Ami menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas sambil di tangannya ligat menyalin nota daripada pensyarah mereka, Prof Nam Joon. (eceh..) Tetapi, Ami terlalu fokus sehingga tidak menyedari ada seseorang yang memerhatinya sejak tadi.
Damia juga perasan akan perkara yang sama. Dia menyiku lengan Ami , "Ami, aku rasa ada orang pandang kaulah.."
"Shh...prof tengah mengajar kat depan." Ami tidak mempedulikannya langsung malah dia hanya fokus pada kelas hari ini. Damia mengeluh, sebenarnya dia geram lihat lelaki yang merenung Ami sejak tadi.
Pada masa yang sama Jimin juga perasan akan ada orang yang asyik memerhatikan Ami. "Jungkook. tengok tu."
Jungkook melihat apa yang Jimin tunjukkan. "Tak ada apa pun,"
"Tu lelaki itu asyik tenung Ami je," ujar Jimin tidak berpuas hati.
"Hish dia ni, malas aku nak layan kau." Jungkook pun tidak menghiraukannya.
Jimin masih memerhatikan lelaki tadi. "Ini tak boleh jadi, takkan dia ada niat tak baik dekat Ami kot?"
"Park Jimin," Prof Nam Joon sudah berdiri di hadapan Jimin. Apabila namanya disebut, terus Jimin berdiri. Seisi kelas melihatnya.
"What are you looking at?" soal Prof Nam Joon.
"Nothing, prof." Jimin tertunduk malu. Jungkook disebelah sedaya upaya menahan tawa.
Prof Nam Joon menyuruh Jimin duduk. Jimin pun duduk kembali. Sungguh dia malu kerana ditegur sebegitu. Jungkook sudah meledakkan tawa. Jimin mencerlung Jungkook dengan tajam.
--------------------------------------------------------
Keluar sahaja dari kelas, Damia tidak henti-henti bercakap mengenai lelaki yang memandang Ami di dalam kelas.
"Aku tak tipu Ami, dia pandang kau macam ni." Damia melakonkan bagaimana lelaki misteri itu merenung Ami.
"Mana tahu dia pandang orang lain ke?" Ami langsung tidak mahu percaya. Siapa pula yang berani nak pandang dia ni?
"Betul, dia pandang kau sambil tongkat dagu, wei.." Damia meyakinkan Ami lagi. Ami ketawa kemudian menggeleng-gelengkan kepala.
"Nak masuk 2 tahun aku kat sini, mana ada sesiapa yang minat kat aku. Lelaki itu korea ke melayu ataupun kau rasa dia dari negara yang lain?" soal Ami.
"Entahlah, muka dia macam korea tapi bila tengok lama-lama macam orang melayu pun ada." Damia cuba mengingat wajah lelaki misteri itu.
"Dah, dah, Ain dah tunggu kau tu." Ami menolak Damia.
"Ami, aku tak main-main tau." Damia berkata sebelum berlari-lari anak ke arah rakan serumahnya, Ain. Ami menggeleng kepala sekali lagi tidak mahu terlalu memikirkan tentang lelaki yang dikatakan memandangnya tadi.
"Mana pula kawan aku ni?" Ami mencari-cari susuk tubuh Leya dan Qis.
"Ami!!" Jimin berlari-lari anak ke arah Ami. Jungkook pula tenang sahaja berjalan mengikut Jimin.
"Jimin, awak nampak..."
"Ami, jom makan sama-sama," ajak Jimin secara tiba-tiba. Jungkook juga terkejut dengan pelawaan Jimin.
"apa?"
"Jomlah makan!!" Jimin mendesak pula lagi membuat Ami dan Jungkook sama-sama pelik dengan sikap Jimin.
"Awak dah lapar sangat ke ni? Saya tunggu Leya dengan Qis." Ujar Ami. Sebolehnya dia ingin menjauhi Jimin buat masa ini. Jungkook cuba memahami situasi yang sedang berlaku.
![](https://img.wattpad.com/cover/142621707-288-k610165.jpg)
YOU ARE READING
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...