"Kau ingat dengan minta maaf boleh betulkan semua benda?!" Shamim menjerkah. Terangkat bahu Ami kerana terkejut dengan jerkahan Shamim itu. Leya tunduk memandang lantai. Buat seketika, Mingyu hilang dari pandangan tidak tahu ke mana.
Berkali-kali Ami menelan air liur. Dia memandang sekeliling. Masih kah ada harapan untuk dia Dan Leya menyelamatkan diri? Dia sudah mati akal. Wajah Leya yang dibasahi air mata dipandang sekilas. Gadis itu menggelengkan kepala menghalang Ami berbuat apa-apa.
"Kau tahu tak aku fobia lepas kau buli aku? Aku takut Nak berdepan dengan orang ramai sebab aku rasa diorang semua buli aku! Semuanya salah kau!" Shamim menuding jarinya kepada Ami.
Lelaki itu mendengus sebelum menyambung katanya. "Sejak hari tu, aku bersumpah yang aku akan cari korang sampai dapat Dan korang mesti dapat balasan setimpal atas apa yang korang dah buat pada aku!"
"Shamim, aku betul-betul minta maaf. Aku yang sekarang dengan yang 8 tahun lalu dah lain. Aku dah berubah. Jangan lah ungkit kisah lama, kita buka buku baru." Ami mencuba memujuk Shamim.
Shamim tersenyun sinis sebelum meledakkan tawa yang kedengaran psiko. Dia mengambil sebuah kerusi Dan dilemparkan ke lantai sehingga berkecai kerusi itu. Leya Dan Ami sana-sama terjerit kecil.
"Buka buku baru? Kau langsung tak rasa bersalah kan?"
Ami menggenggam buku limanya. Shamim selolah-olah sengaja mahu menimbulkan rasa bersalah dalam dirinya.
"Baik!" Ami berkata. Leya Dan Shamim sama-sama memandang Ami.
"Leya, kau tak ingat ke, semua ni jadi disebabkan perangai tak matang kita. Kita dah sebabkan salah seorang mangsa kita tertekan. Ini semua salah aku."
Leya mengerutkan dahi tidak mengerti dengan apa yang Ami sedang sampai kan.
"Aku menyerah. Kau buatlah apa pun yang Kau Nak pada aku. Tapi, tolong lepaskan Leya." terbuntang mata Leya mendengar kata-kata Ami.
"Ami kau dah hilang akal ke?" Leya mula risau. Dia tidak bersedia.
Shamim berpaling. Peluang yang ada itu diambil oleh Ami untuk mengambil sebatang kayu Dan mengangkatnya tinggi lalu kepala Shamim dihentak kuat. Lelaki itu terduduk mengerang kesakitan.
Ami cepat-cepat membuka ikatan tangan Leya. Kemudian, dia menarik tangan Leya untuk keluar dari rumah itu. Namun, langkah mereka terhenti apabila tangan Leya ditahan oleh Shamim. Lelaki itu perlahan-lahan mengangkat muka dengan kepala yang berdarah memandang tajam kepada Mereka berdua.
"Cepat Leya!" Ami baru hendak keluar Mingyu pula menghalang jalannya. Dia tidak peduli, dia terus sahaja menolak tubuh Mingyu.
Mereka masih tidak dapat pergi kerana tangan Leya masih berada dalam genggaman Shamim.
"Pergi, minta tolong dengan sesiapa. Pergi!!!" Leya merentap tangannya daripada Ami lalu tubuh Ami ditolak supaya pergi.
Ami dalam dilemma namun dia pergi juga. Dia sempat berkalih ke belakang. Leher Leya dipeluk Dan Shamim mengacukan pisau pada lehernya. Namun, Leya tetap menyuruh Ami pergi.
Sudah pun sampai diuar rumah usang itu tiba-tiba bajunya direntap dari belakang. Ami jatuh terduduk.
"Berani kau Nak lari?" Mingyu menarik lengan baju Ami memaksanya bangun.
Ami menolak tangan Mingyu. Dia mengambil sebatang kayu Dan mengayunkannya ke kiri Dan kanan.
"Jangan dekat, kau Nak apa ha?!" soal Ami.
"Aku Nak kau lenyap. Kalau kau lenyap tak adalah Ye In bising pasal kau lagi."
"Dasar psiko!!" Mingyu ketawa sinis. Ami menjeling sekeliling mencari apa-apa objek yang boleh dijadikan senjata. Dia ternampak sebatang kayu di atas lalu dia mencapai kayu tersebut Dan menghalakannya ke arah Mingyu.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...