Tiga abdul

502 27 37
                                    

Gelak ketawa Izatul terus berlaung seluruh Mall.

"Baru kau tau perempuan! Eh aku dah tahan sabar tau dengan kau! Kau kena cerai depan orang ramai tak sama malu macam mana kau hina kawan aku kau tau tak! Kawan aku sengsara! Sedih! Sebab kau! Sekarang jaga lah kandungan kau sendiri walau semua tau yang tu bukan anak Syameel"

Seri Khusyaira Qiara tercungap cungap seperti mencari udara. Tidak sangka dia akan dimalukan seperti begini. Buku limanya digenggam kuat.

Hasyimah yang dikenali dengan perempuan yang baik dan mempunyai hati yang suci cuba untuk menenangkan Qiara. Dia perlahan lahan berjalan dan hendak menaruh tangannya ke bahu Qiara.

Belum sempat tangan Hasyimah hinggap ke bahu Qiara sudah Qiara genggam "Sekarang kau puas kan! Berjaya lah kau rampas suami orang! Congrats! Sebab dah runtuhkan rumah tangga orang!" dengan itu Qiara berlalu pergi.

Hasyimah hanya melihat tubuh Qiara keluar bangunan dengan penuh kesedihan. Kalau aku tak jumpa Syameel semua ni takkan berlaku!

Syameel berjalan dengan perlahan kearah wanita yang dia sayang. Dia hendak membuka mulut untuk menenangkan hati Hasyimah.

"Jangan." kata Hasyimah membuatkan Syameel bengang.

"Jangan contact aku dan jangan dekati aku lagi." dan Hasyimah berlalu pergi tanpa melihat Syameel untuk kali terakhir. Izatul berlari terus berada di sisi Hasyimah. Ni kalau Syafiqah tau ni sah sah Syameel akan jadi Perempuan. Omel Izatul dalam hati.

----------

"Assalamualaikum sayang, dah makan dah?" tanya kekasih nya dalam talian.

" Hmm " jawab Syafiqah tidak mahu bercakap dengannya bersebab. Salam dijawab didalam hati..

" Kenapa ni? Saya ada buat salah ke? "

Syafiqah tidak menjawab..

Adli mengeluh " Awak, kalau awak tak bagitahu apa salah saya takkan habis merajuk awak tu "

Sekali lagi Syafiqah hanya berdiam diri.

" Pleasee awak " rayu Adli dengan sayu.

" Jumpat saya tempat biasa " dan talian terus dimatikan.

Syafiqah menghempaskan badannya ke sofa yang empuk itu. Letih sungguh baru pulang dari kerja. Ketika waktu sekolah sekolah dulu tak sabar pulak nak kerja, sekarang dah kerja nak sekolah balik. Manusiaa..

" Mana pulak budak dua ekor ni? Keluar tak ajak. "

Syafiqah hanya duduk berseorangan dengan setengah badan atas sofa kaki melunjur ke lantai. Tak de orang pun dalam rumah ni.. apa nak malu.

Dia masih duduk dengan posisi yang tidak senonoh agak lama. Perjumpaan yang diaturkan bersama Adli tidak diambil berat sepenuhnya. Masih lagi dia marah dengan kekasihnya itu jadi apa salahnya tunjuk ajar sikit.

Terdengar bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah tapi dayang Syafiqah tidak gundah dari posisinya yang tidak senonoh itu.

Pintu utama rumah dibuka dan masuk Hasyimah dengan hidung yang merah memegang wajahnya berlari keatas.

Syafiqah pelik nak di jerit nampak macam Hasyimah tengah bersedih. Apabila Izatul memasuki rumah dengan memberi salam Syafiqah terus menembak dengan soalan.

" Setan mana buat dia sedih? "

Hal hal macam ni memang Syafiqah yang akan ambil berat. Sebab mereka sudah berkawan sejak kecil lagi sekarang tinggal bersama.

NubhanWhere stories live. Discover now