74th

284 19 40
                                    

"Keluar sekarang" suara berbunyi dari earpiece di telinga sambil dia membasuh tangan. Lelaki yang terpaksa mengkhianati kawan kawannya. Lelaki yang baru sahaja melihat ibu dan anaknya mengeluarkan nafas terakhir bersama. Lelaki yang akan membawa kawannya pada nasib yang sama..

Kenapa aku buat semua ni? Aku dah tak ada apa apa lagi kenapa aku masih ikut arahannya?

Aku dah tak ada orang yang sayangkan aku kecuali kawan kawan aku.. Dan sekarang aku nak bunuh diorang juga?

Tombol pintu dipulas dan dia keluar membuka masknya disambut dengan badan rakan rakannya yang tidak menyedarkan diri. Dia melihat hujung ruang tamu badan Arif yang macam tidak bernyawa mengingatkannya kepada peristiwa ibu dan anaknya.. Satu titik air mata turun dari pipi.

Dia menundukkan kepala disambut sekali lagi dengan Zed memeluk Afrina, dua dua tidak menyedarkan diri. Sekali lagi air matanya jatuh.

Kenapa aku sanggup buat macam ni!

Lama dia merenung nasib sehingga air matanya lancar menmbasahi pipi, terduduk dilantai sebak dadanya. Hanya tangisannya yang bergema satu lantai.

Dia ingatkan dia seorang yang sedar dalam ruang tamu padahal ada yang melihat mereka sejak awal lagi..

"Awak! Smoke bomb awak! Takkan kita tak selamatkan diorang!" Tangan Maria sudah menarik-narik  leather jacket Izzat manakala Izzat hanya melihat setiap seorang kawannya rebah. Dia tidak menyangka Nuzul sanggup bersubahat dengan orang jahat..

Sebelah Izzat berdirinya Khairul yang hanya menatapkan matanya pada satu figura.. Hayati.
Sungguh dia ingin turun sungguh dia ingin menyelamatkannya sungguh dia ingin memeluknya tetapi ego.. Ego. Hayati sudah mencabar kelelakiannya.

Dia yang minta semua ni. Aku tunaikan. Tapi kenapa aku yang inginkan dia lagi!? Tak cukup ke dia sakitkan aku? Tak cukup perempuan yang aku suka 10 tahun sakiti aku?

Khairul hanya mampu mengetam bibirnya menahan tangis dan menggenggam kelima lima jarinya..

Dari cctv dan terpancarnya ruang tamu melalui komputer riba dalam bilik tersembunyi Nuzul nampak sedih.. Dia nampak frust. Dia terduduk memeluk lutut dan memendamkan wajahnya bahu nya terhinjut hinjut

Tidak lama kemudian masuk 5 orang lelaki yang berbadan segak membawa semua badan yang tidak menyedarkan diri. Nuzul tidak dipeduli mereka hanya mengangkat semua dan kemudian ada seorang lelaki berdiri dihadapan Nuzul..

Lelaki itu bercakap sesuatu kepada Nuzul jadi Izzat membesarkan volume..

"Kerja kau dah siap."

Nuzul tidak berkata apa apa kepalanya masih lagi tertunduk..

Keadan dalam bilik sembunyi diam tetapi fokus melihat gerak geri lelaki itu . Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari belakang bajunya..

Mata Izzat dan yang lain membulat.. Pistol diacukan ke kepala Nuzul

Khairul keluar dari bilik sembunyi secepat mungkin untuk menyelamatkan dan menghempaskan pintu bilik tersembunyi membuatkan lelaki itu terkejut dan melakukan dengan pantas.

Bang!

Terhenti langkah Khairul sekejap dan terus pecut turun cuma disambut dengan lelaki jahat tadi yang rebah. Nuzul melihat kearah pintu dengan mata dan hidung yang merah. Khairul mengikuti pandangannya dan mengerutkan kening apabila orang yang tidak dikenalinya baru saja membunuh lelaki tadi.

NubhanWhere stories live. Discover now