QIS P.O.V
Akhirnya siap juga assignment berkumpulan. Setelah beberapa jam kami bertungkus lumus, Akhirnya siap juga. Aku Dan Leya bersiap-siap untuk balik. Balik nanti memang bantallah yang aku cari.
"Jomlah balik, aku dah ngantuk ni." Leya mengajakku. Aku mengangguk padahal aku memang tengah mengantuk tahap gaban ni.
Kami berdua keluar dari bangunan uni, aku baru Nak ambil baikal, sebuah kereta berhenti di depan kami. Aku kenal sangat dengan pemilik kereta ni.
"Mesti dia datang sini Nak jemput kau," kataku. Leya tersenyum malu. Sejak dia kenal dengan Shamim ni perangai dia makin berubah. Kalau dulu, garang kemain sekarang dah jadi perempuan melayu terakhir.
Shamim keluar dari kereta. Penampilannya saja sudah buat aku Dan Leya melopong. Lelaki itu memakai sut hitam Dan bertali leher. Boleh kata kan macam Nak pergi restoran mahal.
"Dah kenapa dia ni, aku dahlah pakai macam ni." Leya merungut pada aku.
"Aku rasa malam ni dia Nak lamar kaulah," Aku membuat andaian.
"Macam mana Nak tolak?" Tanya Leya lagi. Aku fikir kau Nak terima.
"Leya,"Shamim memanggil dengan senyuman. Dia dah banyak berubah dari segi penampilan sehingga sikapnya sendiri. Kalau dulu macam budak nerd dengan spek bulat besar yang minta penampar sekarang, spek mata dia lebih hipster macam spek sekarang. Rambut pun dah ada stail tak bentuk cendawan macam dulu.
"Awak Nak keluar sekarang ke, boleh tak Saya balik tukar baju dulu?" Tanya Leya. Aku pandang Shamim pula.
"Mestilah, Saya datang Nak hantar kan awak berdua balik. Jadi, awak boleh tukar baju Sekejap."
Wow, tak kayuh basikal lah ceritanya. Elok lah tu, kaki aku memang tengah lenguh sekarang. Leya pandang aku, aku laju saja mengangguk menandakan aku setuju. Jadi, kami pun masuk ke dalam kereta Shamim Dan bergerak keluar dari perkara ngan universiti.
Sepanjang perjalanan, hanya bunyi radio yang kedengaran. Leya dah terlelap kat sebelah. Aku curi pandang Shamim yang sempat ushar kawan aku tidur. Suka kau eh.
Daripada biarkan suasana sunyi, aku ke depan sedikit untuk tanyakan sesuatu pada Shamim.
"Shamim, awak Nak bawa Leya makan dekat tempat mewah ke?"
Shamim tersengih. "Awak rasa?" Dia Tanya aku balik. Aku Tanya dia dulu kot, jawab ah!
"Saya ingatakan awak Nak lamar Leya ke apa?"
"oh, mana tahu. Lamar untuk jadi girlfriend rasmi ke?"
"What? Series ah.." aku pandang dengan muka tak percaya. Daripada nada dia bercakap, dengar macam main-main.
"Salah ke kalau Saya pakai macam ni? Nampak smart ke?"
Aku bulatkan mata, pandang dia dari tepi. "Hmm.. Yup. Awak nampak lain dari pertama kali Saya jumpa awak,"
"Saya ada sebab Saya sendiri," kata Shamim dengan senyuman kecil pada bibirnya. Aku tak Tanya lagi dah. Senyuman dia buat aku rasa pelik sikit. Aku jadi teringat perbualan dia malam tadi. Dia macam ada rancangkan sesuatu.
Lepas Shamim hantar aku Dan Leya ke rumah, Leya terus mandi dengan cepat Dan bersiap-siap. Aku fikir dia akan pakai dress ke apa, tapi dia cuma pakai jubah labuh dengan shawl. Bagi aku, jubah tu terlalu simple tapi tak apalah, Leya peduli apa lagipun.
Aku tengok Leya pergi. Dada aku berdebar lain macam. Aku rasa tak sedap hati pula Nak lepas kan dia. Tapi, aku Cuba husnuzon. Mungkin dia maksud kan orang lain. Ya Allah, kau lindungilah kawanku.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanficBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...