Part 21

207 22 2
                                    

"Ustaz, saya nak tanya sesuatu boleh?" soal Jungkook. Ustaz Nazri yang tak lekang dengan senyuman itu mengangguk. "Kamu nak tanya apa?" 

"Emm..kenapa orang islam kena solat, untuk apa?" Jungkook bertanya. Dia pernah melihat harabeoji solat di kampung. 

"Kami umat islam percaya yang tujuan kami hidup hanya kerana Allah s.w.t. Segala yang kami lakukan di muka bumi ini hanyalah untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Dan dengan solat, kami dapat mendekatkan diri secara terus dengan Allah." terang Ustaz Nazri panjang lebar. 

"Saya pernah dengar tentang syurga dan neraka. Orang islam solat pun untuk masuk syurga juga ke?" tanya Jungkook lagi. 

Ustaz Nazri tersenyum lagi, pemuda di hadapannya ini memang benar-benar ingin tahu tentang islam. "Betul, tapi kalau semata-mata kerana syurga tapi bukan kerana Allah, sia-sia juga. Kamu kena faham, Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Jauh dari sudut hati yang mendalam, Allah itu Maha Mengetahui. Kenapa tak kita lakukan semua ibadat kerana Dia dan bukan mengharapkan ganjaran semata-mata?" 

Jungkook terdiam. Dia cuba memikirkan kata-kata Ustaz Nazri. Tiba-tiba, seseorang melangkah masuk ke dalam masjid itu. 

"Ustaz," Ustaz Nazri dan Jungkook sama-sama mengangkat muka. 

"Wei..." Jungkook terkejut melihat lelaki yang menegur mereka. 

"Annyeong?" Taehyung tersengih sambil mengangkat dua jari. 

"Kau buat apa kat sini?" 

---------------------------------------------

Ami melangkah keluar dari kelas. Presentation hari ini berjalan lancar walaupun Damia tak ada bersama. Cuma, Prof Ho Seok dapat tahu tentang Atillia. Sebelum kelas tamat, Prof Ho Seok hendak jumpa Atillia. 

"Biarlah dia, padan muka! Siapa suruh pentingkan diri?" omel Ami sendiri. Dia tahu yang Atillia akan menyalahkan dia selepas berjumpa dengan Prof Ho Seok. 

"Ami!" 

"Aku dah agak dah.." Ami berpaling dan bersiap sedia untuk dimaki tetapi orang yang memanggilnya bukan Atillia tapi Shamim. 

"Oh, awak rupanya," 

"Kenapa, awak ingat siapa, Jungkook?

"Taklah, tak ada sesiapa. Kenapa awak panggil saya?" soal Ami. Macam mana dia boleh ingat Atillia yang panggil?

"Mana Jungkook?" Shamim mencari Jungkook. 

"Awak ada nampak dia ke kat sini? Tak, saya seorang je." Mana lelaki itu pergi pun Ami tak tahu.  "Awak tak jawab lagi soalan saya,

Buat seketika, mereka berhenti melangkah. "Saya nak tahu kalau awak lapang esok?

"Esok? Hmmm..." Ami mengira-ngira jarinya. 

"Ehemm," suara garau berdehem di belakang mereka. "Mian, aku kacau korang ke?" Soal Jungkook. Dia memandang Shamim dan Ami silih berganti. 

"Anni, nan galke."Pandangan tajam Jungkook membuatkan Shamim cepat-cepat ingin beredar. 

"Chakkaman," Shamim berhenti melangkah, dia pusing menghadap Jungkook dan Ami semula "Dae?" 

Ami memberi isyarat menyuruh Shamim pergi segera tetapi Shamim tidak berganjak. Jungkook tersenyum sinis. "Aku harap lepas ni kau jangan kacau yeoja chingu aku lagi." Kata Jungkook selamba. Ami mengetap bibir geram. 

Shamim terdiam seketika sebelum dia menjawab, "arasseo," kemudian dia terus berlalu pergi dengan perasaan sebal. 

Setelah bayangan Shamim tidak kelihatan lagi, Ami terus memukul Jungkook dengan buku. "Awak ni kenapa, ha?" 

The Boys  Next DoorWhere stories live. Discover now