Part 41

181 25 0
                                        

Pagi menjengah, sang suria memancar menembusi jendela bilik Ami. Sinar mentari yang menyentuh seraut wajah Ami membuatnya terbangun. Dia melihat jam di tepi meja sudah menunjukkan pukul 8 pagi, dia akan ada kelas pada pukul 9 pagi. 

Setelah mandi dan bersiap-siap, Ami keluar dari bilik. Qis dan Leya sudah berada di meja makan menikmati sarapan. Mereka berdua memang selalu bangun awal.

"Eh, cepatnya siap. Nak pergi dah ke?" Leya melihat Ami dari atas ke bawah. Dia sudah siap memakai tudung. 

"Ha'ah, aku nak pergi cepat hari ni." Ami mengambil sekeping roti dan menyapukan jem di atasnya. Dengan bismillah, dia menyuapkan roti itu ke dalam mulut. 

"Sampai bila kau nak mengelak daripada dia?" Leya bersuara.

"Siapa?" 

"Kau nak aku eja nama dia ke? J.U.N.G.K.O.O.K,

Ami memandang Leya tidak berkelip. Leya juga membalas pandangan Ami dengan senyum sinis. 

"Ami, aku dah fikir masak-masak." Qis mencelah. Ami mengalihkan pandangan pada Qis. "Aku tak kisah kalau kau nak terima Jimin. Aku boleh terima yang dia mungkin bukan jodoh aku. Kau kawan aku, aku tak nak hubungan kita terjejas sebab benda remeh ni.

"Ha....sebenarnya aku dah tolak dia baik-baik. Lagipun, selama ini aku hanya anggap dia sebagai jiran dan separuh kawan. Aku tak sukakan dia," kata Ami tulus. Dia menerima Jimin sebagai jiran sebelah dan separuh kawan kerana dia masih tidak biasa dengan Jimin. 

"Oh, yeke? Habis tu, siapa yang kau suka?" Soalan cepumas Qis menyentak Ami. Lidahnya kelu untuk berkata apa-apa. Leya menongkat kepala dan mengangkat kening sebelah. Dia tahu jawapannya. 

"Aku pergi dululah, jumpa korang nanti." Ami terus menarik beg galasnya dan berlari keluar dari rumah. 

Leya melihat jam di dinding, baru pukul 8:15 tetapi Ami sudah tergesa-gesa ke uni macam kelas bermula pukul 8:30. 

Sesampai sahaja di uni, Ami memarkir basikal dan terus masuk ke dalam bangunan uni. Dari jauh, dia melihat Damia dan Ain, dia berlari lagi ke arah mereka. 

"Mia!!!!" 

"Apa?" Damia dan Ain sama-sama terkejut dengan teriakan Ami. Tercungap-cungap gadis itu apabila sampai kepada mereka. 

"Rileks Ami, tarik nafas." Ain menenangkan Ami. 

"Mia, aku ada benda nak beritahu kau tapi mungkin bukan berita yang baik untuk kau." 

"Apa kata kita duduk dulu," ujar Damia. Dia mengajak Ami duduk di sebuah bangku berdekatan mereka. Ain meninggalkan mereka berdua sebentar. 

Ami mengambil nafas dahulu. Dia cuba untuk bertenang buat seketika. Apabila sudah reda sedikit, dia mula berkata. "Jin...Kim Seok Jin oppa nak kahwin.

Damia terpanar dengan apa yang disampaikan oleh Ami. Kemudian, dia menundukkan kepala ke bawah. 

"Aku minta maaf, aku tak sepatutnya beritahu kau tapi Jin oppa jemput kau sekali. Ikutkan..." 

"Tak apa Ami. Lagi bagus aku tahu sekarang daripada patah hati nanti. Kau memang patut beritahu aku supaya aku  berhenti bermimpi.

Ami rasa bersalah apabila melihat air muka Damia. Kelopak matanya sudah bertakung dengan air mata cuma dia berusaha menahannya daripada tumpah. 

"Siapa bakal isterinya?" 

"Mualaf juga, namanya Ain tapi bukan Ain housemate kau. Mia, kau okey ke?"

The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang