Pagi yang indah di kota Gangnam. Dengan keadaan cuaca yang panas terik , sangat sesuai untuk menyidai pakaian. Di sebuah rumah, tinggallah tiga orang gadis melayu yang merupakan penuntut di Universiti Hanyang. Tahun ini mereka akan memulakan semester baharu di Universiti Hanyang.
Seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Qis membawa turun bakul baju untuk disidai. Dua orang gadis lagi yang dikenali sebagai Ami dan Leya sedang menonton filem di dalam laptop milik Ami.
"Terik pagi ni, sesuai sangat kalau nak sidai baju. Ami, Leya korang dah basuh baju?" soal Qis.
"Dah, dari semalam lagi." Jawab Ami.
"Aku pun nak sidai baju, tunggu jap." Leya mengambil baju yang telah dicuci di dalam mesin basuh. Ami teruskan menonton filem. Setelah mengambil bajunya, Leya dan Qis keluar untuk menyidai baju.
Selang beberapa minit, Leya dan Qis kembali semula ke ruang tamu dalam keadaan tergesa-gesa. Ami terus memandang mereka dengan hairan. "Cepatnya, berapa banyak baju yang korang sidai?"
"Nasib baik, weyh.." Qis menghela nafas lega.
Dahi Ami berkerut, "korang ni kenapa,Leya apasal baju tu boleh ada kat atas kepala kau?" Ami pelik melihat baju yang hendak disidai berada di atas kepala Leya. Apabila menyedarinya, Leya terus menurunkan baju itu.
"Rumah sebelah kita ni dah berapa lama tak ada orang?" soal Leya. Ami berfikir sebentar. Sejak mereka berpindah ke sini memang tak ada langsung penghuni di rumah sebelah. Penghuni yang terakhir pun sempat berjumpa dalam 3 bulan sahaja.
"Kita duduk sini dah nak masuk 2 tahun. Kenapa, cer citer?"
Qis menarik nafas dan menghembusnya keluar. Perlahan-lahan dia memulakan cerita, "masa aku dengan Leya tengah sidai baju tiba-tiba ada dalam tiga orang mamat korea tengah buat apa entah kat sebelah. Itu tak apa lagi, ini diorang boleh pula tiba-tiba pandang sini. Aku dengan Leya apa lagi cabutlah. Dahlah tengah tak pakai tudung."
"Mamat korea?" Ami terkedu. Jejaka korea malang mana yang berpindah di sebelah rumah mereka ni?
"Ha, tulah lain kali keluar pakai tudung walaupun jarak 1cm je. Kau pun sama je Leya." Ami menegur dua rakan karibnya itu.
"Manalah aku tahu diorang ada kat sini," kata Leya. Selama ni, mana ada orang yang tinggal disebelah rumah mereka. Jadi, bila nak ampai baju memang keluar free hair jelah
"Menjawab!" Leya merengus kasar. "Mana Qis?" Kelibat Qis langsung hilang dan muncul kembali dengan menyarung tudung shawl dikepalanya.
"Cepatnya bersiap,"
"Alang-alang ada jiran baru, apa kata kita bertegur sapa dengan diorang sekejap?" cadang Qis. Patutlah sepantas kilat bersiap. Leya dan Ami berpandangan. Dah kenapa minah ni?
"Kau gila ke? Diorang kan dah nampak rambut kau?" Ami membantah. Leya mengangguk bersetuju.
"Diorang baru nak pusing kita dah larikan, Leya? Jomlah!!" Qis memujuk.
"Aku rasa betullah, diorang tak nampak pun rambut kita," Leya terfikir akan kata-kata Qis.
"Yeay, jom!" Qis menjerit girang. "Eh,eh siapa kata aku nak pergi aku cuma sokong diorang tak nampak rambut kita je."
"Korang tak nak pergi tak apa, aku pergi sendiri. Aku berani tau!" Qis cuba memancing mereka berdua.
"Ha'ah, kau memang berani. Pegilah, kirim salam sekali eh." Leya selamba berkata lalu duduk di atas sofa bersebelahan Ami.
YOU ARE READING
The Boys Next Door
Hayran KurguBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...