60th

519 21 118
                                    

Adelia P.O.V

Aku bercekak pinggang melihat Nuzul yang sudah senyum menggaru belakang lehernya. Nubhan terus berdiri dengan Tisya diangkatnya. Tangannya memegang bahu ku cuba menenangkanku daripada meletup.

Aku menepis tangannya mengecilkan mataku memberikan amaran untuk jangan cuba untuk buka mulut.

Dia hanya menutup mulut.

Aku menarik nafas sedalam dalamnya. "Bila kau kahwin?" Aku tanya perlahan..

"Aku tak kahwin." Balasnya pendek

"Macam mana kau dapat anak!? Kau jangan jangan Nuzul!? Perut anak dara orang mana kau guna ni?! Hantu Kak Limah menyempang 4 tu lagi tak beranak ni kan kau! Entah entah kau bukan lelaki! Nama kau Nuzuliah kot!"

Eh Lia sempat lagi kau melawak! Hehehehh lucu juga aku. Aku cuba tahan ketawa, Mataku sudah membulat dan perasaan ingin tahu sudah membuak buak. Mikin besar mata Nuzul dan terbit perasaan takut di wajahnya.

"Awak orang semua tengok. Macam nak makan Nuzul sudah awak" bisik Nubhan.

"Errr, kita duduk dulu lah. Aku cerita lepastu.." aku menarik nafas semula dan mengangguk. Nuzul menghadap kearah Arfan

"Afan, pergi main lagi lah dulu bawa Tisya sekali. Baba nak kawan dengan mama papa Tisya"

Nubhan menurunkan Tisya dan sekali lagi mereka menikmati syurga di dunia.

Kami berjalan kearah pondok tadi, nasib tak ada orang yang duduk. Aku duduk dulu dengan memeluk tubuhku.

"Sebelum kau meletup Adelia aku nak kau sabaaaar dan taaariii..."

Aku menghempaskan tangan kearah meja kayu "Kalau tahu aku nak meletup buat apa nak comfort lagi! Cerita lah!"

Nubhan yang sudah panik mengarahkan Nuzul untuk bercerita. Tanpa sebarang masalah dia membuka cerita...

Haikal P.O.V

Aku membeli enam bungkus nasi untuk dimakan dirumah Izatul termasuk Syameel dan Adli sekali. Dua orang mangkuk tu asyik nak main game je dari tadi

Selepas "selamat" membawa balik makanan dan beli sedikit kuih muih yang diarahkan oleh Izatul dan diamanahkan oleh Hasyimah dan kalau makanan tu tak selamat dibawa balik kerumah aku akan di cincang dengan Syafiqah.

Tiga orang dara tu bukan nak hargai aku sebab belikan dan jaga makanan ni dengan jiwa tapi sebab sayangkan bakal bini ha! Sanggup sanggup!

Aku menekan lonceng rumah dan pintu dibuka oleh Izatul. Wajah nya sangat sangat gembira apabila melihatku aku apa lagi cairlah!

"Waaaaah sayang awak!" Katanya dengan menepuk tangannya kecil. Aku apa lagi kembang kempis lah hidung. Bila bakal bini kata sayang berjaya lah aku.

"Biasa lah tu sayang, saya ni kan hebat" plastik ditangan dirampas dan dipeluk erat oleh Izatul

Aku bengang. Dia menoleh kearah ku "buat apa lagi tercegat sana tu. Masuklah! Tu pun saya nak ajak ke! Ada kaki kan! Dah saya nak hidangkan sayang saya ni" dicium berkali kali plastik makanan itu.

Aku yang ternganga dipintu dibiarkan manakala dia berlalu pergi kedapur. Tawa terdengar aku menoleh kearah 2 ekor monyet yang entah dah bekurun hadap tv tu!

"Padan muka! Perasan sangat Izatul puji dia! HAHAHA" perli Adli

"Dah macam pintu gerbang istana aku nampak mulut kau tu! Perasan sangat kena puji"

Sabar Haikal, sabar

Aku menanggalkan kasut dan menutup pintu. Aku duduk satu sofa dengan diorang dua.

NubhanWhere stories live. Discover now