"JJang!!" Ami menghadap Jungkook sambil mendepakan tangannya dengan senyuman lebar di bibirnya. Jungkook memandang Ami dari atas ke bawah.
"Apa kita buat di sini?" Soal Jungkook. Dia menepati janjinya untuk ke Itaewon bersama-sama Ami.
"Awak tahu ni tempat apa?" Ami bertanya semula. Jungkook tidak menjawab sebaliknya meliarkan pandangan ke sekeliling bangunan itu.
"Jeon Jungkook-sshi, inilah masjid. Awak yang tinggal Korea punya lama takkan tak tahu kut.." Ami memerli. Ya, Ami telah membawa Jungkook ke Itaewon, Seoul.
"Nan a-ra, cuma saya tak pernah ke sini. Saya selalu dengar orang menyanyi dengan kuat di sini."
"Betul, apa yang awak dengar tu bukanlah nyanyian sebenarnya. Itu adalah laungan azan untuk menyeru umat islam bersolat. Hmm..apa yang awak rasa bila awak dengar ni?" Ami cuba menduga hati Jungkook. Niat di hati sekadar ingin membantu.
"Saya rasa terpanggil...." ujar Jungkook perlahan.
Ami tersenyum apabila Jungkook berkata begitu. Allah sudah makbulkan doanya supaya dibukakan hati lelaki dingin ini.
"Syameem-sshi?" seseorang memanggil Ami. Dia dan Jungkook sama-sama berpaling. Seorang lelaki berkopiah tersenyum kepada mereka.
"Assalammualaikum ustaz, maafkan saya kalau saya menganggu ustaz." Ami menggelarkan lelaki berkopiah itu 'ustaz'. Jungkook memandang kedua-dua manusia di hadapannya silih berganti.
"Dugu..?" tanya Jungkook.
"Ah, ini Ustaz Nazri. Ustaz, ini kawan saya yang saya cakapkan hari tu, " Ami memperkenalkan Ustaz Nazri kepada Jungkook yang masih terpinga-pinga.
Ustaz Nazri menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Jungkook. Jungkook perlahan-lahan menyambut huluran tangan tersebut. "Nae ireumeun Jeon Jungkook,"
Bibir ustaz korea itu tidak lekang dengan senyuman. Biarpun Jungkook sedang memandangnya pelik.
"Chakkaman," Jungkook menarik Ami sedikit jauh dari Ustaz Nazri. "Yah, kenapa awak bawa saya datang sini?"
Ami menarik tangannya perlahan-lahan dari cengkaman Jungkook. "Awak sendiri kata yang awak nak belajar agama islam. Jadi, saya bawa awak ke sini untuk awak belajar dengan Ustaz Nazri. Dia akan tolong awak,"
"Dia?" Jungkook membeliakkan matanya. "Kenapa awak tak cakap dengan saya awal-awal?"
Ami memandang Ustaz Nazri dan melemparkan senyum manis meminta Ustaz Nazri menunggu sebentar.
"Jungkook-sshi, saya cuba tolong awak untuk kenal islam. Saya ikhlas bantu awak," tulus Ami katakan. Dia cuba membantu semampunya. Jika Jungkook mahu mengenal islam, dia akan tunjukkan.
Lama Jungkook menatap wajah telus Ami. Kemudian, dia berdehem . "Keurae,"
Ami tersenyum lebar dengan jawapan Jungkook. Peringkat pertama, berjaya!
"Kalau macam tu, saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa, awak call je saya. Arasseo?"
Jungkook sekadar mengangguk. Ami mula melangkah hendak pergi namun panggilan Jungkook sekali lagi membuatnya berkalih semula.
"Ami, gumawo.." ujar Jungkook. Ami mengangguk kemudian dia berjalan ke arah Ustaz Nazri.
"Kamsahamnida ustaz, sebab sudi bantu saya." Ami tunduk hormat.
"Itu sudah sememangnya tugas kita sebagai muslim untuk berdakwah kepada orang yang bukan islam," kata Ustaz Nazri tenang. Ami yakin Ustaz Nazri mampu mengubah Jungkook.
"Kamsahamnida, nan galke. Annyeong, Jungkook-sshi!" Ami sempat melambai ke arah Jungkook sebelum melangkah pergi. Jungkook menghantar pemergian gadis Malaysia itu dengan ekor mata.
Tiba-tiba, bahunya ditepuk. Jungkook berkalih. Ustaz Nazri sedang tersenyum manis kepadanya.
"Sebelum kita mulakan pengajian kita, boleh saya tahu kenapa kamu mahu peluk islam?" soal Ustaz Nazri.
