Part 33

175 20 0
                                    

Still JUNGKOOK POV

"Ahh!!!" aku terbangun dari tidur. Aku pergi ke tingkap. Hari masih gelap Dan baju yang aku pakai masih sama. Macam mana aku boleh tertidur ni? Rasanya tadi, kitorang bertiga kena halau dengan Leya.

Jadi, apa yang Jimin cakap kan tadi semuanya mimpi je? Haih, Jungkook, Jungkook.

Pintu terbuka, Taehyung dengan muka minta penampar masuk ke dalam bilikku Dan duduk atas katil. Kejap, aku rasa macam pernah hadapi benda ni.

"Apa kau dah buat Jungkook? Tak pasal-pasal Leya mengamuk?" Taehyung bertanya.

Soalan dia sebiji macam dalam mimpi aku. Aku meraupkan wajah.

"Sebenarnya, bukan salah Ami tapi salah aku." Dan aku jawab benda yang sama.

"Cuba kau terangkan betul-betul sebab aku langsung tak faham."

"sebenarnya...aku yang ambik kesempatan,"

Aku pun cerita kan apa yang sebenarnya berlaku antara aku dengan Ami. Semuanya bermula kerana cicak.

Taehyung memukul aku dengan bantal. "Neo micheoso?!"

"Okey, aku tahu aku tak patut buat macam tu. Aku tahu!"

"Kau ada rasa berdebar tak bila dekat dengan dia?" aku pandang Taehyung. Rasanya dalam mimpi aku dia tak Tanya soalan ni.

"Adalah juga, dengan Ye In aku tak pernah rasa berdebar macam ni." Jujur aku katakan, jantung aku berdetak kuat masa wajah aku dengan Ami hanya berjarak seinci. Aku tak pernah rasa macam tu hatta dengan Ye In sekalipun.

"Yah Jungkook-ah, kawan aku ni dah buka hati dia untuk yeoja lain ke?" Taehyung sambil mencucuk-cucuk bahu aku.

Buka hati aku untuk perempuan lain? Entahlah, tapi bila dengan Ami aku rasa dah bersedia untuk jatuh cinta lagi.

Sepatutnya Jimin datang masa ni. Aku tengok pintu, dia memang tengah berdiri dekat situ. Aku rasa dia dah dengar semuanya.

"Jimin-ah.." aku baru Nak cakap sesuatu, dia berlalu pergi. Dia sempat menjeling aku dengan tajam sebelum pergi.

Aku tertanya-tanya, adakah mimpi aku sebenarnya petanda yang Jimin pun ada hati dengan Ami? Entahlah, aku pun tak tahu.

-------------------------------------------------------

Bangun sahaja dari tidur, Ami terus berlari ke masuk ke dalam tandas Dan mandi secepatnya. Habis mandi, dia terus ambil baju tanpa berfikir panjang. Biarpun tudungnya tak padan dengan baju, dia langsung tak peduli. Apa yang penting sekarang, dia kena lebih cepat dari Leya.

Keluar sahaja dari bilik, Leya pun baru sahaja keluar dari bilik. Ami sempat menjeling Leya sebelum turn ke bawah. Nak turun tangga pun dia be rebut dengan Leya. Leya mendengus apabila berlaga bahu dengannya tetapi dia malas mahu melayan.

"Manalah diorang ni.." Qis sudah menunggu di luar sambil memegang basikal Leya.

Semasa Nak keluar dari rumah, Ami berebut sekali lagi dengan Leya untuk keluar dulu. Ami macam sengaja cari pasal dengan Leya hari ni.

"Korang ni dah kenapa, Nak keluar pun berebut ke?" Qis hairan melihat tingkah laku Ami hari ni.

Ami menarik  basikal Leya dari Qis. "Hari ni, biar aku bawa, kau bonceng." Ami menuding jari ke arah Leya. "Qis, kau naik basikal aku."

"Ya Allah baiknya kawan aku hari ni. Thank you!!" Qis gembira bukan main kerana dia tak perlu menumpang Leya.

"Halo kawan, cepat lah naik. Tunggu apa lagi?" Ami menepuk-nepuk tempat pembonceng.

The Boys  Next DoorWhere stories live. Discover now