Part 14

254 16 0
                                        

Qis duduk sebentar di beranda luar selepas makan malam. Dia teringat kejadian petang tadi. Lukisan itulah yang dia dan rakannya yang lain puji kerana nampak hidup. Tanpa Qis sedari, Jimin perlahan-lahan mendekati Qis dan menyergah gadis itu. 

"Argh! Jimin!" Qis mengurut dadanya lantaran terkejut dengan sergahan itu. Sambil ketawa kecil, Jimin turut melabuhkan punggung di beranda itu. 

"Maaf, awak buat apa kat sini?" soal Jimin. 

"Bagi ikan makan," kata Qis selamba. Jimin tunduk melihat ke bawah. "Mana ikannya?" 

"Ha?" 

"Saya bergurau je. Awak termenung fikirkan siapa?" Qis menjarakkan sedikit kedudukannya dengan Jimin. 

"Entahlah...saya pun tak tahu apa yang saya tengah fikir sekarang ni." Qis berkerut seperti baru teringat sesuatu. "Jimin, boleh tak saya tahu siapa Ye In?" 

Jimin melemparkan pandangannya ke langit lau keluhan kecil dilepaskan. "Ye In 'ex-yeojin' Jungkook," 

Qis memetik jari. Tidak sangka tekaannya benar. "Tapi, apa yang buatkan diorang putus? Kenapa Jungkook bakar gambar yang dia lukis sendiri tu?" 

Imbas kembali.............

"Halmeoni, harabeoji, saya nak kenalkan yeoja chingu saya, Joo Ye In." Jungkook terus memperkenalkan Ye In kepada Nenek dan Datuk Jeon. Ye In menunduk hormat kepada mereka berdua

"Annyeonghaseyo, halmeoni, harabeoji." YeI In menyapa dengan sopan. Nenek Jeon tersenyum senang melihat Ye In. 

"Dah berapa lama kamu kenal Jungkook?" Nenek Jeon cuba mengorek kisah cinta mereka

"Kami satu sekolah dulu. Lagipun, Jungkook selalu buli saya di sekolah." Nenek Jeon mengangguk tahu. Jungkook pernah bercerita tentang gadis yang disukainya pada beliau. Sebenarnya, Jungkook mengganggu Ye In kerana dia suka pada Ye In. 

"Jungkook ni memang nakal sikit. Mesti kamu penat layan kena buli dengan dia hari-hari kan?" ujar Nenek Jeon sambil menepuk-nepuk belakang Jungkook. 

Datuk Jeon tersenyum segaris sebelum masuk ke dalam hanok. Tindakan orang tua itu membuat Ye In berkecil hati. Dia cuba bersangka baik. 

"Ye In-sshi, kalau kamu nak tahu Jungkook ni dulu panas baran orangnya, Pantang kalau orang sentuh barang dia. Terutama sekali abangnya. Mungkin sebab kamu dia berubah." 

"Abang? Jungkook ada abang?" Ye In bertanya sambil terkebil-kebil. Nenek Jeon mengerling Jungkook yang menyengih sahaja

"Abang tiri. Takkan Jungkook tak beritahu kamu?" Sekilas wajah Jungkook disorot tajam. Jungkook tunduk sambil menahan gelak

The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang