~AMI P.O.V~
Hari ini seperti yang dijanjikan, kami sekeluarga akan pulang ke kampung nenda. Sepanjang perjalanan, aku hanya memandang ke pemandangan di luar. Kosong. Aku tak tahu hendak berperasaan macam mana. Aku langsung tak teruja nak balik kampung walaupun dah lama aku tak jumpa nenda. Berita yang umi sampaikan malam tadi buatkan aku hilang semangat.
Selepas beberapa jam, akhirnya kami tiba di kampung nenda. Rumah kampung yang besar dan luas. Adik beradik ayah saja sudah sebelas memang besarlah rumah. Aku membuka pintu dengan rasa malas. Tiba-tiba, Arasy sudah tercegat di depan pintu dengan senyuman manisnya. Cepat betul dia sampai.
"Hai," katanya.
"Hai," aku balas juga walaupun rasa malas. Takpelah, sekurang-kurangnya wajah handsome dia dapat tenangkan hati aku sikit.
Aku beralih ke belakang bonet untuk ambil barang aku. Dia juga ke belakang dan terus menarik beg aku.
"Tak apa, biar saya bawakan." tawarnya. Dia mengangkat lagi satu beg dan terus membawanya masuk ke dalam rumah.Bawalah, aku takkan halang.
Masuk-masuk sahaja ke dalam aku lihat umi dan ayah sedang berbual dengan ibu dan ayah Arasy, Ayah Man dan Umi Juma.
"Kak Ami!" Aisyah, adik Arasy datang kepadaku dengan senyuman manis persis si abang. Aisyah ni adik yang bongsu dan kami boleh dikatakan agak rapat. Dia memeluk bahu aku. Aku terkulat-kulat senyum.
Tiba-tiba, aku terasa bahuku dilanggar. Lagi adik lelaki Arasy, Akil yang muda setahun daripada aku. Dia merenungku tajam. Hei, dia yang langgar aku patutnya aku yang marah. Nasib baik dia ni memang jenis yang susah nak senyum.
Nenda tersenyum melihat aku. Aku mengatur langkah ke arahnya lantas tangan tuanya aku raih dan cium. Kami berpelukan selepas itu.
"Ami...lama betul nenda tak jumpa." kata nenda. Ya nenda, dah hampir setahun tak jumpa. Raya tahun ni pun aku terpaksa beraya dekat Korea.
"Ami pun rindu sangat dengan nenda dan Aisyah juga," ujarku. Kami sama-sama memandang ke arah umi dan ayah. Mereka juga sedang memandang aku dengan senyuman penuh makna.
"Nenda tahu apa yang Ami fikirkan,"
Aku mengeluh berat. Ya, aku fikirkan yang mereka pasti sedang bincangkan tentang aku dan Arasy.
Selepas makan tengah hari, kami berkumpul semula di ruang tamu. Masing-masing mempamerkan muka serius kecuali aku dan Arasy yang masih terpinga-pinga.
"Arasy dan Syameem, Ayah Din dengan Ayah Man dah bincang untuk satukan kamu berdua. Minggu depan, majlis bertunang. Lepas sebulan, nikah." Ujar Ayah Man. Aku mengangkat muka meminta jawapan daripada ayah. Ayah tidak mampu berkata apa, dia hanya mengeluarkan keluhan. Nenda juga menundukkan kepala.
"Ayah," Arasy berdiri. Mata-mata kini memandangnya. "Boleh tak kalau untuk tempoh sebulan Ami di Malaysia, beri peluang pada kami untuk kenal hati budi masing-masing dulu?"
Aku berkerut. Bukan aku je, Ayah Man, ayah, umi dan Umi Juma juga berkerut sama.
"Kamu berdua dah kenal dari kecil, takkan tak kenal-kenal lagi?" Kata Ayah Man. Betul juga, apa yang dia maksudkan sebenarnya?
"Memanglah dah kenal dari kecil, tapi sekarang kami dah jarang jumpa mungkin ada sedikit yang saya tak tahu tentang Ami. Jadi, apa salahnya beri tempoh untuk kami berkenalan?"
Ayah Man memegang dagunya berfikir begitu juga dengan ayah. Umi dah jeling aku tajam sedangkan aku tak tahu apa-apa.
"Okey, ambillah seberapa banyak masa yang korang perlukan. Bila dah bersedia, cakap dengan Ayah Din baru kita ke plan asal." Ayah memutuskan. Ada sedikit rasa lega dalam hati aku bila ayah sendiri yang kata begitu.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...