Vroom!! Vroom!! Vroom!!
Bunyi itu sangat-sangat menganggu ketenteraman tiga gadis di rumah sebelah. Ami menutup kedua belah telinganya kerana tidak tahan dengan bunyi tersebut.
"Ei, memekak betul lah. Ini mesti first time beli motor ni!"
Leya keluar dari biliknya, "Ami, bunyi apa tu?"
Kedengaran pula bunyi jeritan Qis daripada biliknya. Keluar sahaja, kesan lipstik berada pada hidungnya. "Anak siapa tu?"
"Aku rasa dari rumah sebelah ni," Leya mengagak.
"Ha'ah, siapa lagi yang ada motor besar melainkan 'si hidung parrot' tu? Jom tengok kejap," Ami mengajak Leya dan Qis untuk mengintai apa yang lelaki-lelaki korea sebelah rumah sedang lakukan.
Benar tekaan mereka, Jungkook sedang mencuba motosikal berkuasa tinggi miliknya. Jimin dan Taehyung pula memuji-muji bunyi motor Jungkook.
"Patutlah, test motor je pun." Leya mendengus kasar.Dia baru hendak menghayati novel yang baru dibelinya secara online semalam, bunyi motor tersebut terus menghilangkan penghayatannya.
"Aku nak touch-up pun susah. Habis muka aku, " rungut Qis pula.
Ami mendapat idea. Dia mencari-cari sesuatu di setiap laci almari dirumah itu.
"Kau cari apa pula, Ami?" Leya hairan.
"Leya, kau ingat tak pistol mainan anak buah kau hari tu, ada lagi tak?" Soal Ami. Leya mengangguk lalu menunjuk ke arah setor.
"Kau nak buat apa?"
Ami mengeluarkan dua buah pistol mainan dan menyerahkan satu lagi kepada Leya. "Disebabkan jiran kita telah menganggu ketenteraman awam, kita ganggu diorang pula." Ami tersenyum jahat.
"Korang jangan buat kerja gila," Qis mengingatkan. Leya dan Ami sudah mula mengisi air di dalam pistol mereka.
"Aku buat sebab aku tak tahan, kau kalau sayangkan Jimin baik kau join kitorang." kata Leya.
"Jom kita tegakkan keadilan!!" Ami dan Leya keluar dari rumah dan bersembunyi di sebalik pagar yang memisahkan rumah mereka dan jejaka-jejaka korea itu.
"Ish, korang ni!!" Qis tidak dapat menghalang mereka. Dia juga keluar untuk lihat apa yang berlaku.
Ami memberi isyarat kepada Leya. Mereka mengambil posisi yang hampir dengan Jimin, Jungkook dan Taehyung. Dalam kiraan tiga, mereka berdua menembak pistol air itu pada ketiga-tiga jejaka korea itu. Oleh kerana Jimin memakai baju berwarna putih maka apabila terkena air akan menampakkan apa di dalamnya. Qis terpandangkan 6 kotak yang berada pada tubuh Jimin. Leya dan Ami berhenti menembak apabila turut terlihat benda yang sama.
"Hoi!!" Jungkook menempik. Dia meraup mukanya yang basah dengan kasar. Disebabkan terlalu geram, Jungkook membuka pili air dan menjirusnya pada Ami dan Leya. Qis juga turut terkena tempiasnya.
"Apa ni!" Ami terus berlari kedalam rumah apabila Jungkook membuat serangan balas. Leya hampir tergelincir kerana lantai yang basah dan licin.
"Nasib baik baju aku tak nipis sangat, kalau tak dah nampak semua." Rungut Leya. Habis kuyup dia dan Ami dek kerana jirusan air Jungkook. What you give you get back.
"Badan dia bila basah, omaigadd!!" Qis terlompat-lompat teruja. Leya memandang Qis dengan geram. Orang tengah bengang boleh pula dia teruja.
"Ya, aku pun nampak juga." Ami terkedu. Dia tidak sangka akan nampak benda itu secara langsung.
"Ish korang berdua ni, lain pula yang ditengok!" Leya terus ke bilik air kerana tak tahan bajunya yang basah kuyup.
![](https://img.wattpad.com/cover/142621707-288-k610165.jpg)
YOU ARE READING
The Boys Next Door
Fiksi PenggemarBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...