Part 13

252 18 0
                                    

Leya bangkit dari tidurnya. Dia melihat jam pada skrin Vivo V11i, sudah hampir pukul 7 pagi. Inilah padahnya apabila tidur semula selepas Subuh. Dia melihat Ami yang tidur dengan telekung masih tersarung pada kepalanya. Leya bangun dan menjengah ke luar bilik. Tiada sesiapa di ruang tamu mahupun dapur. 

"Baik aku mandi dulu," Leya mengambil baju-bajunya dan peralatan mandi. Dia ke tandas luar. Pintu bilik air ditutup. 

Tiba-tiba, dia terdengar derapan kaki seseorang yang menuju ke bilik air ini. Leya cepat-cepat mencapai gayung dan bersedia. Apabila pintu dibuka sahaja dia terus menyerang orang itu. 

"Pencuri!!" Jerit Leya dengan nyaring. Dia memuku-mukul kepala orang yang disangka pencuri itu tanpa henti. 

"Apa?" Taehyung melindungi mukanya daripada terkena gayung Leya. Apabila mendapat peluang, dia menangkap gayung yang dipegang oleh Leya. "Leya?" Taehyung terpaku. 

Leya juga terkedu. "Tae.....Tae.. argh!" Leya terus memukul Taehyung lalu berdesup masuk ke dalam hanok. 

"Aduh, Leya!" Taehyung cuba memanggil tetapi bayangan Leya sudahpun hilang. 

"Jin hyung betul.." 

Leya berlari sepantas kilat menuju ke biliknya. masuk sahaja ke dalam bilik, dia terus menggoncang badan Qis. 

"Kenapa kau ni?" Qis mendengus kasar. Damia dan Ami serentak bangun apabila mendengar suara Qis.

"Malunya..." Leya menampar pipinya yang sudah berbahang.

"Malu apa pula?" Soal Ami dalam keadaan mamai.

"Aku tak tahu pula Taehyung pun ada sekali?" kata Leya.

"Leya, kau tak tahu ke di mana ada Jungkook di situ ada Jimin dan di mana ada Jimin di situ juga ada Taehyung. Diorangkan selalu bertiga. Alamak..." Ami berkata sebelum berbaring semula.

"Dahlah, jangan tidur lagi. Dah pukul 7 korang tau tak? Kita ni kat rumah orang tau." Leya menarik tangan Ami supaya duduk semula.

"Ala...aku penatlah.."

Tokk, tokk!

Apabila mendengar bunyi ketukan pintu itu, kempat-empat gadis itu terus bangun.

"Siapa tu?" Leya memandang Qis dan Qis memandang Ami dan Ami memandang Damia. 

-------------------------------------------------------

"Selamat pagi, halmeoni!" ucap Leya dan Qis dengan riang sekali. Nenek Jeon juga turut tersenyum melihat Leya dan Qis.

"Kamu semua tidur lena tak malam tadi?" soal Nenek Jeon. Qis dan Leya mengangguk bersama-sama. 

"Alhamdulillah," Nenek Jeon mengucapkan syukur dengan sedikit pelat. Leya dan Qis memandang sesama sendiri. Jika semalam Nenek Jeon menunjukkan arah kiblat kali ini Nenek Jeon mengucapkan tahmid pula. Mereka berdua berfikir perkara yang sama. Adakah Nenek Jeon seorang muslim? 

"Ommo, halmeoni lupa nak letak pinggan mangkuk." Nenek Jeon perasankan meja makan yang sudah dipenuhi makanan namun pinggan mangkuk tidak diletakkan lagi. 

"Tak apa, halmeoni beritahu sahaja mana pinggan mangkuk tu, biar kami berdua ambilkan." Leya dan Qis menghulurkan bantuan. 

"Tak menyusahkan kamu ke, kamu berdua tetamu." 

"Tak susah pun halmeoni, dekat rumah pun kami dah biasa buat macam ni." Ujar Qis. Dah namanya anak dara, memang wajiblah turun dapur gamaknya. 

Mereka mengambil pinggan dan mangkuk setelah diberitahu oleh Nenek Jeon. Mereka menyusun mangkuk tersebut di atas meja. 

The Boys  Next DoorWhere stories live. Discover now