Ami menongkat dagu. Sudah beberapa jam lamanya dia menyaksikan Jungkook bermain bola keranjang. Ikutkan hati, mahu sahaja dia angkat kaki tapi Jungkook paksa dia duduk. Ye In pun ada di sini sebab teman lelaki dia pun turut sama bermain bola keranjang.
"Yah, boleh aku duduk sini." Ye In mendatangi Ami. Tempat duduk yang kosong di sebelahnya diperhatikan.
"Dae, an-ja." kata Ami. Ye In melabuhkan punggung di atas bangku itu. Rambutnya yang panjang diselak ke belakang.
"Kau tengah tengok Jungkook main ke?" soal Ye In. Ami mengangguk. "Seronok jadi penonton?"
Ami tidak membalas. Dia malas hendak melayan sikap menyakitkan hati Ye In. Dia melihat Jungkook yang bertungkus lumus di gelanggang bola keranjang.
"Kookie nampaknya masih tak boleh move on dengan aku. Dia main pun sebab namjin aku main sekali. I bet he's jealous." Kata Ye In dengan yakin. Dia bersorak sekali sekala untuk teman lelakinya, Mingyu.
Ami tersenyum sinis. Yakinnya kamu, Ye In. "Yeke, kalau kau nak tahu, setiap petang kitorang akan praktis main bola keranjang sama-sama." Entah macam mana Ami boleh terfikir untuk berkata begitu.
"untuk kalahkan Mingyu?"
"Tak, untuk kenal hati budi masing-masing." Lagi ayat spontan meluncur keluar dari bibir Ami. Matilah kalau Jungkook dengar.
"Macam mana kau boleh jadi yeojin Jungkook eh?" Ye In bertanya lagi. Ami bertambah geram. Minah ni memang nak jadi wartawan ke apa?
"Pritt!!" Wisel ditiup menandakan perlawanan tamat. Ami menghembus nafas lega. Dapatlah dia mengelak daripada soalan Ye In.
Semua pemain sudah keluar dari padang, kecuali Jungkook dan Mingyu. Mereka berdua kelihatan sedang merenung antara satu sama lain dengan tegang.Tiba-tiba, Jungkook menolak Mingyu dengan kasar. Ye In dan Ami cepat-cepat bangun mendapatkan mereka sebelum Jungkook bertindak lebih jauh.
"Mingyu-ah, janganlah bergaduh sebab saya..." Ye In berkata dengan nada manja. Dia mengelap peluh pada wajah Mingyu. Sengaja dia mempamerkan aksi manja untuk membuat Jungkook cemburu.
Ami memandang Ye In kemudian dia memandang Jungkook. "Yah, neo gwenchan-ah? Mesti awak penatkan, jom balik." Sambil itu, Ami membuka penutup botol mineral dan memberikannya kepada Jungkook.
Jungkook meneguknya sehingga habis. Kemudian, dia mencampak botol yang sudah kosong itu. Dia menuding jari ke arah Mingyu. "Kau jangan sesekali dekat dengan yeojin aku. Kau dah rampas Ye In, aku tak akan biarkan kau rampas Ami aku!"
Ami dan Ye In sama-sama tersentak. Riak wajah Ye In turut berubah kelat. Itulah, siapa suruh perasan?
"Ka-ja!" Jungkook menarik Ami yang terpinga-pinga kebingungan pergi dari situ. Panggilan Ye In langsung tak diendahkan.
"Kejap Jungkook, apa yang dah berlaku?" Ami ingin tahu.
"Kita pergi dulu. Meluat saya nak pandang muka mereka berdua tu!" kata Jungkook. Ami hanya mengikut dari belakang. Sesekali itu dia memandang Ye In yang merenungnya dengan tajam.
Jungkook terus mendapatkan motornya. Topi keledar disarung ke kepala. Satu lagi topi keledar diberikan kepada Ami. Gadis itu tercengang.
"Kejap, saya kena balik dengan awak?"
"Yelah, lagipun kawan-kawan awak semua dah balik pun kan?" kata Jungkook. "Saya nak bawa awak ke suatu tempat."
"Ke mana?" Ami ragu-ragu. Ini sudah masuk kali ketiga dia membonceng motosikal Jungkook.
"Naiklah cepat." Jungkook sudah selamat berada di atas motor. Ami masih terkial-kial. "Awak nak saya tolong ke?" Jungkook menghulurkan tangan.
"Tak payah," Ami perlahan-lahan memijak peletak kaki motor itu. Tapi, entah di mana silapnya, Ami tergelincir dan tidak dapat mengimbangi dirinya.
YOU ARE READING
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...