Sudah sehari peristiwa pahit itu berlaku, namun Leya masih tidak dapat melupakan kata-kata Taehyung pada malam itu. Dan dia ingat lagi ketika Taehyung mula-mula datang.
Setelah Ami melarikan diri keluar dari rumah itu, Shamim terus memeluk leher Leya. Pisau rambo diacukan ke lehernya yang dilapisi tudung.
"Shamim, aku betul-betul minta maaf Waktu tu kitorang sombong, ego, selalu pandang rendah dengan orang macam kau."
"Hahaha, orang macam aku?! " berdesing telinga Leya apabila Shamim ketawa dengan kuat di telinganya.
"Kalau kau sedar sepatutnya dari dulu lagi kau minta maaf dengan aku! Sekarang maaf kau dah tak ada guna dah! Kau melutut sekalipun aku tak akan terimalah!"
Shamim mencampak tubuh kecil Leya ke tepi. Tolakannya yang kuat itu menyebabkan Leya terjatuh lalu kepalanya terhantuk pada meja.
"Kau ingat lagi yang Korang tolak aku macam ni?"
Leya mengesat darah yang mengalir di dahinya. Dia terpaksa mengengsot ke belakang.
"Shamim, aku merayu dengan kau. Maafkan lah aku." Suara Leya menggeletar merayu kepada Shamim supaya memaafkannya.
Shamim menyeringai. "Nope, the show doesn't end yet. Lepas ni kau kena rasa lontaran aku. Macam apa yang kau buat dekat aku dulu,"
Shamim mengambil beberapa ketul batu besar Dan bersedia mahu melontarnya ke arah Leya. Leya memejam mata, dia mengalah Dan menerima apa sahaja yang akan menimpa dirinya.
Shamim mengangkat tinggi batu besar itu seperti mana Ami men perlakukan kepadanya suatu ketika dahulu. Tiba-Tiba, kedengaran pintu dihempas dengan kuat.
"Yah!! Kau buat apa ha?!" Leya terus mencelikkan mata apa bila mendengar suara Taehyung.
Taehyung memandang Shamim tajam. Dia terus meluru ke arah Shamim lalu melepaskan tumbukan pada wajahnya. Shamim membalas kembali tumbukan itu. Mereka Saling berbalas tumbukan buat seketika namun disebabkan tubuh Taehyung yang lebih tegap daripada Shamim, maka dialah yang menang.
Tubuh Shamim bergolek di atas lantai. Namun, itu belum masih memuaskan hati Taehyung. Dia menendang rusuk Shamim dengan penuh rasa geram yang teramat sangat. Kemudian, dia menumbuk lagi wajah Shamim.
"Aku tak akan lepas kan kau kalau kau apa-apa kan dia!" jerit Taehyung.
Leya terkedu melihat Taehyung yang sudah dirasuk amarah yang menggila. Beberapa orang anggota polis pula tiba lalu menarik Taehyung dan menenangkannya.Leya tidak menyangka Taehyung akan bertindak Seganas itu kerananya. Dan juga kata-kata lelaki itu selepas mereka diselamatkan.
"Awak tahu tak betapa risaunya Saya bila dapat tahu awak kena culik? Awak tahu tak betapa Saya berusaha Nak cari awak? Dan awak tahu tak apa yang Saya rasa bila dia Cuba Nak cederakan awak?"
"Saya rasa sakit di sini. Ikutkan hati Saya Nak bunuh je lelaki itu. Saya tak akan biarkan orang lain apa-apa kan awak!"
"Kenapa aku rasa berdebar ni? Dia cuma risau kan aku, dia tak maksud kan apa-apa pun, kan?" Leya menggelengkan kepalanya berulang kali.
Dia bergerak mendekati jendela biliknya Dan menyelak sedikit langsir jendelanya untuk melihat rumah sebelah. Tetapi, alangkah terkejutnya dia apabila Taehyung juga kebetulan sedang memerhatikannya dari rumah sebelah, terus Leya menutup kembali langsir biliknya.
"Nasib baik aku tak tanggalkan telekung lagi," ujar Leya sendiri. Namun, hakikatnya jantungnya kini sedang berdetak laju. Mata tajam Taehyung menikam sehingga menembus lubuk hatinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...