Masa berlalu cepat dan bulan madu pengantin kita pun telah tamat, tetapi sebelum mereka balik kerumah mereka berdua pergi melawat ibu Adelia terlebih dahulu..
"Amboii lepas bulan madu semakin rapat eh"
"Mestilah ibu nanti Adelia lari lagi.." ejek Nubhan
Adelia hanya menggelengkan kepalanya.. selepas dia merasai apa erti bulan madu cintanya kearah suami semakin kuat.
Nubhan juga.
Ketika berbulan madu dia baru dapat merasakan erti cinta sebenar sebab bila sudah halal dah dapat peluk peluk macam tu..
Tidak pernah Nubhan tidak bermanja dengan Adelia. Kekadang Adelia pun terfikir yang Nubhan adalah isteri dalam perkahwinan mereka manakala dia pula yang suami kerana Nubhan yang selalu ingin bermanja lebih..
Bila Adelia terfikir balik tentang bulan madu mereka dia teringat soalan Nubhan ketika disana
"Sayang letih?" Tanya Nubhan sambil meletakkan kepalanya dipeha Adelia
"Okay je" Adelia membalas sambil membaca novel yang baru dibelinya. Jari jemarinya bermain dengan rambut Nubhan
Nubhan diam kemudian dia memusingkan badannya membuatkan dia bertentangan dengan perut Adelia.
Tiba tiba Nubhan memegang perut kempis Adelia "Bila lah ada isi sayang?"
Adelia terkedu.. "awalnya abang.."
Nubhan mengusap usap perut Adelia "sayang mesti comelkan kalau perut besar.. macam itik"
"Kalau sayang macam itik abang nak sayang lagi tak?"
"Eh mestilah takkan sayang nampak comel macam itik? Tambahan lagi sayang bawa anak abang mestilah lagi nak" Nubhan memeluk perut Adelia.
"Sabar okay abang, bila ada rezeki akan ada anak" kata Adelia lembut
Kekadang kesian juga dia dengan suaminya yang inginkan anak tapi manalah dapat terus..
Adelia juga terfikir adakah nenek nya akan sempat timang cicit? Bila terfikir macam ni tiba-tiba dia nak baby cepat cepat..
Terasa tertekan untuk dapatkan baby lah pula..
Bila mereka berkumpul dengan kawan kawan mereka semua mereka memberitahu berita yang gembira kepada Adelia dan Nubhan.
Pengantin baru juga turut gembira yang kawan kawan mereka akhirnya akan menghalalkan hubungan..
"Best tak bro kahwin?"
"Best lah! Korang bayangkan relationship korang sekarang happy kan?"
Mereka semua menganggukan kepala
"Bila sudah kahwin korang akan lagi happy! Dia punya keadaan tu macam istimewa."
"Waaaah nak kahwin sekarang lah" kata Syameel tiba tiba
Mereka semua berborak borak sampai hari malam.
Beberapa minggu kemudian
Adelia hanya baring sedang bermain dengan telefon bimbitnya dalam bilik manakala Nubhan sedang mandi..
Sedang Adelia melihat instagram explore dia ternampak bayi yang comel sedang tertawa dan menampakkan lesung pipitnya..
Teringat tentang lesung pipit Adelia terus senyum dan memegang pipi kanannya yang ada lesung pipit..
"Aku harap anak aku ada lesung pipit" kata Adelia kemudian senyum
Dengan tenang Adelia ingin menutup matanya kerana dia hendak terlelap tetapi terganggu apabila dia terasa ada sesuatu keluar pada bahagian bawahnya
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "