Ami, Qis, Atillia Dan Leya menghantar umi dan ayah Ami sehingga ke teksi. Ami bersalaman dengan ibu bapanya.
"Jaga diri elok-elok, jangan suka-suka sangat." pesan umi. Kepala Ami diusap lembut penuh kasih sayang. Sukar pula rasanya untuk beliau meniggalkan Ami.
"Umi jangan risau, Qis dengan Leya ada. Lagi pun Ami dah 2 tahun dekat sini. Kitorang dah biasa," kata Ami dengan yakin. Dia beralih pada ayahnya pula. Tangan ayahnya itu dikucup penuh hormat.
"Jangan study kuat sangat, jangan lupa call umi dengan ayah." pesan ayah Ami. Mujurlah ayahnya tidak banyak bicara. Malah, beliau terus sahaja masuk ke dalam perut teksi.
"Jangan rapat-rapat sangat dengan lelaki Korea tu, kesian Arasy nanti." Ami mahu tak mahu sahaja mengangguk. Tak habis-habis dengan Arasy!
Apabila kedua-duanya sudah masuk ke dalam teksi, teksi itu pun mula bergerak meniggalkan kawasan rumah Ami. Ami melambai mereka sehingga bayangan teksi itu pun hilang dari pandangan mata.
"Dah, kita kena pergi kelas kan?" kata Qis.
"Korang Nak tumpang aku ke?" Atillia menawarkan.
"Bagus soalan tu, Jom!" Leya menerima ajakan tersebut tanpa segan silu.
Baru sahaja hendak melangkah ke kereta Atillia, kereta Doktor Min Seok berhenti Di hadapan rumah mereka.
Dia membunyikan hon memeranjat- kan mereka."Min Seokie!!" Bagaikan budak-budak yang dapat gula-gula Begitu lah cara Qis berlari ke arah kereta Doktor Mon Seok.
"Ka-ja, Saya hantarkan awak semua." kata Doktor Min Seok.
Qis terus memandang Leya Dan Ami mengharapkan mereka bersetuju. Leya memandang Ami. Ami memandang Atillia.
"Takpelah, kau pergi lah dengan Leya. Aku pergi dengan Atillia,"
Qis menjerit gembira. Dia berlari anak menarik Leya masuk ke dalam kereta Doktor Min Seok. Dari dalam kereta Doktor Min Seok tersenyum melihat keletah Qis.
"Ai kyeopta.." dia melihat Qis sehingga gadis itu masuk ke dalam kereta Dan duduk Di sebelah pemandu.
Dia melihat segala tingkah laku Qis sehinggalah sewaktu Qis mahu memasang tali pinggang, boleh pula tali pinggang tersangkut buatkan dia terkial-kial hendak menarik tali pinggang itu.
"Biar Saya..." Doktor Min Seok baru sahaja hendak membantu, Leya terlebih dahulu memanjangkan tangan untuk menarikkan tali pinggang tu.
Doktor Min Seok terdiam. Bibir diketap dengan rasa canggung. Baru Nak acah kdrama.
"dah boleh gerak rasanya," Leya bersuara lagi membuatkan Doktor Min Seok tersentak.
"Dae, ka-ja!" Doktor Min Seok berkata dengan penuh semangat.
Sesampai sahaja di kolej, Qis dan Leya bersiap-siap hendak turun.
"Qis-eu, awak sudi tak keluar makan dengan saya malam ni?" Doktor Min Seok bertanya.
Qis tidak jadi hendak membuka pintu. Leya pula tersandar ke belakang. Betulkah apa yang didengarinya sekarang ini datang dari mulut Doktor Min Seok sendiri?
Terkelip-kelip mata Qis mengharap- kan kebenaran daripada soalan itu.
"Awak ada masalah ke? Kalau tak sudi, tak apa. Saya tak kisah.."
"Tak, bukan saya tak setuju. Tapi..." Qis menjeling Leya di tempat duduk belakang.
"Tak apa, balik nanti saya jemput awak. Awak boleh bagi jawapan nanti," ujar Doktor Min Seok yang kemudiannya melemparkan senyuman yang sukar dibaca.
YOU ARE READING
The Boys Next Door
FanficBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...