Kemalangan

316 22 9
                                    

Keesokan harinya mereka semua bangun sebelum matahari bangun lagi untuk pergi Malaysia.

Nubhan menggunakan kapal terbang syarikatnya sendiri yang bertolak jam 3:30 pagi.

Yang lain sudah menunggu di lapangan untuk berkumpul kemudian bergerak.

"Wei Nubhan! Apa sal kau book flight kita pagi pagi buta! At least lepas solat subuh pun okay apa?" Tanya Izzat

Yang lain semua mengangguk dengan mata yang tertutup

"Aku ada bad news." Nubhan membuka mulut tidak menjawab soalan Izzat.

"Dewan yang kita guna terbakar"

yang lain tadi tertutup mata terus menjerit "Apa?!"

"Dorang baru call aku tadi sebab tu aku awalkan jam kita."

"Macam mana boleg terbakar?" Tanya Haziqah

"Apparently, salah seorang pekerja yang kita upah pandai pandai main elekrik kat situ pastu ada api lepas dia keluar dari bilik elektrik tu"

"Kita punya pekerja semua dah siapkan pelamin dan segala persiapan sudah siap tetapi terbakar lah pula."

"Jadinya kita pergi awal sebab nak cari dewan baru dan terpaksa tolong pelamin dan susun semua balik?!" Tanya Amalina

"Dengan sedihnya, yes"

Semua merungut "urghhh bah jom jom naik! Awal sampai awal start planning" kata Amalina mengarahkan yang lain naik.

Sepanjang perjalanan Amalina tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan bagaimana lagi mengatur majlis kerana dia tidak mahu setiap majlis perkahwinan Adelia dan Nubhan nampak sama.

Adelia yang tidak juga melelapkan mata nampak Amalina dengan wajahnya yang resah.

Kepala Nubhan yang dipehanya diletakkan ke sofa manakala Adelia duduk di sebelah Amalina

"Amal? Kenapa tak tidur?"

"Aku risau lah pasal majlis kau! Aku tak tengok dewan lagi! Macam mana aku nak bayangkan semua rancangan majlis!" Luah Amalina

Adelia tersenyum dan meletakkan tangannya di bahu Amalina

"Mal.. kau dah banyak bantu aku. Apa saja yang kau plan aku yakin akan berjalan dengan lancar. Kau tengok depan tu"

Adelia menunjuk semua kawan kawan mereka yang tertidur dengan tidak senonoh juga.

Amalina tertawa melihat mereka "kau ada diorang jangan risau walau dorang tidur terbalik pun diorang tetap rajin. Ingat jangan terlampau stress ye. Bila kita sampai akan banyak lagi pekerja yang akan tolong."

"Tapi! Majlis kau pukul 1 petang!"

"Dan kita sampai dalam 30 minit lagi. Tak pe macam ni. Dewan yang orang aku dapat aku akan call owner dia untuk suruh diorang buka supaya kau dapat plan okay?"

Amalina memikir seketika dan kemudian mengangguk.

"Jangan risau Insha Allah semua berjalan dengan lancar okay?" Adelia mengusap bahunya dan kembali kepada Nubhan.

Tempat isteri kan di sisi suami.

Akhirnya mereka pun sampai di Malaysia dan pada jam 6 pagi mereka pergi ke tempat dewan yang Ad sediakan untuk Adelia.

Orang pertama yang menjemput mereka ada Ad dan Rasyid dua dua memakai hoodie.

Di sebelah Adelia bukan Nubhan tetapi Amalina yang sejak sampai tadi asyik nak tengok dewan.

NubhanWhere stories live. Discover now