Nubhan P.O.V
" Lia.."
" Awak tak sepatutnya tampar dia. Dia perempuan juga Nubhan."
Apa yang aku buat salah ke? Patutnya dia berterima kasih sebab Maria asyik maki hamun dia.
"Apa yang saya buat untuk kebaikan awak! Awak tak sedar dia maki awak depan pekerja awak! Dan awak biarkan ia berlaku! Biarkan dia tampar awak depan anak awak!"
Aku terkejut Tisya hanya mendiamkan diri. Dia nampak Adelia mengalirkan air mata dan nampak dengan mata kepalanya sendiri Adelia di tampar dengan kuat. Tetapi dia hanya berdiam diri.
"My business. If you still want to talk about the project stay. If not then leave."
What?!
"Remember this Adelia. I am not giving up on us. This is going to be the last fight and the next thing you it will be our wedding!" Dan aku keluar dari bangunan itu.
Apa masalah kau Adelia? Aku dah selamatkan kau marah aku. Dulu aku lupa kau tak pernah pula kau marah aku.
Aku masuk kedalam kereta dan menampar roda stereng berkali kali. Sudah penat aku berjuang tetapi aku takkan putus asa!
Aku perlu buat sesuatu. Maria akan menyesal. Aku tak peduli kontrak atas kertas mama.
Aku menelefon seseorang yang aku percaya dapat tolong aku dalam masalah ini.
"Hello? Kau kat mana? Kita jumpa sekarang. Okay See you later."
Dengan itu aku berjalan ke tempat yang kami ingin berjumpa.
Tempoh hari dia ada berjumpa dengan ku juga dan menceritakan niat sebenar Maria.
Aku tak percaya yang Maria sanggup buat semua benda tu. Setahu aku dia mempunyai pelajaran yang tinggi belajar kat Uni yang tinggi. Tapi pasal hal ni dia gila.
Crazy Maria.
Aku tiba ditempat yang dijanjikan dan menunggu didalam kereta. Tidak lama kemudian pintu sebelah kiri ku dibuka dan seseorang telah duduk di tempat yang kosong tadinya.
"Apa lagi dia buat kali ni?"
"Dia tampar awek aku" aku kata selamba menahan geram dalam hati. Kalau Maria tu lelaki dah lama aku tolak dari gunung.
"Depan kau!?"
Aku mengangguk. " Wah beraninya dia. Kau tak mengamuk?" Tanyanya..
"Nak je aku jadi gorilla kat situ tapi aku tengah pegang Tisya waktu tu. Lagipun selepas tu aku TERtampar Maria. Puas hati aku!"
" Eleh tertampar ke sengaja. Aku tahu kau lah Nubhan! Takkan ada TER kau tu bila dah sakit hati." Dia gelak kecil manakala aku hanya senyum sinis.
Dulu dia juga yang tolong aku dapatkan Adelia balik. Sekarang dia juga yang tolong. Memang aku terhutang budi sangat dengan dia.
"Sekarang dia plan apa?"
" Aku rasa.." kata kata nya terhenti bila telefonnya berbunyi dan dia menaruh satu jari dibibir mengarahkan ku untuk diam.
"Ehem ye puan?" Dia menekan punat speaker.
"Aku nak korang siasat P.A perempuan jalang tu-.." aku menggenggam jari jemari. Wei macam macam rasa ada! Marah! Geram! Benci aku dengan perempuan ni!
"Lepastu korang bunuh atau seksa dia! Buat susah hidup aku je! Selepastu aku nak korang culik salah satu kawan dia! Aku tak kira siapa tapi culik je. Jap aku tahu siapa. Culik perempuan yang pernah khianat Adelia dulu. Kot kot dia dapat tolong kita. Do it now!" Talian dimatikan.
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "