Lama Leya merenung ke luar tingkap memerhatikan Atillia dan Taehyung. Dia sendiri tak tahu kenapa hatinya rasa sakit sekali. Cemburukah? Tanpa salam dan ketukan, Ami terus membuka pintu bilik Leya.
"Leya, kau nampak minah karat tu tak?" soal Ami. Leya tidak menjawab barangkali tak dengar. Ami cuba memanggil lagi, tetapi rakannya yang seorang itu seperti berada dalam dunianya sendiri.
"Dia pandang apa?" Ami cuba melihat apa yang Leya tenungkan di luar tingkap. "Fuyooo, minah karat tu dengan Taehyung rupanya!"
Leya tersentak sedikit apabila Ami berkata dengan kuat. "Eh, bila kau masuk, tak ketuk pintu dulu ke?"
"Kau kawan aku, suka hati akulah." Selamba sahaja Ami berkata. Dia memandang Leya dengan rasa hairan. "Lain macam je cara kau pandang, jealous ke?"
"Mana ada, aku tak pandang diorang pun." Kata Leya. Padahal, dia sedang berusaha menyembunyikan apa yang sebenarnya dia rasakan.
"Yeke?" Ami bertanya sambil mengangkat sebelah kening ala Ziana Zain. Tidak senang dengan pertanyaan Ami, Leya beralih ke katil pula. Dia terus menelentang di atas katil.
"Apa sebenarnya yang dah jadi dekat Atillia?" Soalan itu sengaja ditanya bagi menghilangkan rasa tidak senang di dalam hati Leya.
"Degil, pergi Paris tak beritahu ayah dia. Bila ayah dia dapat tahu terus akaun dia dibekukan. Akaun satu hal, rumah sewa dia pula kena tarik. Jadi, dia tak ada tempat tidur sebab tu dia minta tumpang dekat rumah kita." Cerita Ami.
"Dalam banyak-banyak orang dalam u, kenapa dia minta tolong kau juga?"
Ami berbaring di sebelah Leya. " Kau lupa ke, dia mana pandai cakap korea?"
Leya menepuk dahi. Ya tak ya jugakkan, padanlah dia tak minta tolong orang lain. Lagipula, Atillia jenis yang suka gerak secara solo. Macam mana dia belajar dalam kelas? Walaupun dia tak pandai berbahasa korea, dia akan gunakan strategi dengan merekod apa yang pensyarah katakan di dalam kelas, selepas itu, dia akan translate. Disebabkan itu, dia tidak pernah gagal dalam peperiksaan.
"Aku pelik kenapa dia masih terus belajar di sini?"
"Entahlah, dengar cerita ayah dia yang paksa dia belajar kat sini. Disebabkan rasa tak puas hati dengan ayah dia, dia memberontak dengan tak nak belajar bahasa korea."
Leya berkerut mendengar cerita Ami. "Pelik-pelik je,baik belajar tempat lain je."
"Oklah, aku nak sambut perempuan tu. Tidur lena anakku sayang, jangan mimpikan jiran sebelah pula..." usik Ami sebelum melangkah keluar dari bilik Leya. Mimpikan jiran sebelah? Jangan harap!
Ami turun menuju ke ruang tamu. Dari jauh, dia boleh nampak Atillia sedang duduk di atas sofa sambil mencium sehelai sapu tangan. Perlahan-lahan Ami mendekati Atillia yang leka dengan sapu tangan itu. Tanpa perasan apa-apa, Atillia bercakap seorang diri.
"Baik betul lelaki ni. Agaknya dia suka aku kot, hehe." Atillia berbicara seperti orang angau. Sapu tangan itu dikucupnya lagi.
"WOI!"
"Ahh!!" Sapu tangan yang digenggam kuat tadi terlepas kerana tepukan Ami. "Kau ni kan!"
Ami ketawa melihat reaksi Atillia. "Wah, wah, bukan main lagi kau kan. Ini rupanya sebab kau nak duduk rumah aku. Kau nak menggatal dengan lelaki kat sebelahkan?!"
"Mana ada! Kebetulan je.. jangan jealous.." Seloroh Atillia. Dia mengambil semula sapu tangan yang terjatuh dan memeluknya erat.
"Takde masa aku nak jealous, not my type!" Berani nak ada hubungan dengan Taehyung? Marah Jungkook karang!
"Serius bukan type kau? Bagus sangat, aku ada canlah macam ni..." Kata Atillia sambil berangan-angan. "Ami, aku rasa dia suka akulah."
Ami terdiam. Dia memandang Leya yang sedang berjalan turun ke bawah. Dia juga terkedu. Ami tahu dia tidak boleh biarkan ini terjadi.
"Kenapa kau rasa dia suka kau?" soal Ami. Sesekali dia menjeling Leya di belakang.
"Dia ambil berat pasal aku, bila aku cakap dengan dia aku rasa selesa sangat."
"Macam kau ingat nama dia," duga Ami.
"Mestilah! Nama dia Ttt..Tae..hhiun."
"Hah, nama pun tak ingat. Suka konon," sindir Ami. Dia menoleh sedikit ke belakang mencari Leya tetapi dia tiada di situ. Mungkin sudah masuk ke dalam biliknya sendiri.
"Whatever you think, aku nak masuk tidur dulu nak mimpikan putera raja sebelah. Adios!" Atillia beransur ke bilik Ami sambil melayang-layangkan sapu tangan.
Ami mencebik, "perasan betul! Taehyung ni pun satu, baik sangat dah kenapa?" omelnya. Taehyung memang seorang lelaki yang baik. Sudahlah baik, suka senyum pula tu. Siapa je yang tak akan jatuh cinta dengannya?
"Aku harap tak betullah," kata Ami. Sebenarnya dia tak kisah pun kalau Taehyung bersama Atillia tetapi dia lebih pedulikan perasaan sahabatnya.
--------------------------------------------------
TAEHYUNG'S P.O.V
"Tae Ryung-ah!" Aku melambai Tae Ryung di dalam skrin telefon.
"Oppa, oppa sihat?" dia bertanya.
"Oppa? Hmm..macam apa yang Ryung nampaklah.."
"Baguslah, Leya eonnie sihat tak?" Aku tahu dia sengaja tanya tentang Leya. Ish, susah betul na sorok apa-apa daripada adik aku yang seorang ni.
"Ok je oppa tengok. Sihat je," jawabku. Sambil tu aku cuba melihat rumah sebelah. Mana tahu rezeki aku ternampak dia. Hehe..
"Oppa dah beritahu dia?"
"Beritahu apa?" aku buat-buat tak faham. Tae Ryung merenung aku tajam. "Annya! Oppa akan beritahu dia bila semuanya selesai."
"Keuraeyo, jangan tunggu lama-lama. Takut ada orang lain kebas pula." kata TaeRyung.
Aku menamatkan panggilan. Telefon aku letakkan di tepi. Betul apa yang Ryung katakan. Aku kena bertindak cepat. Kalau tidak, semuanya akan terlambat. Dia istimewa, lain daripada kebanyakan perempuan yang aku kenal. Merendah diri, pemalu tetapi berani pertahankan kawannya. Memang dialah orangnya. Aku akan jadikan dia milik aku dengan cara yang sah dan halal.
Aku nampak ada seseorang yang keluar ke balkoni. Apabila dia nampak aku terus dia angkat tangan melambai pada aku. Gadis yang aku jumpa di kedai Lim ahjussi tadi. Bila aku berbual dengan dia, aku teringat waktu pertama kali aku berjumpa dengannya. Aku fikirkan dia ada niat jahat dengan Ami. Tapi, aku salah. Dia pun ada sisi baik juga. Harap-harap orang kat sebelah tak salah faham antara aku dengan dia.
"Leya, sampai masanya nanti awak akan tahu. Tunggu saya,"
TO BE CONTINUED...
![](https://img.wattpad.com/cover/142621707-288-k610165.jpg)
YOU ARE READING
The Boys Next Door
FanficBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...