Part 40

159 21 0
                                    

Tokk, tokk!!

Taehyung terbangun kerana ketukan yang kuat itu.  Dia mengangkat kepala sedikit, melihat kiri dan kanan dengan mata separuh terbuka. Beberapa saat selepas itu, dia tumbang kembali. 

Ia berbunyi lagi, kali ini lebih kuat. Tok! Tok! 

"Siapa pulak ni?!" Taehyung terpaksa juga bangun dalam keadaan malas. Rambutnya yang kusut digosok kasar. Dia berdiri lalu keluar dari biliknya. 

"Dugu?" Jungkook dan Jimin juga terbangun kerana ketukan bertalu-talu itu. Taehyung mengangkat bahu. Mereka sama-sama ke muka pintu untuk melihat siapa yang telah mengacau waktu tidur mereka. 

"Aku sumpah aku akan terajang muka orang ni bila aku bukak je pintu nanti," kata Jungkook. Sudahlah dia lambat tidur semalam  kerana siapkan assignment. Pagi ini pula, ada orang buat hal di depan pintu rumah mereka. 

Jungkook memulas tombol pintu dan menariknya. Dia sudah bersedia hendak menerajang orang itu namun niatnya terbatal apabila melihat lelaki yang berdiri di hadapannya. 

"Annyeong, dongsaeng!" Jin terus memeluk Jungkook yang terkedu. Taehyung dan Jimin juga nyata terkejut dengan kedatangan mengejut Jin. 

"Taehyung-ah, Jimin-ah!" Jin memeluk Jimin dan Taehyung pula. 

"Jin hyung, kenapa datang mengejut pagi-pagi ni?" soal Taehyung. 

"Kita masuk dulu, nanti hyung cerita." Jin masuk ke dalam rumah dan terus duduk di atas sofa. "Penatnya...dari tadi asyik drive je." 

Jimin, Jungkook dan Taehyung mengikut Jin. Mereka hendak mengetahui apa yang membuatkan Jin datang ke sini. 

"Hyung, ada sesuatu jadi pada halmeoni dan harabeoji ke?" soal Jungkook risau. Jin tersenyum simpul.

"Tak ada sarapan ke, hyung lapar lah.." Jungkook menyorot Jin  dengan tajam.  Dia mencebik. Taehyung beransur ke dapur untuk menyediakan sarapan. 

"Kami semua baru je bangun," beritahu Jimin. Jin buat tidak peduli saja. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling rumah pula. 

Jungkook tidak dapat menahan sabar lalu dia menampar paha Jin dengan kuat. "Ah hyung, malhaejo!" 

Jin terkejut dengan serangan mengejut itu. Dia menggosok pahanya. "Ai, arasseo. Chakamman, hyung betul-betul lapar sekarang." 

Taehyung tiba dengan sebuku roti dan jem. Dia meletakkannya di atas meja. Jin terus mencapai satu roti tanpa segan silu dan menyapukan jem di atasnya. Kemudian, dia melipat roti itu dan terus disumbat masuk ke dalam mulut. 

"Ahh...barulah rasa bertenaga.." 

Pandangan tajam Jungkook sudah boleh menembus mata Jin sekarang. Jin ketawa selepas itu. "Okey, sebenarnya hyung datang membawa hajat." 

"Hajat pinang orang sebelah untuk Jungkook ke?" Sampuk Taehyung. Dia tersengih kepada Jungkook. 

"Annya, hajat abang untuk jemput korang semua ke perkahwinan abang." 

"Mwo?!!" Jungkook, Jimin dan Taehyung berkata hampir serentak. Mereka bertiga sama-sama terkejut dengan berita itu. 

"Dengan siapa?" 

"Seseorang..." 

"Memanglah orang, takkan kucing pulak.." Jungkook memerli. Dia tidak suka berdalih lebih baik cakap terus terang saja. 

"Namanya Ain, kawan sekolej dengan hyung." Jin berkata malu-malu. 

Jungkook, Jimin dan Taehyung tercengang kerana masih tidak memahami situasi yang sedang berlaku. Jin nak kahwin dengan Ai...what? 

The Boys  Next DoorWhere stories live. Discover now