Part 38

172 21 0
                                    

Pulang sahaja dari taman tema, kawasan rumah mereka sudah dipenuhi salji. Halaman rumah mereka sahaja sudah seperti lautan salji. Salji turun dengan lebat sekali. Qis, Leya dan Ami yang jakun berlari-lari anak ke rumah mereka sebaik sahaja turun dari teksi. Qis sudah berpusing ala-ala hindustan.

Tiba-tiba, Leya merasakan ada sesuatu yang mendarat di belakang badannya. Ada gumpalan salji di belakang badannya. Leya melihat siapa empunya angkara. Di rumah sebelah, Taehyung dan Jimin sudah ketawa berdekah-dekah. Leya sudah mengagak ini pastinya kerja mereka. Qis yang sedang berpusing-pusing sambil berangan-angan juga turut dibaling dengan bola salji.

"Aduh, tak guna betul!" Qis membuat isyarat kepada Leya. Leya memahami lantas dia dan Qis mengumpulkan salji-salji membentuk bebola lalu dia melemparkannya mengenai Jimin dan Taehyung.

"hah, padan muka!" Leya dan Qis tertawa mengejek.

Taehyung dan Jimin tidak mengalah begitu sahaja. Mereka membalas dengan bebola salji yang lebih besar. Leya dan Qis sudah melihat taktik mereka, maka mereka berdua turut bersedia mengumpulkan bola salji. Bebola salji besar yang dilontar oleh Jimin mengenai Ami yang masih tidak boleh melupakan peristiwa tadi.

"Yah!" Ami merasa geram dia mengumpulkan salji sebanyak yang mungkin untuk membuat serangan balas. Hilang terus peristiwa tadi. Apa yang penting dia dapat membalas dendam.

Maka, bermulalah perang salji antara kedua-dua pihak. Taehyung dan Jimin sesekali membuat bebola salji yang dua kali ganda besarnya. Dimana Jungkook? Dia tengah periksa motor dia. Apabila selesai memeriksa dan memastikan motornya dalam keadaan baik, dia bangkit. Apabila mendengar suara gelak ketawa mereka, dia menyertai mereka.

Ami membentuk gumpalan salji sehingga saiznya hampir sama dengan saiz bola salji Jimin dan Taehyung. Dia mengangkat bola salji itu lalu melontarkannya ke rumah sebelah. Bebola salji itu mengenai tubuh Jungkook. Terus Ami terkaku. Segala perang salju tadi terjeda seketika. Ami memandang Jungkook dan Jungkook memandangnya.

"Nan neorul chuwahae,"

Ami terus berpusing kemudian berlari masuk ke dalam rumah. Leya dan Qis tertanya-tanya begitu juga Taehyung dan Jimin. Namun, Jungkook tetap teguh berdiri kerana dia tahu Ami lari dari siapa.

"Mian, kami masuk dulu. Tapi, jangan ingat awak semua dah menang!" Qis meminta diri dan sempat memberi amaran.

"Arasseo, tapi kenapa dengan Ami?" Taehyung memandang Jungkook dan Jimin.

Jimin mengerling Jungkook. Dia perasan yang Ami masuk ke dalam rumah setelah melihat Jungkook. Pastinya ini ada kaitan dengan Jungkook.

"Meolla," Jungkook meraup rambutnya ke belakang sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

-----------------------------------

"Kenapa dengan aku ni?! Berhentilah!" Ami kini sedang berdiri di depan cermin melihat mukanya. Sejak peristiwa tadi, wajahnya bertukar merah padam. Sehingga kini masih belum reda.

"Ahh...ini semua sebab diorang!" Ami meraup mukanya sebal. Merah pada wajahnya belum turun.

"Ami, sedarlah. Siapa yang nak kat kau? Yang tadi tu kau berangan je, mimpi je lebih!" Ami berkata-kata sendiri. Dia menampar-nampar wajahnya berkali-kali.

"Come on, back to your sense!"

Tiba-tiba, pintu diketuk dari luar berkali-kali. Ami tersentak. Sejak peristiwa itu dia menjadi cepat sangat terkejut.

"Ami, kau lambat lagi ke? Aku dah tak tahan ni..." Suara Leya bergema di luar. Ami menghembus nafas lega. Dia fikirkan Jungkook atau Jimin boleh tiba-tiba ada.

The Boys  Next DoorWhere stories live. Discover now