Nubhan P.O.V
"Papa Nubhan! Jom lah ikut kita jalan jalan!" Tisya melompat lompat menarik tanganku tetapi gerak pun tidak badan aku dia tarik.
Aku menunduk supaya badanku sama taraf dengannya.
"Mama bagi ke papa Nubhan ikut?"
Tisya menoleh kearah Adelia yang sudah melihatkan wajah senyum "ye boleh jom lah."
Tisya menjerit Yes dan melompat meminta aku mengangkatnya. Kebetulan hari ini aku tidak bekerja dan ada taman permainan kanak kanak.
Kami mencari pondok kecil untuk menunggu Tisya bermain. Pondok yang kami dapat berhadapan dengan sungai. Tenang je pandang
"Tisya main elok elok tau, mama dan papa Nubhan kat sini"
Tisya menjerit Ok dan berlari kearah dimana kanak kanak sudah bertemunya dengan syurga.
Untuk seketika kami berdua hanya diam melihat pemandangan. Tetapi pemandangan ku lain daripada apa yang Adelia pandang..
"Cantikkan apa yang ada depan kita sekarang.." kata Adelia merujuk kepada cuaca yang indah dan pantulan dari sungai biru.
"Yup betul betul cantik. Indahkan ciptaan Tuhan" aku berkata masih melihat kearahnya.
Adelia menoleh kearahku dan menahan tantangan mataku. Aku apa lagi memang tak lah aku nak alihkan pandangan aku. Seumur hidup sampai ku tua berambut putih juga masih ku tengok pemandangan ini.
Adelia kembali menoleh kearah sungai
"Cantik yang saya maksudkan bukan cantik saya. Cantik sungai biru ni ha.." perlinya."Lesung pipit dua di kanan tapi tak de di kiri. Itulah yang buat awak ganjil tapi unik dan cantik. Mata awak tak besar tak kecil tapi ada ciri ciri macam mata orang Cina. Pelik tapi benar. Bibir tak tebal tak nipis, sedang sedang saja. Masih comel juga. Hidung? Jangan tanya tak mancung langsung! Eee geramnya aku!"
Adelia ketawa terkekek kekek membuatkan ku senyum. Haih bilakah kita boleh hidup bersama selamat sayang..
"Puji lebih! Semua lelaki mulut manis! Tak ada yang mulut masin!" Katanya menyindir.
"Eh nak yang mulut masin ke meh rasa mulut saya ni manis ke masin" aku memunjungkan bibirku. Wajah Adelia bertukar geli. Tubuhku ditolak kuat membuatkan aku ketawa.
"Eeee gatal!"
"Kat awak je!" Aku membalas.
Kami kembali senyap menikmati kehadiran antara satu sama lain.
"Awak patut minta maaf kat Maria awak.."
Pasal ni lagi. Tak habis habis lagi.
Mari aku ceramahi kau buah hati intan payungku.Aku memusingkan seluruh badanku menghadap Adelia. Tersentak dia
"Awak, pasal apa awak baaaaaiikkkkk sangat?" Aku tanya
"Entah. Sendiri kot"
"Okay awak baik naturally eh? So Maria tampar naturally lah? Sendiri tangan dia terbang kat pipi awak tu?" Aku membalas. Adelia terdiam
"Adelia saya sayang kat awak, yes i've been bad tapi itu bukan dari diri saya. Sungguh sejak kita kolej saya selalu ingat awak. Awak rasa saya sanggup melihat perempuan lain membuatkan orang yang saya sayang sedih tampar orang yang saya sayang. Awak rasa saya sanggup? Takkan.."
"Awak lelaki Nubhan, tamparan awak kat Maria boleh menjatuhkan peranakan dia!"
"Aaaah melebih pulak dia! Saya tampar kat pipi bukan punggung!"
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "