AMI P.O.V
Hari ni kelas habis awal dan aku dapat berita buruk yang Leya Dan Qis mungkin perlu stay up dekat uni sampai malam untuk settle kan assignment. It's okay, macamlah aku tak pernah tinggal sorang. Dekat Malaysia pun aku selalu tinggal sorang, maklumlah umi dengan ayah busy dengan outstation.
Maka dengan itu, aku mengorak langkah menuju ke parkir basikal. Dah Nak masuk Waktu zuhur, elok sangat lah kalau aku balik awal. Aku naik ke atas basikal lepastu baca doa. Baru nak kayuh je basikal, ada tangan yang menggenggam handle basikal aku. Aku pun angkat muka.
"Mingyu?" Apa kejadah pula mamat ni ada kat sini. Kalau Jungkook tak pun Ye In nampak macam mana?
"Awak Nak apa?" aku bertanya. Muka lelaki itu tegang dengan pandangan matanya tajam menikam mataku. Aku menelan air liur. Waa... Mana namja chingu aku ni??? 😭😭
Aku Cuba pandang kiri Dan kanan tengok-tengok sikit kalau Jungkook ada, malangnya dia tak lalu sini pula kali ini. Aku nampak dia dekat hujung jalan dengan Jimin.
"Cari Jungkook ke?" Mingyu bertanya.
Aku tak berani menentang pandangan mata Mingyu yang seperti Nak makan aku. Aku tengok Jungkook Dan Jimin dah naik motor. Ya Allah, jangan lah dia pergi. Tapi, dia tetap berlau pergi tanpa perasan aku ada di sini. Andwae!!!
"Okey, Awak Nak apa sebenarnya?" aku jadi sakit hati pula dengan Mingyu aka lelaki psiko.
"Aku Nak... Kau ikut aku!" Tanpa meminta izin, dia terus menarik tangan aku turun dari basikal. Oh no, he touch me! Umi!!!!
"Yah, lepas kan Saya!!!" aku memukul-mukul belakang badan Mingyu. Makin aku meronta makin dia kuatkan cengkamannya pada tangan aku. No.. Not again..
"Jung.."
"Kau Nak harap kan malaun tu tolong kau? Dia sendiri tinggal kan kau, haha!!" Mingyu mentertawakan aku. Gelak tawanya macam penjahat dalam filem.
Tak! Jungkook tak tinggal kan aku, dia cuma tak perasan. Kalau dia nampak kau aku gerenti dia akan kerjakan kah cukup-cukup!
Dia mengheret aku sehingga ke sebuah kereta. Dia membukakan pintu dan terus mencampakkan aku masuk ke dalam kereta dengan kasar. Aku Cuba untuk keluar semula tetapi Mingyu menghalang aku. Dia memasangkan seatbelt pada tubuh ku. Wajah dia hanya seinci dari wajah aku. Aku terkaku Sekejap. Bila tengok dari dekat, good looking juga lelaki ni. Sedarlah Ami! Lelaki ni psiko!!!
Dia pun masuk ke dalam kereta di tempat pemandu. Aku mengambil peluang untuk Membuka seat belt tetapi aku tersentak ke belakang bila Mingyu terus memecut laju.
"Awak Nak bawa Saya ke mana?" Suaraku bergetar menunjukkan yang aku takut dengan situasi ni. Aku menggenggam seat belt dengan kuat.
"Jangan banyak bunyi, ikut je aku." ujar Mingyu. Mukanya serius ketika memandu kereta.
Aku meraba-raba beg galasku mencari telefon ku.
"Kalau kau Cuba call sesiapa, aku akan pasti kan diorang tak akan jumpa kau lagi."
Aku mematikan niat sebaik sahaja menerima ugutan daripada Mingyu. Lelaki ni menyeramkan betul. Akhirnya, aku duduk diam saja di dalam kereta Dan redha ke mana saja dia Nak bawa aku.
Mingyu memberhentikan keretanya di sebuah restoran. Aku bingung campur pelik. Apa tujuan dia bawa aku ke sini? Dalam kepala aku dah terbayang yang dia akan bawa aku me tempat sunyi ataupun bangunan usang. Tapi, restoran?
Mingyu keluar dari kereta Dan mengheret aku keluar sekali lagi. Dia ni tak boleh berlembut sikit ke? Masuk sahaja ke dalam restoran tu, dia memaksa aku duduk di sebuah meja. Manakala, dia duduk di hadapan aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/142621707-288-k610165.jpg)
YOU ARE READING
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...