Part 8

239 21 0
                                        

"Jungkook-ah..." Jungkook mencelikkan mata apabila terdengar namanya dipanggil. Dia melihat sekeliling, gelap tanpa sebarang cahaya.

"Aku kat mana ni?" Jungkook keliru.

"Jungkook, sinilah.." Jungkook mencari di mana datangnya suara itu. Dia sampai di suatu tempat, ada seorang perempuan duduk membelakanginya.

Perlahan-lahan wanita itu berkalih, "Jungkook-ah.."

"Ye In?" Jungkook bingung dengan apa yang dilihatnya. Kenapa Ye In ada di sini?

"Jungkook, saya tahu awak masih sayangkan saya." kata Ye In. Jungkook terdiam, dia masih tidak memahami apa yang sedang berlaku.

"Awak ingat tak gambar saya yang awak lukiskan?" Ye In menunjukkan sebuah potret wajah Ye In yang dilukis sendiri oleh Jungkook dahulu. Jungkook mendekat sedikit untuk melihat lukisan itu.

Tiba-tiba, Ye In menyimbah Jungkook dengan cat.

"Bangun!!" Ami menyiram Jungkook, Jimin dan Taehyung dengan getah paip. Terus terbangun mereka bertiga.

"Nyenyaknya tidur atas rumput sampai tak sedar hari dah siang." Leya dan Ami ketawa terbahak-bahak. "Rumput pun boleh.."

Jungkook ingin membalas tetapi Jimin cepat-cepat menahan. "Terima kasih sebab kejut," Taehyung memerli dalam kegeraman. Tak pasal -pasal dimandikan di atas rumput.

"Dah,dah, jomlah gerak sekarang." Kata Qis. Terkocoh-kocoh Leya dan Ami mengeluarkan basikal masing-masing.

"Ami, aku ada gambar jiran kita tidur, nak tengok tak?" Kata Qis. Ami berlari ke arah Qis untuk melihat gambar yang diambil oleh Qis. Leya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Korang berdua ni kan, tak tahu nak cakap apa. Qis, kau jalan kaki!" Leya mengacah-acah hendak meninggalkan Qis. Terus Qis berlari dan menahan Leya daripada pergi dahulu.

---------------------------------------------------------

Selesai kelas, Jimin dan Jungkook menuju ke kafeteria. Pagi tadi mereka hampir-hampir terlewat ke kelas kerana terlajak tidur. Nasib baik Ami dan Leya 'tolong' kejutkan.

"Macam mana kita boleh tertidur semalam, kat luar pula tu?" Jimin hairan bagaimana mereka boleh tertidur semalam.

Jungkook mengangkat bahu, "entah."

Mata Jungkook tertancap pada seorang perempuan berambut panjang dan lurus. Lama dia memandang gadis itu. "Macam kenal je...."

"Kookie.." Jimin ingin berkata sesuatu tetapi melihat orang yang Jungkook lihat, Jimin terpanar. "Itu bukan...."

"Jom pergi." Jungkook mengajak Jimin pergi apabila perempuan yang ditenung sejak tadi memandangnya.

"Jungkook?" Ye In tergamam. Jungkook juga berada di sini?

Di kafeteria, Ami, Qis dan Leya makan makanan yang mereka bawa dari rumah. Mereka berborak dengan sungguh rancak. Sehinggalah, Damia datang ke meja mereka.

Fail yang Damia pegang dihempas ke atas meja. Ami, Leya dan Qis sama-sama terperanjat. "Mia, kenapa ni?" soal Ami.

Damia mengambil tempat di samping Ami. "Ami, kau tak nampak Atillia dalam kelas kan?" Tanya Damia. Ami menganggukkan kepala.

"Kau tahu tak perempuan tak guna tu dah melancong ke Paris?! Sakitnya hati aku..." luah Damia. Dia menumbuk meja sehingga meja itu bergoyang.

Ami mengeluh. Apa nak heran, Atillia dah memberitahunya awal-awal pun. "Dia tak nak buat dengan kita." kata Ami.

"Aku tahu, perempuan ni memang sengaja cari alasan. Kalau aku dapat dia, memang aku tak akan lepaskan dia!" Damia berkata dengan geram. Penumbuknya digenggam erat.

The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang