Ami menjengukkan kepala keluar. Dia melihat kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Dia berkira-kira hendam masuk semula kedalam tetapi niatnya terbantut apabila terdengar sesuatu. Seperti suara orang berzikir serta bunyi tasbih. Bunyi itu datang daripada bilik Datuk Jeon.
"Takkan harabeoji solat subuh juga kot.." Ami keluar dari bilik dan berjalan ke bilik Datuk Jeon.
Melalui pintu bilik Datuk Jeon yang terbuka sedikit Ami melihat Datuk Jeon sedang duduk menekur di atas sejadah sambil bibirnya berulang-ulang mengucapkan sesuatu.
"Ish, tak payah sibuklah. Tapi, makin lama makin misterilah halmeoni dengan harabeoji ni." Ami berpatah balik ke biliknya semula dan pelbagai persoalan di kepalanya.
"Ahh, hantu!!" Jimin berteriak apabila berselisih dengan Ami yang hanya memakai telekung putih.
"Jimin, ini sayalah, Ami!" Jimin berhenti menjerit. Dia melihat Ami dari atas ke bawah.
"Oh Ami, kenapa awak pakai kain putih ni?" Selalunya Ami mengenakan tudung yang berwarna-warni, jarang sekali Ami mengenakan tudung putih dan labuh begini.
Ami tersenyum simpul. "Ini telekung, saya pakai telekung ni untuk solat."
"Solat? Pagi-pagi buta ni?" Ami tersengih lagi. Mungkin ini peluangnya untuk berdakwah.
"Sebenarnya, kami ada lima waktu solat. Yang pertama, solat subuh iaitu sebelum terbit matahari. Yang kedua, solat Zohor pula pada waktu tengah hari dan solat asar pada waktu petang iaitu sebelum terbenam matahari."
Jimin mengira dengan jarinya. "Baru tiga, awak ada solat malam juga ke?"
"Ada, waktu senja apabila cahaya merah kelihatan di kaki langit, kami akan menunaikan solat Mahgrib. Dan apabila matahari terbenam sepenuhnya, kami akan solat Isyak pula." jelas Ami panjang lebar. Jimin terangguk-angguk.
"Awak tak penat ke solat dari pagi sampai malam?"
"Tak, sebab ini kewajipan kami sebagai seorang muslim. Kami buat semua ni kerana Allah taala." kata Ami.
"Apa awak berdua buat kat sini?" Jimin dan Ami sama-sama menoleh ke arah suara itu.
"Ahh!!!" mereka sama-sama menjerit apabila melihat lembaga hitam itu.
"Hei, ni sayalah!" Jungkook bergerak ke hadapan sedikit. Disebabkan dia berdiri di tempat gelap, Jimin dan Ami sudah salah faham. "Yang awak takut sangat kenapa?" Jungkook mencerlung Ami.
"Sebab awak lagi menakutkan daripada hantu!" selepas berkata begitu Ami terus berlalu masuk ke dalam bilik.
"Haha, hantu.." Jimin mentertawakan Jungkook.
--------------------------------------------------------------
"Siapa yang datang?" Ami, Qis, Damia dan Leya menjenguk ke luar. Keluar sahaja dari bilik, kelibat semua orang tiada di dalam rumah. Kemudian, mereka terdengar suara Nenek Jeon dan Datuk Jeon sedang berbual dengan seseorang di luar.
"Korang, cuba tengok lelaki tu." Damia menuding jari ke arah seorang lelaki yang sedang berbual dengan Nenek Jeon. Muka lelaki itu agak asing. Maka, mereka berempat tertanya-tanya siapakah lelaki itu?
"Siapa tu?" Ami mengecilkan anak matanya untuk melihat dengan lebih jelas.
"Min Yoongi, kawan sekolah Jin hyung." Suara garau Jungkook kedengaran jelas di telinga Ami. Rupanya lelaki itu sudah berdiri di belakang Ami sejak tadi.
"Oh kawan Jin oppa ke? Memang semua kawan Jin oppa ni hensem ke?" Baru sahaja melihat Min Yoongi, Qis sudah tertarik dengan wajah tampan lelaki itu. Dengan senyuman manis bak gula dan mata sepet yang comel.

YOU ARE READING
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...