"Will you marry me?"
Persoalan itu membuatkan seluruh tubuh Leya kaku. Darahnya tidak berjalan dengan lancar. Bila-bila masa sahaja dia akan pitam. Apakah ini semua hanya mimpi? Betul-betul macam mimpi? Banyak sudah kulihat, semuanya kuingat....><
"Taehyungie..."
"Saya serius nak memperisterikan awak." Taehyung mengulang semula dengan nada tegas dan tegang.
"Anni wae?" Leya tidak faham, langsung tidak faham dengan apa yang sedang terjadi. Baru sekejap tadi Taehyung melamarnya dan kini...entahlah. Dia pun tak tahu.
Taehyung menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya keluar. Dia sudah tidak gugup lagi berbanding tadi. Dia nampak yakin dan pandangannya benar-benar memaksudkan lamaran itu.
"Leya-sshi, saya tahu ini semua tergesa-gesa tapi saya tak nak awak diambil orang. Saya nak miliki awak sepenuhnya."
"Taehyung, boleh tak bagi saya masa untuk berfikir sedalam-dalamnya seempuk-empuknya sebelum saya buat keputusan?" Itu sahaja yang Leya pinta. Tak banyak, dia masih perlu memikirkan hal-hal lain daripada bersetuju bulat-bulat.
"Arasseo, saya beri masa." Taehyung memberi peluang.
"Bila?"
"Esok,"
"Hah?!" Leya tercengang. Gila ah. Dahlah baru nak luahkan perasaan hari ini tup tup nak jawapan esok pula. Gelojoh!
"Andwae! Emm..seminggu?" Leya mengangkat satu jari dengan kepala ditundukkan. Dia gelisah hendak menanti jawapan Taehyung. Dia menyambung lagi, "dan seminggu untuk saya kenal awak betul-betul."
"Okey, seminggu untuk awak kenal saya, untuk saya kenal awak dan untuk awak buat pilihan. Kalau masih tak ada seminggu, saya sendiri yang akan gendong awak jumpa tok kadi." Taehyung mengugut di akhir kata. Serta merta Leya membuntangkan biji mata.
"Ish, tak sabar betul." Omelnya. Mereka meneruskan perjalanan sehingga tiba di hadapan rumah masing-masing.
"Saya tunggu jawapan awak, bakal isteriku." Taehyung mengenyit sebelah mata sebelum masuk ke dalam rumah.
"Gummawo sebab sudi teman saya." Laung Leya. Taehyung mengangkat dua jari sebagai tanda 'sama-sama'
Apabila tubuh Taehyung sudah hilang dari pandangan, Leya menghentak-hentak kakinya ke tanah. Dia menolak basikal ke dalam kawasan rumah. Selepas itu, dia terus berlari masuk ke dalam rumah dan terus mencampakkan tubuh ke atas sofa.
"Gila, gila! Mamat tu gila!" Leya menekup wajahnya dengan bantal. Mungkin pipinya tak boleh memerah macam Ami tetapi dia dapat rasa bahang pada seluruh tubuhnya.
"Aduh....apa aku nak jawab ni? Seminggu tu macam sehari!" Leya terus merungut sendirian memikirkan apakah jawapan yang patut dia berikan pada Taehyung. Dia keliru.
--------------------------------------
Malam-malam begini, bila assignment masing-masing dah siap, selalunya mereka akan meeluangkan masa yang ada dengan menonton filem. Dan setiap orang akan bergilir-gilir untuk tentukan filem yang nak ditonton. Untuk malam ini, giliran Qis yang tentukan filem. Dia ni jenis yang suka filem romantik jadi dia nak tengok cerita Titanic.
"Kau ni tengoklah cerita yang menarik sikit, cerita seram ke, action ke." Ami merungut. Dia bukanlah penggemar cerita romantik sebab tu bila datang soal cinta, dia lembap sikit.
"Aip, aku punya turn suka hati akulah!" Balas Qis bersahaja. Dia mengerbangkan rambutnya yang panjang lurus kemudian duduk di tengah-tengah antara Ami dan leya.
YOU ARE READING
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...