Bila lah cerita ni nak habis kan? Author pun pening macam mana nak habiskan citer ni. Kalau korang ada idea, minta sumbang sikit.
Paagi yang cerah. Cuaca yang terik namun tenang. Fateh keluar dari bilik lebih awal manakala Arasy masih lena dibuai mimpi. Dia berjalan keluar dari rumah untuk menikmati cuaca nyaman ini sambil meregangkan badan. Sudah berhari-hari dia tidur beralaskan tilam buatkan badannya sakit-sakit.
Dia menghalakan pandangan ke kawasan halaman rumah nenda Ami yang luas dengan rumput hijau serta beberapa pokok kelapa yang tinggi melangit. Kedudukan rumah kampung ini yang berhadapan dengan pantai membuatkan pemandangan menjadi lebih indah. Sedang Fateh menikmati pemandangan sambil memuji kebesaran Tuhan, matanya terhenti pada sekujur tubuh yang duduk bersandar pada pokok kelapa.
"Itu macam adik Arasy, pergi tegur kejaplah." Fateh melangkah perlahan-lahan menghampiri adik Arasy, Akil yang leka membuat sesuatu. Fateh melihat dari belakang, rupa-rupanya Akil sedang melukis pemandangan pantai.
"Cantiknya...." buat seketika Fateh merasa takjub dengan seni lukisan Akil yang sangat halus. Lukisannya seperti hidup.
Akil yang terkejut dengan kedatangan Fateh terus menutup scrapbook lalu berdiri dengan mata memandang tajam.
"Maaf, abang tak sengaja.."
"Abang? Huh," Akil berlalu pergi dengan dengusan kasar. Fateh agak terkilan dengan layanan Akil terhadapnya. Dia memandang sahaja Akil berlalu pergi tanpa sedikit pun memandang belakang.
Di halaman belakang rumah pula, Fateh melihat Puan Rasyida seperti sedang mengait sesuatu. Mungkin ini peluangnya untuk mendekati Puan Rasyida. Langkah kaki diatur ke arah wanita separuh abad itu.
"Mak cik, tengah buat apa?" soal Fateh dengan penuh santun.
Puan Rasyida menjeling Fateh. "Tak nampak ke aku tengah basuh kain?"
Fateh tahu Puan Rasyida sedang menyindirnya tetapi dia tetap ketawa kecil. "Boleh saya tolong?"
Puan Rasyida meletakkan batang galah ke tepi kemudian bercekak pinggang sambil matanya tunak memandang Fateh.
"Kamu pandai ke kait rambutan?" soalnya.
Fateh berkerut. Dia tidak pasti sebenarnya. "Ka...it?"
"Kalau tak pandai tu duduk diam jelah," Puan Rasyida berkata sinis. Dia mengambil galah itu semula dan cuba mengait lagi.
Fateh menggaru kepala. Dia memandang ke belakang. Di tingkap dapur, nenda memanggilnya dan menunjukkan sesuatu. Fateh menggeleng tidak faham. Nenda mengulangnya lagi dan menunjuk pada galah itu. Barulah Fateh mengerti yang nenda cuba mengajarnya bagaimana hendak menggunakan galah itu.
"Mak cik, saya boleh tolong. Percayalah," Fateh menawarkan bantuan sekali lagi.
Puan Rasyida merengus geram. Kacau je budak ni! "Betul kau boleh buat? Ambiklah," Puan Rasyida memberikan galah itu pada Fateh.
Fateh mengambil galah itu teragak-agak. Dia menayang sengih pada Puan Rasyida dan sesekali itu mengerling nenda dari dalam rumah. Kemudian, dia meneliti galah itu.
"Hei, boleh buat ke tidak?" Puan Rasyida tidak sabar-sabar. Ye ye je budak kpop ni.
"Boleh...." Fateh senyum untuk meyakinkan Puan Rasyida. Apabila sudah meneliti galah itu, barulah dia tahu bagaimana hendak menggunakannya. Dia mengerling nenda dan mengangguk.
Bemulalah misi mengait rambutan. Fateh menarik tali yang bersambung dengan pemotong di hujung galah dan memotong dahan pokok yang ada beberapa tangkai rambutan. Puan Rasyida melopong. Fateh berjaya mengait beberapa tangkai rambutan dengan pantas.
![](https://img.wattpad.com/cover/142621707-288-k610165.jpg)
YOU ARE READING
The Boys Next Door
ФанфикBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...