" Ad, tolong kosongkan jadual saya selepas ni sebab saya ada dinner dengan Naqib. Kalau Pak Su tanya tolong beritahukan ye.." aku mengarahkan Ad yang berdiri dihadapanku.
" Baik puan." Jari jemarinya aktif membuat kerja apa yang baru saja ku arahkan.
" Tak payah lah ber puan puan, awak lagi tua dari saya kot." Aku gelak kecil.
" Ur baik pua- Adelia" dia menaruh tangannya di belakang lehernya.
Aku mula mengemas barang untuk bersedia makan malam tapi sebelum tu aku nak belikan Tisya hadiah pulak. Hmm singgah kejap kat kedai mainan.
" Ada apa apa lagi ?" Tanya Ad.
Aku melihat sekeliling dan menggelengkan kepala " Awak boleh pulang sekarang"
Ad keluar dan diikuti dengan ku.
Bila dipandang balik bulan lepas dengan sekarang. Dulu aku menumpang sekarang menumpang juga lah tapi rumah tu bawah nama aku.
Kerja bulan lepas? Makan tidur je sekarang? Tak tidur langsung. Besok dah nikah tapi tak ada pun persiapan. Ni semua Naqib lah ni punya pasal nak cepat sangat.
Apa khabar Nubhan eh?
Ish. Apa sal terfikir tentang lelaki tu pulak? No no kau dah nak jadi isteri orang. Kena taat dan setia.
Aku masuk kedalam perut kereta dan selepas membaca doa memulakan perjalanan aku tanpa membuang masa lagi terus jalan.
Bila aku masuk kedai mainan aku pulak yang teruja nak beli barang barang. Dah lah comel rasa nak balik waktu kecil kecil lagi. Waktu ada ayah..
Haih mana ibu dan Aqil? Kenapa aku tak tahu apa apa pasal dia orang?
No no jangan sedih sedih. Kau kena bahagia sebab besok kau nak ubah status! Dah status tu akan ubah hidup kau! Okay jangan fikir benda lain. Selfish jap.
Selesai bertaruh dengan diri sama ada membelikan barang untuk Tisya atau untuk diri ku, aku pun memutuskan untuk membelikan untuk Tisya dan untuk diriku. Hehehehe macam belum berakal lagi.
Dalam perjalan aku menuju kerumah Naqib, ada satu panggilan masuk iaitu dari Nubhan.
Ya Allah macam mana aku nak move on setiap kali nak happy dia asyik je muncul.
" Hello?"
"Awak kat mana? Kenapa awak cancel meeting kita? Meeting ni penting tau tak? Kita kena cari arkitek baru untuk pembangunan kita tu" petah dia bercakap, hari lepas lepas bukan main gugup.
" Nanti lah Nubhan. Besok saya nak nikah takkan saya nak sibukkan diri saya dengan kerja. Saya minta maaf sebab tak bagitahu awak directly malam ni saya ada dinner dengan Naqib"
Aku menunggu jawapan tetapi aku hanya dengar bunyi keluhan dan takian terus ditutup.
I will never understand boys.
Naqib P.O.V
Uhuk! Uhuk! Uhuk!
Aku terbatuk batuk dengan kuat menuruni tangga. Kepala ku semakin berat dan aku rasa sekeliling ku rasa berputar putar. Aku memegang kepala ku yang berdenyut kuat.
Kaki ku lemah dan aku rebah tetapi impak jatuh ke tangga tidak dapat ku rasakan.
Tak lama lagi Adelia akan datang, takkan nak tunjukkan aku sakit! No!
"Awak! Awak okay tak ni!?" Terdengar suara Mira yang sedang memberikan ku bantuan supaya tidak jatuh.
Aku tidak membalas pertanyaan dan dia terus menolong ku menuruni tangga. Aku terus terduduk atas sofa di ruang tamu.
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "