" Mama, Nubhan tak nak kahwin! Apa ni plan tak minta izin?! " marah Nubhan. Tidak lagi dia terfikir dengan menjaga hati Maria atau Datin Rosnita.
" Nubhan, kamu ikut je lah. Ni yang kamu nak kan dulu? Kenapa berubah fikiran sekarang? " balas Datin Rosnita.
Nubhan terdiam, entah kenapa CEO baru Gemilang Enterprise menusuk minda. Takkan aku jatuh hati kat dia? Ish tak mungkin lah!
Maria melihat gerak geri Nubhan yang menghindari matanya. Ni mesti perempuan kampung tu punya pasal! Kenapa boleh dia orang berjumpa ni!?
" Sayang.. " pujuk Maria berjalan kearah katil Nubhan. Tangan mengusap bahu Nubhan " Kenapa you last minute bagitahu ni? Kalau you nak tangguh kan i okay je. Tapi janji you akan kahwin dengan i " pinta Maria.
Nubhan menoleh kearah nya dan berfikir. " Tangguhkan " tapi aku tak janji akan nikah dengan dia.
" Yes i akan tangguhkan tapi you kena janji dulu you takkan lari nanti " Maria senyum senget melihat wajah Nubhan yang runsing memikirkan.
Maria berdiri meninggalkan Nubhan untuk berfikir " Okay lah. Kalau macam tu i nak balik dulu. Dalam 1 bulan lagi kita akan nikah baby. Jangan mungkir janji "
Maria menoleh kearah Datin Rosnita " Mama jangan risau, Maria yang akan uruskan. Kita tangguhkan dulu ye tak lama 1 bulan je "
Eh belum kahwin lagi dah panggil mama? Merepek betul perempuan ni. Datin Rosnita hanya akur sahaja. Tidak mahu mengecewakan Maria.
Sungguh sayang dia akan Maria, entah kenapa beria sangat nak Maria jadi menantunya macam tak dapat orang lain.
Maria melangkah keluar sempat menghempuskan flying kiss kearah Nubhan sebelum menutup pintu.
" Nubhan janji ke kahwin dengan Maria? "
" Entah lah ma. "
" Dulu nak sangat. Sekarang? Malas lah mama fikir. Mama balik dulu " Datin Rosnita terus keluar pintu.
Adelia, Haziqah dan Nadzirul masih lagi diluar bilik Nubhan menunggu masa untuk melawat.
Datin Rosnita melihat Maria bercakap dengan mereka jadi dia susuli mereka.
" Maria, kenapa belum pulang sayang? " tanya lembut Datin Rosnita.
" Ni ma, Maria tengah halang perempuan kampung ni rampas bakal suami Maria. Entah entah apa dia bagi jampi kat Nubhan kalau dia melawat nanti. "
" Dah lah, kita tak da masa nak layan orang kampung macam dia ni. Baik kita pergi shopping jom "
Nadzirul menundukkan kepala tidak berani menghadapi ibunya tetapi sedari tadi Datin Rosnita asyik melihat kearah nya. Macam kenal je..
Bila Maria dan Datin Rosnita sudah tidak kelihatan Nadzirul berdiri untuk melawat abangnya.
" Awak saya bawa Adelia balik lah. Awak spend time dengan Nubhan. Okay? " pujuk Haziqah. Tidak sanggup melihat kawannya yang keletihan menangis.
Nadzirul menganggukkan kepala dan masuk menjenguk abangnya. " Bro, aku ni Nadzirul. Ingat tak? "
" Ingat lah apa pulak tak? Aku buat lupa ingatan "
" Mana lah tahu. Dengan kekasih lagi kau lupa mana mustahil lupa adik " kata Nadzirul lembut.
" Apa? " Nubhan tanya dengan hairan.
" Tak tak ada apa apa. Eh kau bila boleh keluar? " topik perbualan ditukar.
" Entah lah. Aku rasa tak lah teruk sangat sakit kepala tu tapi sakit lah juga. "
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "