Part 9

254 19 0
                                        

Malam yang sungguh tenang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Taehyung terlihat berjalan dalam keadaan tergesa-gesa ke arah sebuah pondok telefon. Leya yang kebetulan baru sahaja keluar dari sebuah kedai serbaneka perasan akan Taehyung. Dia senyap-senyap mengekori Taehyung sehingga ke pondok telefon yang berada di situ. 

"Apa dia buat kat sini?" soal Leya sendiri. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Dia berdiri di belakang pondok telefon untuk mencuri dengar. 

Taehyung cuba bertenang. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya keluar dengan perlahan. Ganggang telefon diangkat dan tangannya menekan nombor yang tertera pada sehelai kertas kecil. 

"Annyeonghaseyo, kami dari Pusat Hiburan Gyeongsang, ada urusan apa?" Suara seorang perempuan yang mengangkat panggilan telefon. 

"Saya nak bercakap dengan Kim Tae Ryung." Taehyung menyebut nama Tae Ryung. Terdengar suara perempuan itu memanggil Tae Ryung. Telefon bertukar tangan. 

"Yoboseyo?" Taehyung terasa ingin menangis apabila akhirnya dapat mendengar suara adiknya setelah sekian lama. 

"Yoboseyo, siapa ni?" Suara Tae Ryung kedengaran lagi. Taehyung cuba bertenang. 

"Ryung, ini oppa. Taehyung oppa," Taehyung memperkenalkan dirinya. Senyap. Tidak lama selepas itu talian diputuskan. Taehyung terkesima, kenapa susah benar Tae Ryung ingin berbual dengannya? 

Taehyung meletakkan ganggang dengan kasar. Dinding pondok telefon itu menjadi sasaran penumbuknya sehingga retak. Dia meraup rambutnya ke belakang. "Tae Ryung-ah.." 

"Siapa Tae Ryung?" Leya mula ingin tahu siapakah orang yang disebut oleh Taehyung tadi? Hendak bertanya, masanya pula tidak sesuai. Maka, Leya pun berkira-kira hendak pulang. 

Tiba-tiba, malam yang tenang terus bertukar. Hujan turun dengan lebat. Leya cepat-cepat berlari semula ke kedai sebaneka tadi untuk berteduh. Sedang mata meliar mencari teksi, Leya melihat Taehyung keluar dari pondok telefon itu dan berjalan tanpa mempedulikan hujan yang sedang lebat. 

"Dia ni dah kenapa takkan tak rasa hujan tengah lebat sekarang?" Leya merisaukan Taehyung. Taehyung berjalan terhuyung hayang sehingga dia terjatuh. Tanpa berfikir panjang, Leya terus berlari meredah hujan  untuk mendapatkan Taehyung. 

"Taehyung, buka mata awak!" Leya cuba menyedarkan Taehyung dengan menggoncang tubuhnya. Taehyung masih tidak sedar. 

"Macam mana ni? Tolonglah ada teksi yang lalu." Leya melihat sekeliling, mujurlah ada sebuah teksi yang berhenti berhampirannya. "Alhamdulillah...ahjussi!!" 

"Kenapa ni, cik?" Pemandu teksi itu bertanya apabila melihat Taehyung yang masih tidak sedarkan diri. 

"Tolong saya, ahjussi." Pemandu teksi itu terus memapah Taehyung masuk ke dalam teksinya. 

"Ke mana cik?" soal pemandu teksi itu kepada Leya. 

"Daechil-dong, rumah nombor 24 dan 25. Tolong cepat, ahjussi." kata Leya. Pemandu teksi itu terus menekan pedal minyak menuju ke destinasi yang dinyatakan. 

Leya memandang Taehyung disebelahnya. Lelaki itu tampak lemah tak bermaya. Di dalam fikiran Leya, siapakah Tae Ryung? 

"Leya-sshi.." Taehyung bersuara. Leya terkejut, Taehyung sudah sedar? 

"Ya?" 

"Terima kasih.." tutur Taehyung lemah. Leya mengangguk kemudian memandang keluar tingkap. 

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di depan rumah. Leya membawa keluar barang-barangnya sudah basah. Dia membukakan pintu untuk Taehyung. 

"Awak nak saya panggil Jungkook dan Jimin ke?" soal Leya. Taehyung menggeleng. Leya ingin membayar duit tambang, belum sempat hendak mengeluarkan dompet Taehyung sudah terlebih dahulu menghulurkan beberapa won kepada pemandu teksi itu. Teksi itu berlalu pergi. 

The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang