Part 12

236 23 0
                                        

"Mia, kau pegang dia!"Leya mengarah Damia supaya memegang Ami. Damia takut-takut hendak mendekati Ami yang menggelupur. Mata hitam Ami naik ke atas sehingga kelihatan mata putihnya sahaja.

"Ini mesti hantu korea yang rasuk dia. Cepatlah, Leya!" Bulu roma Qis tegak berdiri. Dahinya berkerut menahan kesakitan pada bahunya yang dicengkam kuat oleh Ami.

"Sabar, korang jangan takut. Kuatkan semangat..." Leya meniup tapak tangannya kemudian dihalakan ke arah Ami. "Bismillahirrahmanirrahim..." tangan Leya diangkat tinggi. Belum sempat tangannya hendak mendarat pada pipi Ami, pipinya pula yang terlebih dahulu menjadi sasaran pelempang Ami.

Qis turut terkena tamparan hebat tujuh keturunan daripada Ami. Leya dan Qis sama-sama terkedu. "Hantu korea tengkorak kau! Kau pun sama!" Ami menuding jarinya kepada Damia.

"Kau tu yang dah kenapa menggeletar macam tu sekali?" soal Leya.

"Aku nak terkencinglah.."

"Entah apa-apalah, kalau nak kencing cakaplah. Yang kau menggeletar macam kena sampuk hantu tu dah kenapa?" Qis mendengus geram. Tidak pasal-pasal bulu romanya tegang hanya kerana satu hal yang sia-sia.

"Aku dah tak tahan ni," Ami terkepit-kepit.

"Dekat rumah tu macam ada tandas kat luar," Damia menunjuk ke arah sebuah tandas yang terletak di luar sebuah hanok.

"Kan rumah orang tu, takkan nak masuk je?" Qis rasa tidak sedap hati.

"Bukan ada orang pun, aku pergi tandas luar je." kata Ami.

"Pergilah bagi salam dulu takut ada orang ke apa," ujar Damia.

"Gila ke bagi salam, diorang nak jawab apa, yeoboseyo?" seloroh Ami. Damia tersengih. Lupa pula yang dia masih berada di bumi Korea, bukan Malaysia.

"Masuk jelah, bukan orang nampak pun.." 

"Tak boleh, rumah orangkan.." Leya menegah. 

"Peduli apa, aku dah tak tahan!" Ami berlari dengan kelajuan Usain Bolt menuju ke arah tandas itu.

---------------------------------------------------------
Jimin memegang perutnya yang memulas-mulas sejak tadi. "Waktu-waktu macam nilah kau nak buat hal.." rungut Jimin.

"Kookie, bangunlah." Jimin menggerakkan badan Jungkook disebelahnya.

"Ish, kau nak apa?" Jungkook berkata dalam keadaan mamai.

"Tandas mana?"

"Sebelah bilik halmeoni." Jimin terus melangkah keluar sambil tangannya memegang perut.

Tidak berapa lama kemudian, Jimin masuk kembali ke dalam bilik.

"Kookie, air tak ada." Jimin menggoncang badan Jungkook dengan kuat. Jungkook mendengus kasar.

"Ada satu bilik air dekat luar rumah."  Jungkook  menyambung tidurnya semula.

"Luar? Temanlah aku.." Jimin mengejut Jungkook sekali lagi.

"Ajak Taehyunglah.."

"Dia tidur mati lah..." kata Jimin. Rambut Jungkook pula ditarik-tarik. Jungkook terpaksa bangkit dari pembaringan- nya.  Jimin ditenung dengan tajam.

"Kali ni je aku teman kau," Jimin mengikut Jungkook ke tandas yang terletak di halaman rumah Datuk Jeon.

"Kookie, tunggu tau. Jangan pergi mana-mana." Jimin berpesan. Jungkook mengangguk malas. Dia menunggu di tepi dinding tandas. 

The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang