Part 3

324 23 0
                                        

 Pagi-pagi lagi sudah ada kelas. Maka, Ami, Leya dan Qis masing-masing sedang bersedia untuk ke Universiti Hanyang yang terletak tidak jauh dari rumah mereka. Ami sudah berada di luar rumah sedang menyarung kasut, Qis pula masih bersiap di dalam bilik. Kadang itu dia menukar stail tudung di hadapan cermin. 

"Mana lagi cantik eh?" Qis buntu hendak memilih stail tudung.

"Qis, cepatlah!!" Leya melaung nama Qis dari luar rumah.

"Ish, sabarlah!" Qis masih tidak tahu stail apa yang perlu dikenakan. 

Leya sudah bercekak pinggang menunggu rakannya yang seorang itu. Apabila kelibat rakannya sudah keluar dari rumah, Leya mula dengan bebelannya "Kau ni bersiap mengalahkan pengantin, kau tahu tak siapa lecturer kita pagi ni? Prof. Ji Hye tau, beliau dahlah garang. Kalau lambat seminit pun tetap kena duduk luar. Kau lagi dahlah tumpang orang, nasib baik aku tunggu kalau tak memang kena tinggallah." 

"Kau dah tahu aku tak cukup duit nak beli basikal, sumbanglah sikit kalau ya pun."  

"Wah kau..."

"Okey jom!!" Untuk tidak memanjangkan pergaduhan, Ami mengajak mereka untuk segera bertolak ke universiti. Mujurlah universiti mereka terletak tidak jauh dari kawasan perumahan mereka, jadi kalau naik basikal pun tak ada masalah. 

Baru sahaja keluar dari perkarangan rumah mereka, sebuah motosikal berkuasa besar berhenti dihadapan mereka. Leya yang sudah bengang kerana mereka boleh dikatakan sudah lambat hendak ke kelas. 

"Good morning, girls!" Pembonceng basikal itu menegur. Ami, Leya dan Qis sama-sama hairan. Siapa pula mamat ni? Ami memandang Qis, Qis angkat bahu. 

"Sayalah, Jimin." Jimin membuka topi keledarnya. Rambut yang sudah kusut dirapikan. 

"Kami pergi dulu," Leya segera meminta diri. Kalau lambat, habislah dia dan Qis nanti. 

"Mana Taehyung?" soal Qis. 

"Dia dah pergi dulu dengan kereta. Maklumlah, universiti dia jauh sikit," kata Jimin. "Awak semua, saya ada benda nak tanya ni," 

"Maaflah, kami dah lambat ni. Pergi dulu, bye!" Ami cepat-cepat mengayuh basikalnya. Leya juga turut mengikut Ami dari belakang. 

"Ini peti ais ke orang ni," Leya merungut. Qis di tempat pembonceng memukul belakang badan Leya. 

Jimin berkeluh kecil. "Dah, dah, pakai helmet cepat." Jungkook terus memecut motosikalnya tanpa sempat Jimin menyarungkan helmet pada kepalanya. Jungkook memecut laju sehingga melepasi basikal Ami dan Leya. Ami hampir hendak terjatuh.

"Wei, mentang-mentang motor besar!" Ami memaki Jungkook. Leya mengambil kesempatan ni untuk meninggalkan Ami. Qis mengejek dari belakang. 

---------------------------------------------------------

Akhirnya, Ami, Qis dan Leya selamat tiba di Universiti Hanyang. Semester baru mereka akan bermula di sini. Qis dan Leya mengambil bidang yang sama berbeza dengan Ami. 

"Okey, kita berpisah di sini, Ami jumpa kat kafe lepas kelas ni tau." Leya menarik Qis ke kelas mereka. "Cepatlah, kita dah lambat!" 

"Bye.. " Ami mengatur langkah ke bilik kuliahnya. Masuk-masuk sahaja dia mencari seseorang. 

"Ami, sini!!" Damia  berbisik sambil melambai pada Ami. Damia yang menjadi rakannya sewaktu kuliah. Mereka mula rapat sewaktu tahun pertama di Universiti Hanyang. Ami terus ke tempat duduk bersebelahan Damia. 

"Lama tak jumpa kau!" Kata Damia dalam nada gembira. Damia yang happy go lucky. 

"Aku pun.." kata Ami. Dia mengeluarkan buku nota dan pen dari dalam begnya. 

The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang