"Apa yang awak rancangkan sebenarnya ni, Arasy?" soal Ami lagi dengan wajah serius. Arasy terkulat-kulat manakala Fateh hanya mendiamkan diri.
"Selama ini awak pasang spy untuk saya dekat Korea, kenapa awak tak beritahu saya?" Bertalu-talu soalan dilemparkan dan Arasy masih diam cuba menyusun ayat untuk menceritakan hal yang sebenarnya.
"Dan Fateh, awak datang sini..." Ami tidak jadi menghabiskan katanya apabila memandang wajah Fateh. Rasa malu pula nak sambung ayat tu.
Arasy menggosok belakang kepalanya. Dia sudah tidak tahu hendak menjelaskan bagaimana lagi. Akhirnya, Fateh berdiri.
"Memang betul, saya datang sini nak lamar awak,Ami-sshi. Awak ingat lagi yang saya suruh awak tunggu saya dekat airport hari tu?"
Ami memandang bawah cuba mengingat kembali peristiwa itu. Oh, kejadian beg roda itu! "Tapi, awak sekarang dengan Ye In.."
"Kalau saya dengan Ye In kenapa saya datang sini cari awak?" Fateh membalas dengan soalan juga. Ami hilang kata. Dia menapak selangkah ke belakang.
Arasy bangun dan berdiri di antara mereka. "Jadi, Ami apa kata awak?" Arasy bertanya pada Ami.
Ami menampar lengan Arasy dengan kuat. "Kata apa? Awak ingat ni drama melayu ke apa?"
"Mian Fateh, awak datang salah masa." Selepas berkata begitu, Ami berlalu masuk ke dalam rumah semula dengan kecewa. Langsung tidak pernah dia terfikir Fateh akan bertindak sebegitu.
Fateh hanya memerhati sahaja Ami melangkah pergi begitu juga dengan Arasy. Apabila susuk tubuh Ami sudah tidak kelihatan, mereka berdua berpandangan.
"Jadi, kenapa kau nak tolong aku?" Fateh berpeluk tubuh menghadap Arasy.
"Sebab.....Umi Syida ni jenis yang susah sikit nak terima orang. Jadi, aku akan tolong kau untuk lembutkan hati Umi Syida untuk terima kau jadi menantu." Arasy menyatakan cadangannya. Fateh berkerut cuba menghadam rancangan Arasy itu.
"Memang itu tujuan aku datang sini untuk ambil hati ibu dan ayah Ami. Tapi, kenapa kau nak tolong aku?" Fateh masih tak berpuas hati apabila soalannya tidak berjawab.
Arasy mengeluh berat. Nampaknya dia perlu juga menyatakannya. Belum sempat Arasy hendak membuka mulut, Encik Syarifudin sudah mengajak mereka ke masjid untuk solat isyak.
"Ayah Din dah panggil tu, jomlah!" Arasy mencapai kopiah di atas pangkin dan terus memakainya.
----------------------------------
Keesokkan paginya.......kok kok kok!!
Ami bangun awal hari ini untuk bantu siapkan sarapan memandangkan keluarga dia dan keluarga Arasy sahaja yang ada di rumah ini. Kalau sepupu sepapat dia balik memang taklah dia ke dapur sebab dah penuh. Dia bangun awal pun sebab tak nak kena bebel dengan nenda.
"Selamat pagi, nenda!" Ami menyergah orang tua itu dari belakang.
"Allahuakbar!"Terloncat nenda dibuatnya. Beliau memukul Ami dengan kacang panjang. "Kamu ni nasib baik nenda tak sakit jantung."
"Sorry, Ami gembira hari ni dapat jumpa nenek!" Ami mencium kedua belah pipi nendanya. Nendanya sudah biasa dengan perangai manja Ami sebab dalam ramai-ramai cucu, Amilah cucu yang paling rapat dengannya.
"Buang tabiat ke apa budak ni?" suara Puan Rasyida yang baru turun mencelah. Dia terus sahaja ke peti ais untuk melihat apa yang ada.
"Mak dah biasa sangat kalau dengan Ami." Kata nenda lalu mencubit pipi Ami.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...