Part 18

221 24 1
                                        

Qis mengekori doktor yang merawat Damia tadi keluar dari wad. Melihat belakang badan lelaki itu pun , macam pernah dilihat.

"Doktor Min Seok!" Qis memanggil. Doktor muda itu berpaling. Benarlah tekaan Qis selama ini. Doktor itu ialah doktor kacak yang pernah melanggarnya sebelum ini.

"Qis-eu?" Doktor Min Seok masih mengingati Qis. Gadis itu tersenyum lebar.

"Tak sangka kita dapat jumpa di sini, Awak kerja kat sini ke?" kata Qis.

"Dae, awak buat apa kat sini?"

"Perempuan yang awak rawat tadi kawan saya," jawab Qis. Doktor Min Seok cuba mengingat pesakit yang dirawat tadi.

"Ahh, itu awak ke? Saya nak tegur tapi saya takut salah orang." Kata Doktor Min Seok sambil tersenyum. Senyuman yang menggoda itu bakal mencairkan hati Qis.

"Qis!" panggilan Leya yang tiba-tiba itu membuatkan suasana romantik tadi berderai seperti kaca pecah. Qis mendengus.

"Doktor Min Seok, kalau ada masa kita jumpa lagi."

"Dae. Emm Qis-eu, kalau boleh awak tak perlu panggil saya doktor, panggil saya Min Seok je." Ujar Min Seok. "Nan galke, annyeong!" Min Seok melambai lalu berlalu pergi dengan senyuman mencairkan itu.

"Ulat bulu dah naik daun!!" Sindir Leya.

"Kau nak apa?" soal Qis dengan garang.

"Jom balik, Ain akan jaga Mia."

"Dengan prof tu ke?"

"Dia dah balik lah,"

"Kita nak balik dengan apa?"

"Dengan jiran sebelahlah.."

Qis meninjau ke dalam wad itu. Ami sedang bercakap sesuatu dengan Ain.

"Aku minta maaf Ain, esok aku hantarkan baju-baju Mia. Mia, sekali lagi aku minta maaf sangat-sangat." Kata Ami. Dia masih dengan rasa bersalahnya kepada Damia.

Damia tersenyum senget. "Berapa banyak kali aku nak cakap, aku okey."

"Okey, aku balik dulu. Ain," Ami membuat isyarat menzip mulut. Ain faham akan apa yang Ami cuba katakan. Dia mengangguk. Ami kemudian melangkah keluar dari wad. Leya dan lain-lain pastinya sudah menunggu di luar.

Mereka semua masih belum masuk ke dalam kereta kerana menunggu Ami. Setelah Ami muncul baru mereka bersiap hendak masuk. Jimin dan Jungkook akan pulang menaiki motor ninja Jungkook.

"Chakamman, Jimin kau balik dengan Taehyung boleh?" soal Jungkook. Jimin mengangguk. "Ami, awak ikut saya sekejap."

Ami terkedu. "Saya? Awak nak bawa saya pergi mana?" tanya Ami risau.

"Adalah, awak semua?" Jungkook meminta pandangan Leya dan Qis pula.

"Elok-elok," Qis dan Leya tidak tahu hendak berkata apa, mereka membenarkan sahaja.

"Ami, palliwa." Jungkook meghulurkan helmet kepada Ami. Lambat-lambat Ami menyambut helmet itu dan menyarungkannya ke kepala.

Dia terkial-kial hendak panjat naik ke atas motor ninja Jungkook. Tidak lama selepas itu, motor ninja itu berlalu pergi.

"Manalah dia nak bawa Ami?" soal Taehyung. Jimin mengangkat bahu. Leya dan Qis pula berpandangan sesama sendiri.

Motor ninja Jungkook menderum laju membelah jalan raya. Ami meletakkan tangannya di bahu Jungkook. Dia cuba mengelak daripada memeluk Jungkook. Tetapi, apabila motor Jungkook berhenti secara mengejut di lampu isyarat, Ami tanpa sengaja terpeluk pinggang Jungkook.

The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang