what's the rush?

Izatul: yeay yeay kita nak jadi aunty!

Adelia: entah Naqib yang nak aku ikut je.

Kenapa Adelia macam bosan ni? Ya Allah budak ni jangan nak buat hal dah minggu depan nak nikah takkan belum ada perasaan kat naqib lagi!

Aku terus menghantar private message kearahnya

" apa kau ni?! Kau nak nikah dah nak jadi bini orang minggu depan! Takkan kau tak da perasaan lagi!? "

Entah kenapa aku marah. Mungkin sebab Adelia tidak pernah untuk menghargai orang yang ada di depan mata dan banggakan orang yang tidak pernah ada untuk dirinya atau sebab dia nak nikah dengan lelaki yang tidak dicintainya dan aku tidak sanggup untuk melihatnay menderita, terperangkap dalan perkahwinan tanpa rela.

Telefon pintar ku berbunyi dan Adelia membalas " aku dah penat bertaruh."

NOPE! Im not going to take that as answer darling.

Aku berdiri mengemas barang barang dan terus bergerak kerumah Adelia. Berani dia mengalah? Kalau dia mengalah aku yang akan dorong dia kembali kuat.

Dalam perjalanan ku kerumah adelia aku tidak dapat mengalihkan minda ku daripada masalahnya yang sedari dulu tidak pernah selesai. Tahun ni masuk 3 tahun perkara ni berlaku. Sudah aman nubhan dan adelia pada awal tahun tapi bila datangnya orang ketiga a.k.a malaria hidup diaorang kembali macam dulu.

Aku masih ingat Nubhan bertungkus lumus mencari adelia bila dia hilang. Dengan rambut tidak terurus mata bengkak kerana kurang tidur dan asyik menangis jambang yang tidak dicukur dan badan yang mengurus. Sungguh kuat cinta mereka tetapi ujiannya kuat.

Dan bila berkata tentang jodoh teringat pualk dekat Nadzirul yang outstation sekarang. Dah 3 hari dia tidak berada di sisi. Ni lah keburukan bercinta dengan seorang juruterbang. Sabar je lah. Janji dia setia sudah.

Tiba sampai dirumah adelia aku terus masuk rumahnya tanpa memberi salam atau takut akan dihalau. " ADELIA!!!! KAU KELUAR BILIK KAU SEKARANG!" aku jerit dari bawah tangga.

Pak Su adelia tunjuk muka. " eh haziqah ada apa jerit jerit ni? Adelia tak da kat rumah. Tadi dia kata ada meeting dekat site"

Meeting? Dekat site? Sama nubhan kot.. eh memang tak lah ish dia kan nak kahwin dengan naqib kenapa dengan nubhan pulak.

NubhanWhere stories live. Discover now