-----------------------------------------------------------
LEYA P.O.V
Aku tiba di rumah lebih awal kali ni. Oh ya, kenapa aku tak balik dengan Qis? Minah tu ada projek dekat universiti yang tak memerlukan aku. Jadi, aku balik dulu dengan bas. Dia, mungkin doktor tu yang akan ambik.
Sebaik sahaja tiba di depan pintu rumah, aku tidak terus masuk. Pintu rumah terbuka luas seperti ada orang yang masuk ke dalam. Ami ke?
"Assalamualaikum, Ami?" aku memanjangkan leher untuk melihat dalam rumah. "Ya Allah, apa dah jadi ni?"
Keadaan ruang tamu rumah sangat tidak teratur. Kusyen yang ayah Ami hadiahkan pada kami sudah dikoyakkan. Susunan sofa tak teratur. Tv pecah!!! Siapa punya kerja ni?!!
Aku betul-betul rasa nak lempang orang yang buat vandalisme dalam rumah ni. Tiba-tiba, seorang lelaki dengan jaket hitam beserta but, keluar dari dapur. Aku tersentak sedikit.
"Dangsin nuguya?" soalku takut-takut. Lelaki itu tersenyum menyeringai.
"Kau ingat aku lagi?" dia menunjuk pada mukanya. Ingatan aku kembali seketika, bukankah lelaki ini yang mengejar mereka tempoh hari.
Aku mengambil beberapa tapak ke belakang untuk bersedia dengan apa-apa kemungkinan yang akan berlaku.
"Kejar dia!!" beberapa orang lelaki keluar. Aku dah agak dah, aku ni dah macan pelarian pula sejak balik dari Busan hari tu.
Aku terus berlari mendapatkan basikalku. Setelah itu, aku mengayuh keluar dari kawasan rumah. Dalam sibuk mengayuh, aku toleh ke belakanh sedikit. Konco-konco Ryo sedang mengejarku.
Nak main kejar-kejar eh, aku tak ada masalah. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi deruman enjin motor berkuasa besar. Jungkook ke? Aku toleh ke belakang, oh tidak. Ryo yang membawa motosikal besar tu. Aku cuba mengayuh selaju mungkin. Dalam hati aku berdoa supaya Allah lindungi aku.
Dapat aku rasakan motosikal itu semakin menghampiri. Aku terus membelok ke simpang kanan di mana banyak manusia yang berjalan di situ. Orang-orang di situ terpaksa mengelak basikal yang ku bawa.
"Jeoseonghamnida!" Aku meminta maaf kepada setiap orang yang mengelak basikalku.
Sudahlah datang negara orang,buat hal pula.
Kalau tak kerana orang belakang tu, tak adalah aku kat sini hari ni.Aku memandang belakang sekali lagi, mereka masih tak berputus asa mengejar aku. Kali ini aku masuk ke simpang lain pula. Lorong ini tidak ramai orang.
Ya Allah, tolong aku! Tolonglah berhenti kejar aku, aku dah tak ada tenaga dah. Aku tak perasan ada orang membawa kotak-kotak di hadapan. Aku tak sempat brek dan terus melanggar kotak-kotak itu.
"Mwoya?" beberapa orang lelaki yang mengangkat kotak itu mengerumuni aku.
"Nan jeongmal jeoseonghamnida, ahjussi." Aku meminta maaf banyak kali. Sesekali tu aku melihat konco-konco Ryo sudah beredar. Alhamdulillah...
"Mianhae, ahjussi." aku rasa bersalah dengan pak cik-pakcik ini. Tak pasal-pasal aku mengganggu rezeki mereka hari ini.
"Annya, neo gwenchana?" pak cik itu bertanya pada aku. Aku melihat seluarku sudah terkoyak sedikit dan darah pekat mengalir dari lutut. Mungkin lutut aku bergesel dengan jalan masa aku jatuh tadi.
"Macam mana ni?" baru aku dapat rasa pedihnya. Takkan nak minta tolong pak cik ni pula?
"Kamu boleh bangun?" soal pak cik tu. Aku tak tahu sama ada aku boleh berdiri atau tak. Ketika ini kaki aku terasa pedih sekali.
"Tak apa, biar saya tolong." Aku mengangkat muka. Macam pernah aku nampak lelaki ni.
"Shamim?" aku memandang Shamim yang juga terkejut melihat aku.
To be continued....
P/s: Syameem tu nama sebenar Ami. Nama sebenar dan Leya tunggulah part akan datang...😋

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...