Jungkook, Taehyung, Atillia dan Ami berdiri mengelilingi meja bulat. Di atas meja itu ada sehelai kertas kajang di mana segala strategi untuk menyelamatkan Qis dan Leya tertulis di situ.
"Mana Jimin?" Jungkook baru perasan Jimin tiada bersama Taehyung.
"Meolla, lepas aku bagitahu dia tentang Leya dengan Qis terus lesap." kata Taehyung.
"Dia pergi selamatkan Qis dan Leya ke?" Jungkook dan Taehyung serentak memandang Ami. Kemungkinan besar apa yang Ami cakapkan itu betul.
"Kita kena cepat, Jimin tak cukup kuat untuk selamatkan mereka berdua." Gesa Taehyung. Mereka pun mula berbincang.
Di dalam hati, Ami berdoa agar Qis dan Leya dapat diselamatkan dengan segera. Tunggu aku, Qis, Leya!
------------------------------------------------
"Leya, aku tak nak mati...." Qis merengek. Tangan dan kakinya diikat bersama Leya.
"Kau jangan fikir bukan-bukan boleh tak?" Kata Leya separuh berbisik. Dia melihat di sekitar gudang terbiar itu. Dia cuba mencari peluang untuk melepaskan diri. Tidak jauh daripada kakinya terdapat cebisan kaca pecah. Leya cuba melunjurkan kakinya untuk mengambil kaca itu.
"Yah!" Baru beberapa cm hendak mencapai kaca itu, salah seorang konco Ryo dapat menangkapnya. Dia terus meluru ke arah Leya dan menyepak kaca itu jauh-jauh. "Jangan macam-macam eh!"
Leya terdiam. Peluang sudah berada di depan mata tetapi dilenyapkan sekelip mata. Jauh di sudut hati, Leya menyumpah seranah lelaki yang menendang kaca itu. Lelaki itu ditenung bagai hendak ditelan.
"Bos! Tengok siapa yang datang!" Lagi seorang konco Ryo masuk ke dalam gudang sambil mengheret seseorang. Qis dan Leya sama-sama tergamam.
"Jimin!" serentak mereka menyebut nama Jimin. Ada kesan lebam pada wajah lelaki itu mungkin kerana dipukul. Lelaki itu turut diikat sama bersama mereka.
"Macam mana awak boleh ada kat sini?" soal Qis dengan cemas. "Taehyung tahu ke kami ada kat sini?" tanyanya lagi.
Jimin mengangguk lemah. Kumpulan gengster itu telah membelasahnya dengan teruk sehingga dia tidak berdaya hendak bersuara.
Leya berasa kasihan melihat keadaan Jimin. "Awak tak patut datang sini, Jimin." kata Leya. Namun, segalanya sudah terlambat. Jimin terlalu berkeras hati mahu menyelamatkan Leya dan Qis alih-alih dia sendiri terikat sama.
"Siapalah yang akan selamatkan kita kat sini?" Leya teringat pada Taehyung. Namun, cepat-cepat dia menggelengkan kepala. Tidak, Taehyung tak boleh ada di sini, gangster tu akan bunuh Taehyung.
"Aku dah datang," Leya memandang di mana Taehyung dan Jungkook sedang berdiri. Oh tidak, dia tak sepatutnya ada kat sini. Leya meronta-ronta untuk melonggarkan tali yang mengikat mereka.
Ryo tersenyum sinis. "Bagus, mana duit tu?"
"Serahkan mereka dulu, baru aku bagi kau duit." Kata Taehyung. Qis dan Leya saling berpandangan. Taehyung sudah dapatkan duit ke?
"Duit dulu, baru aku lepaskan diorang semua!" Ryo bertempik. Budak hingusan ini cuba main-main dengan aku.
"Andwae, lepaskan diorang dulu baru duit!" Taehyung tidak mengalah. Dia perlu terus bertaruh untuk mengalihkan perhatian Ryo.
"Yah! Jangan main-main dengan aku!"
Sedang Taehyung dan Ryo berbalah, Ami dan Atillia senyap-senyap membuka ikatan Jimin, Qis dan Leya. Mereka perlahan-lahan membuka ikatan Jimin dan Qis. Ketika hendak membuka ikatan Leya, salah seorang gengster melihat mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanfikceBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...