Part 30

181 23 0
                                        

Hari ini Leya keluar dengan Shamim lagi. Boleh katakan setiap hari jugaklah Shamim bawa Leya keluar. Kadang-kadang pergi makan, kadang-kadang pergi tempat lain pula. Leya pun dah jarang sekali balik sama-sama dengan Qis dan Ami. Doktor Min Seok mahu mempelawa Qis dan Ami menumpangnya tetapi Qis menolak sebab dia tidak mahu Doktor Min Seok letakkan apa-apa harapan kepadanya lagi. 

"Bagus sangatlah dia tak balik dengan kita, bolehlah aku pinjam basikal dia. Tak perlu aku tumpang dia hari-hari!" Kata Qis dengan nada suara yang kuat seumpama menjerit. 

"Kau dah kenapa, kau ada kelas opera ke apa?" Ami memerli. Mereka sama-sama  mengusung basikal mereka keluar dari tempat parkir basikal. 

"Ataupun kau sebenarnya jeles bila Leya keluar dengan mamat tu?" 

Qis memandang Ami dengan tajam. Pemegang basikal dilepaskan membiarkan basikal Leya jatuh. Ami terkedu. "Jeles? Aku? Memanglah! Kalau sekali sekalai keluar tak apalah juga, ini setiap hari. Kau pula dengan Jungkook. Tinggal aku terkurung dalam rumah sorang-sorang. Sekarang aku rasa macam dah tak ada kawan dah, semua tinggalkan aku sebab lelaki!" 

Ami mengeluh berat. Dia tidak sedar selama ini dia sudah menyisihkan rakan-rakannya kerana asyik meluangkan masa bersama Jungkook. Sekarang, bila Leya pun turut sama terjebak dengan Shamim, barulah dia tahu apa yang Qis rasakan selama ini. 

"Kalau minah karat tu ada pun, asyik naik bertekak dengan aku je." Qis berkata tentang Atilia pula. Sudah seminggu Atilia pindah ke rumah sewa barunya. 

"Kau tak kenal dia lagi, dia tak adalah teruk mana.." 

"Ini satu lagi yang aku kurang gemar dengan kau. Sejak kau rapat dengan minah karat a.k.a haiwan perosak tu, kau langsung tak pernah support aku bila aku kutuk dia." 

"Fine! Sorry...alah, kau ajaklah Jimin keluar kalau macam tu." Ami memberi cadangan. Qis memuncungkan bibirnya. 

"Kau ingat aku ni apa? Aku tak akan sesekali ajak dulu, aku akan tunggu sampai dia yang ajak aku keluar. Aku tak nak nampak terdesak sangat," 

"Apa-apalah Qis. Aku minta maaf juga kalau dah ter'palau'kan kau. Lepas ni, aku ajak kau keluar sekali dengan Jungkook, okey?" 

"Ehh...tak kuasa aku. Dengan mamat kerek tu, andwae!" Qis menggeleng-gelengkan kepalanya. Setakat ini Ami seorang sahaja yang boleh hadap perangai kerek Jungkook, kalau dia, memang bergaduhlah jawabnya. 

Ami ketawa dengan jawapan balas Qis. Ini barulah Qistina yang dia kenal. Bukan beshe-beshe. Tidak berapa lama kemudian, Jungkook datang menghampiri mereka. 

"Baru kutuk dah sampai...." Qis menjeling Jungkook yang sedang berjalan ke arah mereka dengan wajah tegang seperti biasa. 

"Dia ni memang tak ada ciri-ciri boyfriend material, muka ketat je memanjang!" Qis mengomel lagi. Ada je benda yang tak kena pada Jungkook di matanya. Ami hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia juga setuju benar dengan apa yang Qis katakan. 

"Ami, awak ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?" soal Jungkook. 

"Tak, tapi saya nak luangkan masa dengan Qis hari ni. Awak nak join ke?" Ami merangkul leher Qis. Jungkook dan Qis saling memandang tajam antara satu sama lain. 

Jungkook : Sibuklah dia ni, aku baru nak ajak Ami makan ais krim. 

Qis: Aku menang, kau boleh berambus sekarang, mamat parrot anak lelaki kerek. 

Ami memandang kedua-dua mereka dengan kening terangkat. Dah kenapa dua orang ni, takkanlah Jungkook cuba nak goda Qis pula? 

"Ehem, ada wifi ke?" Ami berdehem barulah mereka berhenti merenung satu sama lain. 

The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang